Sunday, November 27, 2022

Pembukaan Cawangan Keempat Butik AS Hijab di NU Sentral

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tahniah buat Dato' Aliff Syukri dan Datin Shahida di atas pembukaan cawangan keempat AS Hijab di NU Sentral semalam. Majlis yang simpledan cukup meriah dengan pelbagai cabutan bertuah buat pembeli bertuah yang hadir berkunjung dan membeli-belah di butik AS Hijab. Ikuti butirannya !


Cukup menarik sekali, acara perasmian pembukaan itu dimeriahkan oleh persembahan penari-penari cilik yang mempersembahkan tarian tradisional lengkap dengan busana tradisional. Sangat ayu dan comel melihat tarian penari-penari cilik ini.





Turut berlangsung juga acara fashion show daripada pragawati-pragawati yang menampilkan koleksi-koleksi tudung-tudung AS Hijab yang dijual di butik itu. Memang banyak rekaan dan jenis tudung terdapat di butik ini.  Pelbagai design fesyen Muslimah yang ekslusif terdapat di AS Hijab seperti, Primadona, Maharani, Bawal, Warda, Lunara, Inner Shahida, Sarung Klasik dan juga Bawal Swarovski. Semua design direka khas dan mesra untuk semua lapisan umur dan boleh digayakan dengan pelbagai gaya mengikut citarasa masing-masing.




Tidak terlepas juga terdapat jualan sehingga 80% potongan buat 50 pengunjung terawal dengan pembelian serendah RM10. Berpusu-pusu pengunjung untuk dapatkan potongan sehingga 80% ini.Sangat berbaloi sungguh menjadi pembeli terawal di Butik AS Hijab ketika di hari pelancaran tersebut.

Instagram : As.hijaboffial
Facebook :  As Hijab Official



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...