Sunday, January 15, 2023

Kedai Baiki Phone Murah Serdang - Gila Gadgets

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bulan Januari tahun ini, genaplah setahun sudah berlalu majlis graduasi aku di UPM. Banyak kenangan sewaktu belajar di UPM dahulu. Dah lama sebenarnya aku nak berjalan-jalan di kawasan Serdangjadinya hari minggu yang lalu sempatlah aku ke sana. Saja nak tengok-tengok dan mengimbau kenangan.


Banyak dah berubah kawasan sekeliling di Serdang nie.Sekarang dah ada stesen MRT tau. Kalau dulu, pengangkutan awam terdekat ialah KTM Serdang. Itupun masyaAllah jauhnya daripada kampus. Kena naik grab untuk ke sana. Dahlah KTM, korang tahu-tahu jelah jadual kekerapan KTM macam mana. Setiap satu jam okay. Kalau kau terlepas train, mereputlah nak tunggu satu jam lagi untuk train sampai. Sangat tak convenient. Sekarang dah ada MRT mudahlah sikit. Lebih dekat dengan kampus dan kekerapan pon sekejap je untuk tunggu. 

Bukan itu sahaja, banyak juga kedai-kedai baru dibuka dekat kawasan Sri Serdang nie. Dan yang paling menarik perhatian aku ialah kedai repair phone Gila Gadgets sekarang ada dekat Sri Serdang tau. Rasanya kalau korang kenal aku, dah banyak kali aku datang ke Gila Gadgets untuk repair phone. Maklumlah, jenis clumsy guna phone, maka banyaklah kali kena hantar repair dan Gila Gadgets memang lokasi pilihan aku untuk betulkan telefon bimbit sebab harganya yang berpatutan dan pantas. 


Harga pembaikian yang berpatutan dan murah

Baguslah Gila Gadgets buka cawangan dekat Sri Serdang nie sebabnya kawasan pelajar-pelajar. Yang mana kita sudah sedia maklum, keadaan kewangan tidaklah berapa mewah. Jadi kalau ada kerosakan telefon bimbit ke, bolehlah datang ke sini sebab harga pembaikian mereka sangat berpatutan dan jauh lebih murah berbanding kedai baiki telefon yang lain.

Baiki phone secara berhadapan (Face to face)

Apa yang aku suka kedai Gila Gadgets nie ialah mereka baiki telefon bimbit secara berhadapan. Korang boleh tengok ketelusan mereka baiki telefon dan betapa telitinya mereka dalam kerja mereka. Setiap pembaikian bergantung pada kerosakan. Kalau kerosakan korang tu minor dan alat gantian peranti tu ada, bolehlah siap dalam masa 30 minit. Tapi kalau kerosakan major, biasa ambil masa sedikit. Kenalah tinggalkan telefon korang tu dekat kedai untuk beberapa hari.


Jangan risau, segala mereka bukan takan terus betulkan dekat situ juga masa korang hantar. Mereka akan buat pemeriksaan dulu apa yang rosak dan apa benda yang kena ganti. Lepastu mereka akan bagi tahu berapa anggaran kos pembaikian, dan kalau korang setuju barulah mereka akan proceed.

Pemeriksaan telefon PERCUMA

Aku faham, antara kita nie takut nak hantar telefon pergi betulkan sebab tak dapat nak agak berapa harga pembaikian. Sama ada berbaloi ke tidak untuk ebtulkan, atau lebih baik beli baru je. Tambah-tambah kalau kita nie seorang pelajar. Memang duit sangat berkira-kira. Jadi dengan cara ini, korang boleh putuskan sama ada nak teruskan pembaikian atau tidak. Dan pemeriksaan kerosakkan telefon adalah secara PERCUMA !! Best kan ?


Alat gantian yang berkualiti dan original

Alat peranti yang mereka guna juga berkualiti dan original. Ini bagi memastikan peranti berfungsi dengan baik selepas dibaiki. Oleh sebab itu, mereka hanya menggunakan alat gantian yang original dan berkualiti tinggi. Tambah-tambah untuk mereka yang menggunakan Iphone, bila phone rosak je mesti kita jadi gelabah dan terbayang-bayang ebrapalah agaknya duit nak kena keluarkan untuk baiki. Jangan risau, mereka boleh betulkan Iphone dengan alat gantian berkualiti tinggi dan original. Bukan Gred AA atau copy ori ya, tidak tidak. 


Pelbagai aksesori dijual di sini

Ya, bukan sekadar kedai membaiki telefon bimbit. Tapi juga menjual pelbagai jenis aksesori. Ini termasuklah aksesori telefon, aksesori laptop dan macam-macam lagi. Speaker, headphone, casing, tempered glass, wayar USB dan macam-macam lagi.Korang bagi tahu je nak apa, semuanya ada. Dah macam one stop centre dah kedai Gila Gadgets Sri Serdang nie. Macam-macam ada dijual. Rambang mata weyhh bila masuk.





GILA GADGETS SRI SERDANG
No. 3274, Jalan 18/36, Taman Sri Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Waktu Operasi : Isnin - Ahad (10.00 AM - 9.00 PM)
Tel : 013 - 650 0531



Buat student UPM atayu mereka-mereka yang duduk di kawasan sekitar, bolehlah pergi baiki phone dekat Gila Gadgets Sri Serdang. Tak payah pening-pening cari jauh-jauh. Sri Serdang dah ada dah cawangan Gila Gadgets nie. 

No comments:

Post a Comment