Friday, December 16, 2022

YHB Sleepsalot Lancarkan Single Baharu "Tukar Currency"

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Satu lagi kemunculan bintang rap baharu dari negara jiran Singapura menempa nama di bumi Malaysia. Beliau ialah YHB Sleepsalot tampil dengan single baharu yang berjudul Tukar Currency.


YHB telah menulis lagu seawal berusia 13 tahun dan telah melancarkan muzik sendiri pada umur 16 tahun. Dengan hanya berpandulan rentak yang ditemui di Youtube, YHB dapat menghasilkan sebuah lagu. Satu bakat yang jarang-jarang kita temuk dalam anak muda. Ini tidaklah hairan kerana ayahnya dahulu merupakan seorang pemain drum untuk pasukan polis sewaktu ketika dahulu. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Ye dakk ? 

YHB meminati semua genre lagu. Biarpun dirinya seorang penyanyi hip hop. Sebelum ini lagunya iaitu Karabujan pernah meraih perhatian ikon hip hop SonaOne dan Alyph. Perhatian juga turut menerpa pada lagu Terminal dan Blow Up yang memasuki senarai lagu dimainkan di Spotify.


Walaupun YHB masih dikira baru dalam industri hiphop namun beliau pernah terpilih menjadi salah satu artis pembuka tirai persembahan penyanyi rap terkenal serantau bersama MK K-Clique, Kidd Santhe dan Tuju K-Clique.

Single terbarunya "Tukar Currency" berkisarkan pengalaman dirinya yang datang berkunjung ke bumi Malaysia. Perbezaan dua negara biarpun berjiran menjadi inspirasi tercetusnya lagu Tukar Currency ini. Tiada kena mengena dengan currency atau nilai wang negara Singapura dan Malaysia, tapi lebih kepada budaya, persahabatan dan gaya hidup yang berbeza di dua buah negara ini. Lagu ini juga mendapat sentuhan SonaOne dan Forceparkbois Nakalness.


Breezy trap merupakan rentak untuk lagu ini. Liriknya yang agak catchy dan bersahaja, pasti menjadi siulan ramai anak-anak muda yang mendengar kerana penggunaan tatabahasa dan slang yang kena dan cukup in dengan jiwa anak muda sekarang. Penggambaran muzik video tersebut telah dirakamkan di Malaysia dan turut menampilkan Nakalness dari Forceparkbois. Boleh saksikan muzik video tersebut di bawah :


Jangan lupa dengar lagu Tukar Currency di semua platform digital menerusi Universal Music dan temui YHB Sleepsalot bersama artis-artis Universal Music hebat yang lain di Uni-Verse Fest Finale di UiTM Shah Alam pada 16 Disember 2022 ini. Jumpa anda semua di sana !

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...