Assalamualaikum dan salam sejahtera
Demam Piala Dunia masih terasa, apatah lagi sekarang sudah hampir ke pusingan akhir. Bersempena demam Piala Dunia ini, Singgah Pengerang yang merupakan salah
sebuah rangkaian hotel milik anak syarikat Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad
(KOPETRO), KOPETRO Hotel & Resorts Sdn. Bhd., telah menganjurkan sebuah
program ‘Parti Bola Kaw’ iaitu sesi tayangan perlawanan Piala Dunia di Singgah Cafe hotelitu. Ikuti butirannya !
Baru-baru ini aku berkesempatan merasai sendiri kemeriahan menonton perlawanan bola sepak bersama rakan-rakan di Singgah Cafe yang terletak di Singgah Pengerang Hotel. Apa yang bestntya menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia di sini ialah, mereka menawarkan set hidangan makanan dan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan sementara menunggu perlawanan bola sepak bermula. Yang paling best tu, pengunjung boleh memenangi hadiah eksklusif dari Singgah Pengerang tau. Antara hadiah menarik yang boleh dimenangi termasuklah jersi bola sepak edisi terhad.
Tak sangka, pelbagai lapisan umur memenuhi ruangan Singgah Cafe bersempena perlawanan bola sepak pada malam tersebut. Kami menyaksikan perlawanan suku akhir antara Portugal dan juga Morrocco. Pengunjung boleh meneka berapa banyak gol yang akan disumbangkan ketika perlawanan tersebut dan sekiranya tekaan anda tepat, pengunjung akan mendapat hadiah. Menarik bukan ?
Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Encik Ahmad Shakir bin Ahmad Ubaidah berkata
ini merupakan program yang diadakan buat julung kalinya bertujuan untuk
mengumpulkan peminat-peminat sukan bola sepak untuk hadir dan beramah mesra
sambil menonton pasukan pilihan mereka beraksi. Usaha ini telah bermula sejak 9 Disember yang lalu.
Untuk peringkat suku akhir, 9 dan 10 Disember. 14 Disember untuk perlawanan separuh akhir, 17 Disember untuk perlawanan menentukan kedudukan keempat dan ketiga serta acara kemuncak pada 18 Disember untuk acara akhir perlawanan Piala Dunia antara Argentina dan juga France. Agak-agak negara mana yang akan membawa pulang piala pusingan untuk Piala Dunia kali ini ya ?
Bagus usaha Singgah Pengerang dengan mengadakan tawaran seperti ini kerana selain dapat menyemarakkan semangat bola sepak, promosi ini juga dapat meningkatkan kesedaran terhadap jenama rangkaian hotel Singgah milik KOPETRO. Untuk pengetahuan semua, Singgah Pengerang merupakan hotel kedua selepas Singgah Kertih. Rangkaian hotel Singgah menampilkan konsep butik yang mensasarkan golongan eksekutif yang bekerja dalam sektor minyak dan gas selain pemilik-pemilik perniagaan dan pelancong-pelancong tempatan.
Jangan lupa saksikan perlawanan akhir Piala Dunia di Singgah Cafe. Ternyata menonton perlawanan bola sepak secara beramai-ramai lebih meriah dan seronok. Kalaulah Singgah Pengerang Hotel nie dekat je dengan tempat tinggal aku, pasti akan aku datang lagi. Korang yang berada di kawasan sekitar Pengerang tu, bolehlah rasai kemeriahan menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia di Singgah Cafe di Singgah Pengerang Hotel.
Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian hotel Singgah dan pelbagai pakej
penginapan yang ditawarkan, layari laman web www.singgah.com.my atau ikuti akaun
Facebook dan instagram @SinggahPengerang atau emel
rsv.singgahpengerang@kopetro.com.my untuk membuat tempahan.
No comments:
Post a Comment