Saturday, January 28, 2023

Mandi-manda di Sungai Kedondong

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Bulan Ogos yang lalu aku berkesempatan ke Sungai Kedondong bersama rakan-rakan sekerja aku. Pergi berlima je naik satu kereta. Ini merupakan kali pertama aku ke Sungai Kedondong. Pernah dengar sebelum nie tapi belum pernah jejak lagi. Makanya aku sangat teruja nak explore apa yang menarik dekat Sungai Kedondong. Ikuti butirannya !


Officemates aku sangat gigih ya nak masakkan kitorang dekat atas tu. Jadinya kenalah usung perkakas masakan mendaki ketapak air terjun. Mujurlah pendakian dekat Sungai Kedondong nie tak berapa nak mencabar dan boleh dikatakan tak jauhlah jaraknya dari tapak masuk. Bayangkanlah dengan portable gas siap kitorang hangkut tau. Itu nasib baik decide tak nak bawa ice box sekali naik atas. Kalau tak, mahu patah pinggang.




Nampak macam nak stay lama dalam tu, walhal cuma untuk beberapa jam je. Gigih ke tidak officemate aku sorang nie ? Bagus tau dia nie nekad nak masakkan kitorang spaghetti carbonara special. Dan lebih terharu, dia seboleh-bolehnya nak aku rasa sekali tapi aku tak boleh sebab salah satu bahan masakan untuk spagheti tu ialah daging dari pipi babi. Tapi dia buatkan juga guna bahan halal lain dengan peralatan masakan yang asing. Thoughtful kan ?




Sebaik sahaja kitorang sampai dekat tapak yang cantik, kitorang settle down dulu letak barang-barang, lepastu mandi. Untuk mereka yang tak reti berenang atau masih lagi tahap beginner bab berenang, dinasihatkan supaya pakai jaket keselamatan sebab air dia serius dalam gila. Aku memang tak yakin nak berenang tanpa jaket keselamatan walaupun sekarang aku dah boleh berenang tapi demi keselamatan, tetap pakai. Jaket keselamatan bawa sendiri dari rumah. Tak adanya tempat nie nak sediakan. Come on, hutan kot. What do you expect ?



Jaket keselamatan tu serius nice gila. Aku nak beli juga satu nanti. Kawan aku beli dekat Decathlon. Dalam seratus something harga dia tapi nice teruk sebab ringan dan simple. Yang penting, warna dia pon nice, warna hitam. Cari dekat Decathlon, ada.




Ouh ya, Sungai Kedondong nie banyak tahap. Semakin ke atas kau mendaki, semakin cantik view dan semakin privacy tempat dia. Pada mereka yang tak suka sesak-sesak mandi ramai-ramai tu, boeh naik lagi ke kawasan atas.Serius cantik sangat. Masa kitorang datang ni, literally tak ada orang pon. Takutlah juga kalau fikirkan benda-benda ghaib, tapi serius tenang sangat dekat bahagian atas.


Dah puas mandi semua,maka untuk kami pulang. Tak lama pon dekat atas tu, lebih kurang dalam 3 jam, lepastu balik semula ke KL. Boleh repeat lagi lepas nie sebab tak perlukan pendakian yang lama dan mencabar. Cuma kena bawa jaket keselamatan, itu je. 


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...