Assalamualaikum dan salam sejahtera
Baru-baru ini aku berkesempatan untuk berjumpa dengan owner produk penjagaan rambut VE’ERA, Mr. Gin atau nama penuhnya Gin Kioh Xiao Zhong. Beliau sudah lama berkecimpung di dalam industri penjagaan rambut di mana beliau memiliki sebuah salon di Kepala Batas yang sudah beroperasi lebih dari 7 tahun.
Memiliki produk penjagaan rambut sendiri merupakan impiannya dan kini ia telah menjadi kenyataan. Misi beliau adalah supaya lebih ramai orang dapat menikmati kulit kepala yang sihat serta rambut yanb kuat. Beliau cukup percaya dengan formulasi bahan-bahan yang terdapat dalam produk rambutnya. Bahan-bahan yang digunakan adalah dari bahan semulajadi yang organik dan berkualiti tinggi.
Set penjagaan rambut ini sesuai untuk mereka yang mempunyai rambut yang normal, berkeluumumur dan juga kulit kepala berminyak. Kerana formulasi yang terdapat dalam produknya membantu untuk menangani masalah-masalah biasa yang sering dihadapi oleh semua orang. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk kesemua lapisan masyarakat. Cuma ia tidak disarankan untuk digunakan oleh kanak-kanak kerana kulit mereka mungkin sensisitf terhadap bahan aktif semulajadi yang terdapat dalam produknya itu.
Formulasi utama ialah teh hijau organik dan juga camomile. Kedua-dua bahan ini dipercayai sangat terkenal dalam produk penjagaan rambut kerana khasiatnya yang dapat mencegah keguguran rambut dan mengatasi masalah kelemumur. Sifat antioksidanya menjadikan rambut lebih bersinar dan beralun lebat.
Set penjagaan rambut ini terdiri daripada tiga produk iaitu VE’ERA Shampoo, VE’ERA Hair Mask dan juga VE’ERA Hair Tonic. Disarankan untuk digunakan 2 kali sehari bagi menampakkan hasil yang maksimum.
VE’ERA Shampoo : Melegakan kegatalan kulit kepala dan menghilangkan kelemumur selain mengharumkan rambut si pemakai. Sangat disyorkan untuk wanita bertudung mencuba sendiri VE’ERA Shampoo nie. Rambut pasti tidak berbau lepas nie walaupun memakai hijab sepanjang hari.
VE’ERA Hair Mask : Rambut lebih lembut selepas pemakaian dan terurai dengan mudah apabila disekat. Tak adalah tersangkut di skala 6 lepas nie ketika bersikat.
VE’ERA Hair Tonic : Menyejukkan kulit kepala dan mampu mengawal kulit kepala yang berminyak. Sekaligus ia memberikan haruman yang cukup menyenangkan pada rambut.
Kesemua produk rambutnya telah mendapat kelulusan KKM dan pengiktirafan GMP dan juga Halal. Ia selamat untuk digunakan tidak kira lelaki mahupun wanita. Untuk set penjagaan rambut ini bernilai RM210 yang mana ia cukup menjimatkan berbanding beli secara ala carte iaitu RM267 kalau dijumlahkan. Satu set ini boleh tahan 2-3 bulan bergantung kekerapan kita memakainya. Set penjagaan rambut ini juga datang dengan travel size juga bernilai RM99 berbanding beli secara ala carte RM107. Jimat kan kalau beli secara set ?
Jom dapatkan sekarang set penjagaan rambut VE’ERA melalui laman sesawang, agen dan stokis mereka. Untuk keterangan lanjut mengenai produk VE’ERA dan cara untuk dapatkan, boleh baca keterangan lanjut dalam laman sesawang mereka di : https://veeracares.com/
Cukup bangga melihat rakyat tempatan dapat menghasilkan produk setanding jenama terkenal yang lain. Nama VE’ERA tercetus dari akronim V sempena victory iaitu kejayaan dan E untuk eternal iaitu untuk selamanya dan Era mewakili generasi kini. Semoga produk ini dapat menembusi pasaran luar negara juga suatu hari nanti.
No comments:
Post a Comment