Assalamualaikum dan salam sejahtera
Okay kali nie aku nak ceritakan pengalaman pergi camping selama 2 hari 1 malam di kawasan Air Terjun Jerangkang yang terletak di negeri Pahang. Untuk camping kali nie, aku pergi bersama kawan-kawan baru yang aku tak pernah berjumpa pon sebelum ini. Camping with strangers konsep dia. Oleh kerana ini pertama kali aku turut serta camping secara ekstrem sebegini, jadinya aku agak teruja untuk sesi perkhemahan kali ini. Ikuti butirannya !
Secara jujurnya, aku tak pernah lagi dengar nama tempat nie. Orang yang biasa pergi bercamping, mungkin agak familiar lah pasal Air Terjun Jerangkang nie. Tapi untuk newbie seperti diriku, nama lokasi ini agak asing bagi aku. Sebenarnya rancangan asal nak camping di tempat lain, tapi atas faktor permit, makanya saat akhir lokasi ditukar. Tak kisah pon pasal bertukar lokasi sebab aku dah teruja gila nak pergi bercamping masa nie. Lama dah tak pergi bercamping sebenarnya.
Tambah-tambah camping kali ini agak mencabar di mana bukan jenis camping yang biasa aku pergi sebelum nie. Yang nie betul-betul hutan dan tiada kemudahan apa pon. Bahkan nak pergi ke tandas pon jauh gila dan air pon kena bawa guna baldi. Bagi aku ini agak berat untuk aku sebab biasa aku pergi camping yang mana semua benda dah tersedia.
Tu pasal aku excited dengan camping trip kali ini. Boleh survive ke tidak aku dengan cara berkhemah sebegini ?
Oleh kerana kami kena naik truck seawal jam 8 pagi dari tapak berkumpul, makanya kami bertolak ke Pahang pada tengah malam. Aku bertolak dari Subang menuju ke Sentul Timur naik LRT. Then me and my friend bertolak sama-sama naik kereta. Jumpa semua dekat satu stesen minyak and terus shoot ke Pahang. Lepastu dekat nak sampai tu, sebelum keluar lebuhraya, singgah ke RnR. Sempatlah tidur beberapa jam dekat hentian RnR tu. Lepas waktu subuh baru sambung semula perjalanan menuju ke lokasi berkumpul. Dah tak jauh dah dari RnR kami bermalam tu.
Nak masuk ke kawasan Air Terjun Jerangkang nie tak boleh guna kereta. Kena guna truck untuk masuk situ sebab jalan menuju ke situ memang tak boleh dilalui oleh kereta. Jalan dia berlumpur, berlubang sana sini dan memang mustahil lah kereta untuk lalu. Truck menuju ke sini memang ada disediakan. Tinggal book je dengan abang tu and nanti dia hantar. Perjalanan menuju ke situ dengan menaiki truck lebih kurang 30-40 minit jugalah. Sangat jauh kedalam dan penuh dengan liku.
Sebaik sahaja tiba ke lokasi, boleh pilih untuk pacak khemah di tapak yang disediakan atau korang lebih memilih untuk berada di kawasan lain. Kami memilih untuk cari kawasan lain yang jauh dari crowd. Tapak khemah tu agak mainstream dan sesak dengan manusia lain. Lepastu banyak lalat sebab ramai buat masak-masak dan menarik perhatian si lalat.
Tapak khemah yang kitorang pilih agak tidak rata kedudukannya dan banyak gila batu-batu besar yang perku dialihkan bagi memastikan khemah kitorang rata tanahnya. Kitorang pacak tiga khemah sebab kitorang 9 orang semuanya. Bermulalah siapkan khemah sebelum buat benda-benda lain. Bagus dorang nie sebab banyak pengalaman dalam camping yang aku consider sebagai ekstrem macam nie.
Aku actually risau acano kalau tiba-tiba perut memulas nak membuang. Nak ke tandas ambil masa berjalan kaki dalam 10-15 minit tau. Itupun kena angkut air dalam baldi dari air kolah yang dorang sediakan sebelah tandas tu. Dengan lampunya tak ada, astagha tak dapat bayangkan kalau malam tiba-tiba rasa nak membuang. Sedangkan waktu siang pon dah gelap tak nampak apa dalam tandas tu.
Lepas dah settle down semua, kitorang pon ambil kesempatan untuk bermandi-manda petang tu. Cuaca pon elok dan tempat tu kosong tak ada orang. Awas ya air terjun dia agak dalam. Yang tak reti berenang macam aku nie, berhati-hatilah. Serius dalam gila. Tengok orang lain mandi nampak seronok betul sebab dorang reti berenang dan terapungkan diri. Aku nie mengharapkan jaket keselamatan je untuk terapung. Satu apo pon tak bawa, jadinya kita mandi dekat bahagian cetek-cetek je. Boleh je berenang tapi tak yakin. Lebih baik aku berhati-hati daripada ambil risiko.
Nak dijadikan cerita, mujur kitorang sempat merasa mandi-mandi dekat air terjun haritu sebab malam tu hujan lebat gila dan menyebabkan paras air naik dan air jadi keruh gila. Bayangkan tempat tu memang dah dalam dah, nie air bertambah-tambah naik lagi. Makin dalam lah jadinya.
Hujan tu berlaku lewat malam sampailah ke waktu subuh, masih tak berhenti dan renyai-renyai sampaikan khemah aku pon ikut basah tau. Dugaan betul tidur atas khemas yang basah bertakung air. Sangat tak selesa ya. Yang pasti sejuk gila ya tidur dalam khemah dekat tengah-tengah hutan. Ouh ya, lupa nak bagi tahu kat dalam tu memang tak dapat langsung line. Dia muncul kejap-kejap lepastu hilang. Nak update netizen dekat insta story pon tak lepas.
Apa-apapun ia satu pengalaman yang baharu buat aku. Pertama kali berkhemah ekstrem macam nie. Dan pertama kali juga berkhemah dengan orang-orang yang tidak dikenali. Semua jenis kelakar and sporting gila. Pandai masak pulak tu. Aku cuma kenal sorang tu je, itupun kenal dalam FB dan jarang berkomunikasi. Tahu-tahu dia ajak join sebab tahu aku suka outdoor activities. Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan.
wild camping ni. sib baik la ada proper toilet.
ReplyDeletecampsite pilihan aida, 1st aida nak tau toiletnya dulu, ok or not ok :) ha ha ha.
aida ni family camping, so tak la wild sgt.
bwk anak-anak, keadaan mesti ok. tak berani nak wild camping gini.
wow syok nya air tu bila jernih. ada air terjun!
sure sejuk ek. bila da jadik teh tarik gitu, hmmmm ber hu hu hu kat darat ajer la kan :) ha ha ha...