Saturday, December 24, 2022

Sambutan Hari Penjaja & Peniaga Kecil 2022 Peringkat Kebangsaan Raikan Golongan Penjaja dan Peniaga Kecil

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ini aku berkesempatan untuk menghadiri majlis pengiktirafan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) di Psat Konvesyen Putrajaya (PICC). Satu usaha yang baik untuk menghargai pahit getir perjuangan penjaja dan peniaga kecil dari kerajaan kerana mereka juga merupakan satu ejen penjana ekonomi negara. 


Siapa kata penjaja dan peniaga kecil bukan bukan penggerak ekonomi negara ? Sedar atau tidak, mereka inilah sebenarnya yang menggerakkan ekonomi dan kemajuan negara secara tidak langsung. 2022 merupakan tahun ke-10 penganjuran HPPK peringkat Kebangsaan. Setiap tanggal 18 November setiap tahun merupakan tarikh yang diisytiharkan sebagai Hari Penjaja dan Peniaga Kecil. Cuma tahun ini terpaksa ditangguhkan sambutannya kerana hendak memberi laluan kepada pilihan raya umum baru-baru ini. 



Konvensyen HPPK2022 disertai rakan strategik KUSKOP seperti Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM), Gabungan Persatuan dan Penjaja Malaysia (G3PM), Yayasan Peniaga Kecil dan Penjaja Malaysia serta Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil India di negeri Selangor. Turut hadir sama di majlis perasmian adalah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Senator Puan Saraswathy Kandasami dan YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KUSKOP.


Sambutan kali ini disambut baik dengan terlibatnya seramai 2,500 penjaja dan peniaga kecil dari seluruh negara. Sambutan ini merupakan anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). Ia cukup bermakna sambutan kali ini kerana majlis tersebut dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia ke-10 iaitu YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim dan sekaligus merasmikan dan menyempurnakan majlis konvensyen pada hari tersebut. 


Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada penjaja dan peniaga kecil yang telah membantu dalam pertumbuhan ekonomi negara. Kerajaan Perpaduan akan terus komited untuk menyediakan sebuah ekosistem keusahawanan yang holistik dan kondusif kepada komuniti ini dengan menzahirkan keyakinan terhadap KUSKOP untuk menerajui agenda keusahawanan negara selaras Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030).


Terdahulu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Datuk Ewon Benedick dalam ucapannya menyatakan komitmen KUSKOP untuk terus membantu memperkasa golongan penjaja dan peniaga kecil selaku penyumbang utama kepada pengukuhan dan kestabilan ekonomi negara. Beliau juga mengumumkan bahawa HPPK2023 tahun depan akan diadakan di negeri Sabah.


Dalam majlis itu juga diadakan menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Peserta Pemantapan Penjaja dan Peniaga Kecil. Anugerah disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri kepada 16 orang penerima yang berjaya menunjukkan kemajuan memberangsangkan dalam perniagaan setelah mengikuti latihan melalui program keusahawanan anjuran KUSKOP.


Manakala Anugerah Khas Jasamu Dikenang diberikan kepada Allahyarham Dato’ Haji Ramli bin Norani iaitu mantan Presiden GPPPKMM dan juga ahli Majlis Perundingan Penjaja dan Peniaga Kecil (M3PK) sebagai mengiktiraf sumbangan beliau dalam memperjuangkan nasib komuniti penjaja dan peniaga kecil di Malaysia sejak tahun 2012.


Pengisian program menarik telah disediakan sepanjang konvensyen, antaranya seperti :
  • Rakan Strategik
  • Pameran agensi-agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan Klinik Usahawan HPPK 2022
  • Sesi konsultansi agensi keusahawanan Gerak Usahawan Nasional
  • Pameran dan jualan produk usahawan Bicara Program Caknan Bantu Peniaga Kecil
  • Peranan agensi KUSKOP membangunkan penjaja dan peniaga kecil) Sesi Perkongsian Peserta Program KUSKOP & Bicara Usahawan Berjaya
  • Kisah kejayaan perserta program KUSKOP

No comments:

Post a Comment