Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sebabkan nak tengok piala dunia dengan kawan-kawan, sampai ke Pengerang kitorang bertandang. Nun jauh di selatan. Satu pengalaman yang cukup menyeronokkan. Maklumlah, selama hari ini cuma tengok sendiri je dekat rumah. Nie nak kongsilah dengan koranb hotel yang kami inap sepanjang kami berada di Pengerang. Hotel tersebut ialah Singgah Pengerang Hotel. Ikuti butirannya.
Hotel Singgah Pengerang agak terpencil lokasinya. Durasi perjalanan adalah selama 5-6 jam untuk sampai dari kota raya Kuala Lumpur. Hotel Singgah Pengerang baru sahaja operasi sebenarnya dan mereka mensasarkan mereka-mereka yang mempunyai urusan kerja untuk menginap di situ kerana lokasinya sangat berhampiran dengan kawasan petroleum Pengerang.
Namun begitu, pengunjung yang datang melancong di kawasan Pengerang ini juga boleh menjadikan Hotel Singgah Pengerang sebagai destinasi penginapan kerana kemudahan dan keselesaan yang ditawarkan tiada tolok bandingnya. Sangat bersih keadaan hotel tu, maklumlah ia masih lagi baru beroperasi. Boleh dikatakan kami antara 50 pelanggan pertamalah yang menginap di hotel tersebut.
Hotel ini mempunyai 3 tingkat dan dilengkapi sistem elevator. Berhampiran lobby, terdapat Singgah Cafe. Di sinilah para penginap akan menikmati hidangan sarapan percuma yang ditawarkan sekiranya menginao di Hotel Singgah Pengerang ini. Che untuk Singgah Cafe bukan calang-calang orangnya, beliau merupakan orang yang cukup berpengalaman dalam industri masakan. Ini terbukti pada hidangan nasi lemak mereka di waktu sarapan pagi. Sangat sedap dan secukup rasa !
Harga bermula RM150 satu malam dan terdapat beberapa jenis bilik yang ditawarkan iaitu Standard Room, Superior Room dan juga Deluxe Room. Untuk bilik Deluxe, terdapat yang ada balkoni dan ada yang tiada balkoni. Aku telah memilih untuk menginap di Deluxe Room with Balcony. Barulah rasa aman dapat mengirup udara segar Pengerang di pagi hari. Ouh ya, bilik khas untuk mereka yang berkeperluan khas juga tersedia. Sangat besar untuk bilik khas OKU ini.
Untuk pengetahuan semua, Hotel Singgah Pengerang merupakan hotel kedua selepas Hotel Singgah Kertih. Di masa akan datang insyaAllah akan dibuka lebih banyak cawangan Hotel Singgah. Hotel Singgah diuruskan sepenuhnya oleh KOPETRO Hotel & Resorts. Rangkaian Hotel Singgah berkonsepkan butik hotel dan mempunyai warna KOPETRO yang significant iaitu hijau dan biru.
Satu pengalaman yang cukup menyeronokkan dapat bercuti meluangkan masa bersama kawan-kawan dan pengalaman penginapan kami yang cukup selesa dan servis yang baik ditawarkan menambahkan lagi kemanisan percutian kami kali ini. InsyaAllah kalau singgah ke Pengerang lagi, pasti akan menginap di sini. Korang pon kalau datang ke Pengerang, jangan lupa menginap dekat Hotel Singgah Pengerang nie tau.
Terima kasih juga buat KOPETRO Travel & Tours yang membawa kami ke Pengerang menaiki bas yang selesa dan sampai ke destinasi dengan selamat. Bukan sahaja menawarkan perkhidmatan kenderaan, malah perkhidmatan lain seperti pakej pelancongan dan umrah juga ada tau. Satu hub untuk pelbagai perkhidmatan.
Untuk maklumat lanjut mengenai hotel yang kami inap, dapatkan butiran mereka melalui laman sesawang yang berikut :
Laman web : www.singgah.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/Singgahpengerang
Instagram : https://www.instagram.com/singgahpengerang
Email : rsv.singgahpengerang@kopetro.com.my
Tel : 607-824 6011
No comments:
Post a Comment