Wednesday, December 14, 2022

Strateq Group Memperkenalkan Talent Development Program

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ini aku berkesempatan untuk berkunjung ke ibu pejabat Strateq Group yang terletak di Seksyen 13 Petaling Jaya. Buat mereka yang tidak mengenali, Strateq Group merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan penyedia penyelesaiam dan perkhidmatan. Satu perkhidmatan yang menyediakan solusi kepada masalah atau memudah cara pengendalian operasi sehari-hari.


Dengan yang demikian, Strateg Group memperkenalkan satu program yang diberi nama Talent Development Program bagi mengatasi masalah kekurangan kepakaran dalam bidang teknologi. Era kini, arus permodenan sangat pantas dan rata-rata semua perkhidmatan telah migrasi kepada teknologi berbanding menggunakan kudrat manusia. Oleh itu, Strateq Group memperkenalkan program ini untuk mencari bakat-bakat muda yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kelebihan dalam menguasai bidang teknologi.


Strateq Group telah tertubuh sejak tahun 1983. Ia merupakan sebuah syarikat teknologi yang cukup terkemuka dalam menyediakan perkhidmatan menyelesaikan masalah dan perkhidmatan untuk pelbagai industri termasuklah industri kesihatan, oil & gas, kewangan, telekomunikadi, tenaga, utiliti, pendidikan dan banyak lagi. Strateq beroperasi di pelbagai negara termasuklah negara Malaysia, China, Hong Kong, Philippines, Singapore, Thailand dan Amerika. Boleh layari laman sesawang mereka untuk maklumat lebih lanjut mengenai syarikat Strateq Group ini : www.strateqgroup.com

Negara kita Malaysia agak kurang mengetangahkan bakat anak-anak muda dalam industri ini malah mereka tiada platform yang khusus untuk menggilapkan lagi bakat yang ada. Menyedari keperluan itu, Strateq Group telah bekerjasama bersama 7 institut pengajian tinggi awam dan swasta untuk merapatkan jurang keperluan bakat ini.


Usaha ini bagi menyokong Rancangan Malaysia ke-12 bagi meningkatkan KDNK sektor digital negara kepada 25.5% menjelang tahun 2025. Usaha ini bagi mendedahkan graduan atau mahasiswa dan mahasiswi akan dunia digital dengan membekalkan pengalaman secara praktikal dan industrial kepada mereka. Dengan cara ini, dipercayai dapat membantu meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran bagi menerangkan hala tuju karier mereka selepas tamat belajar.

Datuk Tan Seng Kit, Pengarah Urusan Kumpulan Strateq berkata menyerlahkan potensi diri dalam bidang teknologi merupakan satu jurang yang besar dalam industri. Arus teknologi yang berkempang pesat tidak seiring dengan bakat yang ada pada masyarakat tempatan kita. Beliau cukup berharap dengan wujudnya program seperti ini, dapat melahirkan bakat yang boleh memenuhi kehendak teknologi semasa dengan berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang mereka ada sepanjang berada dalam industri ini.


Program ini mempunyai tiga fasa yang lengkap dengan pembelajaran asas, pensijilan dan juga praktikaliti. Mereka ini mengetengahkan isu yang sering dihadapi oleh majikan mahupun graduan dalam mencari bakat yang tepat dan sesuai dengan kerja yang ditawarkan. Program itu digubal bagi mengatasi masalah yang sering diatasi oleh rekruter yang mana kemahiran bakat yang ada tidak bersesuaian dengan pekerjaan yang ditawarkan, kekurangan dalam hal komunikasi, ketelitian dan adaptasi dalam suasana korporat.

Program ini walaupun masih lagi dikira baru, namun impak positif itu sudah boleh nampak dan dirasai. Malah pihak universiti yang terlibat dalam program ini juga menyampaikan feedback yang baik. Begitu juga bekas penuntut yang lahir dari program ini, mereka kini berada di tahap yang selesa di mana mereka mendapat pekerjaan yang mentengahkan bakat yang mereka ada, terutama sekali dalam bidang Arap dapat menerima lebih banyak impak positif melalui program yang diperkenalkan ini.


Program yang telah melalui fasa percubaan awal tahun ini sudah mempunyai 7 kolaborasi bersama institut pengajian tinggi awam dan juga swasta dan akan mengembangkan lagi kolaborasi ini dengan lebih banyak universiti yang ada. Universiti yang telah terlibat dalam kolaborasi ini termasuklah Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Sabah (USM), Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU), HELP University, UOW Malaysia dan KDU University College.

Dengan kolaborasi ini, Strateq Development Program telah menerima seramai 150 pemohon dan berjaya menempatkan 23 peserta. 40% daripada peserta tersebut telah berjaya diserap kepada pekerja sepenuh masa. Momentum ini diharap dapat dikekalkan untuk serapan pada tahun 2023 nanti.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...