Assalamualaikum dan salam sejahtera
Aku pasti kita semua pernah mengalami satu pengalaman berdepan dengan ajen insurans yang menjengkelkan sehingga tahap kau tak nak berdepan dengan mana-mana ajen insurans lagi. Jadi, beberapa hari lalu, aku telah mengikuti borak santai bersama orang-orang kuat AIA insurans, salah satu syarikat insurans terbesar dan terkemuka di Malaysia bagi merungkaikan persoalan kenapa ramai takut dengan ajen insurans. Ikuti butirannya !
Pertemuan ini telah diadakan di Menara AIA cawangan Klang yang dihadiri oleh beberapa ejen hebat dari Stable Vision Cooperation. Mereka ini sudah lama dalam industri insurans dan cukup berpengalaman. Sembang santai tersebut dimulakan dengan menjelajah kawasan pejabat AIA yang ternyata cukup seronok dan santai. Tidak terasa seperti di sebuah pejabat. Satu suasana yang cukup baik untuk bekerja di dalamnya.
Sembang santai tersebut dibuka dengan persoalan apakah perbezaan antara konvensional dan juga takaful. Sudah menjadi kebiasaan masyarakat kini terutama sekali yang beragama Islam untuk mengambil takaful kerana takaful mematuhi syarat-syarat syariah dan boleh dihibahkan sejak 2013 melalui Islamic Financial Servicing Act. Sangat penting mengambil pelan takaful sekarang untuk hal-hal kecemasan yang tidak kita duga di masa hadapan. Dalam pelan takaful, terdapat juga pelan perubatan untuk kegunaan kita sekiranya memerlukan rawatan di hospital.
Ramai mengelak dari mengambil pelan takaful disebabkan kurangnya kefahaman dan kesedaran akan kepentingan Takaful. Sesetengah menganggap ia sebagai satu pelaburan yang membazir dan mahal. Hanya menjadi tambahan beban perbelanjaan. Sedangkan plan Takaful mempunyai plan yang berbeza mengikut kemampuan dan keperluan masing-masing.
Sangat faham keluhan masyarakat untuk tidak mengambil perlindungan diri akibat ekonomi yang cukup teruk dan keadaan kewangan yang diibaratkan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Namun begitu, masyarakat perlu juga mengambil kira sekiranya diri dilanda sakit atau terlibat dalam kemalangan. Tidak minta benda ini untuk berlaku tapi alangkah baiknya kalau kita menambil langkah berjaga-jaga. Harus diingatkan, bukan harga makanan dan petrol je naik harga, malah kos rawatan dan ubat-ubatan juga tidak kalah mencanak harganya.
Oleh sebab itu, sangatlah digalakkan untuk mengambil plan takaful sama ada Takaful Medical Card atau Takaful Investment. Kedua-dua plan bagus dan sekarang sangat digalakkan untuk mengambil Takaful Investment yang mana ia merupakan satu pelaburan jangka masa panjang yang boleh bertindak sebagai retirement fund, education fund dan lain-lain lagi.
Ikutkan memang menarik dan bagus apa yang ejen-ejen insurans ini tawarkan. Namun mungkin pendekatan atau cara mereka yang tidak betul, membuatkan ramai yang rasa menjengkelkan. Ini sangat disetujui oleh ejen-ejen Stable Vision di situ. Mereka berkongsi pengalaman mereka menjadi ejen insurans yang menjengkelkan suatu ketika dahulu masa awal-awal menceburi bidang ini. Namun setelah beberapa tahun dalam industri ini, mereka sudah faham dan tahu bagaimana cara yang tepat untuk mendapatkan klien. Kunci utamanya ialah membina kepercayaan. Melalui kepercayaan ini, klien akan lebih cenderung untuk menyarankan kita sebagai ejen kepada keluarga dan sahabat handai mereka.
Oleh itu, marilah ramai-ramai yang masih berkira-kira untuk mengambil insurans tu supaya terbuka hati untuk mengambil. Kesihatan merupakan satu nikmat yang kaya dan tidak ternilai. Namun kita sebagai manusia tidak lari daripada mendapat sakit. Sediakan payung sebelum hujan. Jangan bergantung sangat kepada insurans yang disediakan oleh majikan. Bayangkan sekiranya anda diberhentikan daripada bekerja di syarikat itu akibat sakit panjang yang memaksa anda cuti sakit berulang-ulang kali. Kemungkinan besar syarikat akan memberhentikan pekerja yang tidak physically fit untuk kerja tersebut bagi menjimatkan perbelanjaan kos syarikat.
Masih lagi nak beri alasan sudah ada company insurans lepasnie ? Kalau masih nak menggunakan alasan tersebut, silakan dan jangan menyesal di kemudian hari. Insurans sekarang sangat up to date akan keadaan dunia. Pandemik COVID-19 menyaksikan banyak syarikat insurans memperbaharui atau menambahkan klausa bagi memastikan bekas pesakit Covid, masih mempunyai status yang sah untuk memegang insurans medical card.
Apa-apa pun aku sangat bersyukur dipertemukan dan dijemput oleh ejen-ejen Stable Vision untuk majlis sembang santai ini. Sangat bermakna dan banyak input mengenai ejen insurans dan juga mengenai insurans itu sendiri.
Dari kiri : Yong Beh, Ili Aainaa, Era, Siti, May Khoo |
Berikut merupakan butiran ejen-ejen Stable Vision. Feel free to ask any question kepada mereka. Mereka sangat peramah dan sangat membantu untuk fahamkan butiran dalam setiap plan yang ditawarkan.
HP - +60123265795
Email - chengmay.khoo@aia-premier.com.my
HP - 0126428117
Email - sitinorisah.1019q@aia-premier.com.my
HP - 0162333099
Email - yewyong.beh@aia-premier.com.my
HP - 0106558481
Email - nuriliaainaa.1962R@aia-premier.com.my
HP - 01126272181
Email - sitinoramiera.4220s@aia-premier.com.my
No comments:
Post a Comment