Sunday, January 15, 2023

Baiki Phone, Laptop & MacBook Murah di MRFIX Putrajaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bila laptop dah berusia lebih 5 tahun nie, makanya banyak masalah dia mula tunjuk. Mula-mula tu tak rasa ralat sangat, tapi lama-lama makin menjadi-jadi hal dia. Walhal dah jaga baik dah, tapi tulah, semua peranti ada jangka hayat dia dan kita kena sentiasa upgrade dia untuk kekal relevan. Jadi, sudah masanya aku hantar pergi baiki. Ikuti butirannya !


Nak hantar pergi baiki pula jadi satu hal pula. Susah nohh nak jumpa kedai baiki laptop. Banyak jumpa kedai baiki telephone je. Laptop memang jarang sangat jumpa. Cari-cari punya cari, jumpalah satu kedai baiki laptop & Macbook dekat Putrajaya which is dekatlah dengan tempat aku tinggal. Kedai baiki telefon, laptop & Macbook, MRFIX Putrajaya. 


Menariknya MRFIX Putrajaya nie sebab dorang boleh betulkan Macbook sekali. Seperti yang kita sedia maklum, Macbook nie hybrid yang berbeza daripada normal laptop jadi cara betulkan dan peranti juga berbeza. Susahlah nak jumpa kedai baiki MacBook sebenarnya. Tapi kalau korang ada masalah MacBook, boleh hantar betulkan dekat MRFIX Putrajaya. Untuk pengetahuan semua, MRFIX Putrajaya memang pakar dalam bidang nie. Jadi korang tak perlu khuatir akan kemampuan mereka. Hanya alat gantian yang original dan berkualiti sahaja yang mereka pilih. Dan semuanya pada harga yang cukup berpatutan.


Aku faham, kebanyakkan daripada kita mesti risau bila laptop atau phone rosak sebab nak baik pulih tu ibarat macam beli satu telfon atau laptop baru. Sebab tu bila ada je peranti rosak, kita lebih memilih untuk terus beli baru berbanding hantar pergi betulkan sebab harga baik pulih yang mahal. Korang jangan risau bab ini, insyaAllah harga baik pulih peranti korang sangat mampu milik. Apa-apapun, mereka akan berunding dengan kita terlebih dahulu sebelum membaiki kerosakkan pada peranti. Jadi tak ada lah kita terperanjat bila mereka bagi resit. 


Macam aku, sebab dah biasa berurusan dengan MRFIX sebelum nie, jadi aku tahu benar cara mereka bekerja dan berfungsi. Sebarang kerosakkan, pelanggan boleh datang untuk buat pemeriksaan terlebih dahulu. Pemeriksaan peranti ini adalah secara percuma ! Dan kalau kerosakkan tu sangat minor, ia boleh dibetulkan dalam masa lebih kurang 30 minit sahaja. Pembaikan juga dibuat secara berhadapan. Tapi kalau kerosakkan itu major, jadinya mereka akan memberi tahu apa kerosakkan dan peranti yang akan diganti beserta dengan anggaran harga pembaik pulihan. Sekiranya bersetuju dengan harga yang dinyatakan, boleh terus proceed dengan pembaikian tersebut. Cool kan ?


Dari situ, kita boleh budget berapa duit perlu dikeluarkan untuk kerosakan peranti kita. Tak adalah kita datang dan terus kena bayar. Sekurang-kurangnya kita dapat anggaran berapa harga kos pembaikian sebelum teruskan. Dengan cara ini juga, korang dapat bandingkan dengan harga pembaikian dari kedai baik pulih peranti yang lain. Tapi percayalah, MRFIX Putrajaya menawarkan harga pembaikian yang sangat mampu milik. Lebih murah berbanding kedai baiki peranti yang lain.



Yang penting, semua baik pulih ada warranti dia. Sekiranya dalam masa warranty masih valid dan kerosakkan masih berlaku, boleh hantar semula pada mereka untuk mereka lihat dan baiki di mana silapnya tanpa sebarang bayaran. Jadi tak adalah rasa hangus duit baiki korang tu kalau kerosakkan yang sama berlaku lagi dalam masa terdekat.


Untuk laptop aku nie, oleh sebab ini laptop lama jadinya peranti dia agak sedikit outdated sebab tu dia jadi slow dan tak berapa nak berfungsi dengan baik walaupun dah clearkan segala memori dalam tu. Tetap lambat. Awalnya ingatkan memori penuh ke apa, tapi yang hairannya banyak je lagi kapasiti dia. Rupanya orang dah tak pakai dah harddisk sebegitu dan tak berapa nak support dengan banyak version aplikasi dalam laptop sekarang. Sebab tu jadi slow. 


MRFIX Putrajaya nie kedai dia kecil sahaja, tapi adalah juga beberapa aksesori telefon yang ada dijual di sini. Tak banyak mana tapi semua yang asas, ada dijual di sini. Kalau nak yang betul-betul banyak, boleh pergi ke cawangan MRFIX yang lain yang lebih besar seperti di MRFIX Bangi. Dekat situ pilihan aksesori lebih meriah berbanding di sini.



Oleh kerana keluasan cawangan MRFIX Putrajaya nie agak kecil, jadinya tak banyaklah aksesori telefon dijual di sini. Hanya terdapat yang basic sahaja. Kalau nak cari pelbagai jenis aksesori telefon, boleh pergi ke cawangan MRFIX di Bangi. Dekat situ, korang cakaplah nak apa, semuanya ada. Kalau korang cari kedai baik pulih telefon, laptop dan MacBook, bolehlah ke MRFIX Putrajaya. Kedai dia betul-betul atas Speedmart 99 dekat Presint 8 Putrajaya.

MRFIX PUTRAJAYA (PRESINT 8)


A-6A 1st Floor, Blok A, Jalan Seluang P8/7, Presint 8,62250 Putrajaya, Selangor Darul Ehsan

Landmark : Atas Speedmart 99
Tel: 019-910 0531

Waktu operasi : Isnin - Ahad (Setiap hari kecuali Jumaat)
Masa : 10.00am-9.00pm

INSTAGRAM : https://www.instagram.com/mrfix_putrajaya/

Untuk kaedah pembayaran, MRFIX menerima pembayaran dalam bentuk tunai, kad kredit, kad debit, dan juga platform-platform e-wallet tempatan seperti Boost dan juga Grab Pay.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...