Saturday, December 24, 2022

Laundrybar Lancar Dua Mesin Dobi Baharu Moden Dua Dalam Satu

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Era kini, lebih ramai memilih untuk menggunakan perkhidmatan dobi berbanding basuh baju di rumah kerana ia lebih efisien, mesra alam dan sangat konvensional. Oleh sebab itu, perkhidmatan dobi tumbuh bagai cendawan. Aku pasti, ramai cukup mengenali kedai dobi Laundrybar kerana cawangannya boleh di dapati di setiap pelusuk.


Baru-baru ini, City Coin Laundry Sdn. Bhd (Laundrybar) memperkenalkan dua buah mesin dobi baharu ketika majlis makan malam gala baru-baru ini. Mesin dobi ini merupakan sebuah mesin moden dua dalam satu yang dikenali sebagai IPSO dari Amerika Syarikat dan TOSEI dari Jepun. Laundrybar berusaha untuk menyediakan perkhidmatan dobi layan diri terbaik untuk masyarakat. 


Hadirnya dua mesin baharu ini pasti memudahkan lagi kehidupan kita sehari-hari yang mana ia menjimatkan masa kerana ianya berfungsi dua dalam satu. Pencapaian yang luar biasa oleh Laundrybar di mana telah mempunyai 200 buah cawangan termasuklah pasaran luar negara. Diharapnya, dengan perasmian dua buah mesin dobi baharu ini akan lebih menggalakkan lagi perusahaan Laundrybar di masa hadapan.


Malam gala tersebut juga dapat memperlihatkan Pengarah Urusan Kumpulan City Coin, Mr Paul Ang menzahirkan rasa terima kasih dan memberikan penghargaan kepada semua pemegang francais yang terus mempercayai jenama ini. 300 pemegang francais telah hadir pada malam gala tersebut yang terdiri daripada Presiden Malaysian Franchise Association (MFA) Dato’ Dr Radzali, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pernas Mazlan Ibrahim, wakil TOSEI Masakazu Nomura dan ramai lagi. Satu majlis yang cukup meriah dan gemilang !



No comments:

Post a Comment