Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pada mereka yang belum tahu, AEON melebarkan sayap mereka dengan menghasilkan drama pendek bersiri yang diberi nama Sayap Bagimu. Ia telah ditayangkan kepada umum sejak beberapa minggu yang lalu. Kini, AEON bersama-sama menayangkan episod baru drama bersiri itu kepada para peminat dua hari sebelum episod itu ditayangkan secara rasmi.
Majlis penuh gemilang tersebut turut diserikan dengan kehadiran Dato’ Iskandar Sarudin, Pengerusi AEON dan juga beberapa barisan artis yang membintangi drama tersebut. Antaranya Alif Satar, Siti Nordiana dan Aznie Azmi.
Majlis tayangan gala ini juga diadakan bersempena sambutan ulang tahun AEON yang ke-38 membawa tema “Sayap Bagimu”, iaitu satu interpretasi kesungguhan AEON untuk memberikan perkidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan inklusiviti serta kelestarian ekosistemnya.
Penglibatan AEON di dalam industri pembikinan drama ini merupakan satu yang baharu namun AEON yakin pendekatan ini mampu memberikan impak positif dalam memperkasakan operasi syarikat dan untuk terus merapatkan lagi hubungan di antara AEON dan pelanggan.
Drama ini juga adalah tanda penghargaan dan terima kasih AEON terhadap kesetiaan yang tidak berbelah bahagi oleh pelanggan, rakan niaga dan kesemua pemegang taruh yang telah menjadikan AEON sebagai jenama runcitan pilihan dan tempat membeli belah dan lokasi santai bersama keluarga.
Selain itu, tajuk drama “Sayap Bagimu” ini juga diambil daripada inisiaitf AEON untuk kelestarian negara, di mana aspirasi Sayap Bagimu ialah untuk menyokong antara satu sama lain untuk mengembangkan sayap dan terus bergerak ke hadapan bersama. Drama Sayap Bagimu berkisar tentang cabaran, tekanan dan sokongan yang dihadapi di tempat kerja demi memajukan nama syarikat. Ia mampu memberi inspirasi kepada masyarakat untuk terus mengembangkan sayap potensi yang ada pada diri masing-masing untuk mengejar impian.
Drama ini mula ditayangkan di laman Youtube AEON Malaysia bermula 13 Oktober 2022.
Menariknya episod 8 ini ialah kita dapat melihat perjuangan hak asasi manusia terhadap mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental di mana stigma masyarakat terhadap kumpulan ini. Stigma ini seharusnya tidak terjadi lagi di zaman ini kerana rata-rata kita semua sudah terdedah akan info dan pengetahuan mengenai kesihatan mental. Stigma ini mungkin boleh diterima 30-40 tahun dahulu namun sekiranya stigma ini masih ada sekarang, itu menunjukkan betapa ignorance nya diri kita. Diharapnya kita tidak berlaku prejudis kepada kumpulan-kumpulan ini kerana mereka juga perlu diberi ruang di dalam masyarakat untuk menyerlahkan potensi yang mereka ada.
Inisiatif Sayap Bagimu selaras dengan usaha AEON yang memperjuangkan Matlamat Pembangunan Kelestarian Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG). Antaranya ialah Kesihatan Baik dan Kesejahteraan (SDG 3) iaitu memastikan kehidupan sihat dan menggalakkan kesejahteraan bagi setiap lapisan umur serta Pembangunan Ekonomi Dan Pekerjaan Yang Baik (SDG 8) yang
turut menyertai program ini ialah rakan-rakan niaga AEON dan para penaja seperti AmBank Malaysia, TGV Cinemas, Focus Point, Gintell, OSIM, Poh Kong, Tomei Gold & Jewellery, PANDORA Jewellery, Hype Energy Drink, Mahnaz Food, Samsung Malaysia Electronic, Mamee-Double Decker, Shogun Japan, Yeo Hiap Seng, BB Diapers dan Uncle Zam Rice.
Saksikan episod baharu setiap hari Khamis jam 6 petang di laman Youtube AEON.
No comments:
Post a Comment