Assalamualaikum dan salam sejahtera
16 Disember 2022, sedar tak sedar dah genap 12 tahun aku dalam dunia blog. Tak sangka aku masih aktif menulis sehingga ke hari ini. Ingatkan aku akan rasa bosan selepas beberapa tahun dalam dunia blog dan eventually berhenti. Tapi itu tidak berlaku ya. Alhamdulillah. Terima kasihlah buat semua pembaca blog Jejakakaula yang singgah dan baca entri-entri dalam nie. Harapnya ada lah penulisan aku yang bermanfaat untuk kalian.
Bersempena 12 tahun berkecimpung dalam dunia blog, aku ambil kesempatan ini untuk hadiahkan sesuatu buat diri sendiri sebagai penghargaan buat diri sendiri kerana sentiasa istiqamah menulis blog. Makanya aku telah membeli sebuah Ipad. Ipad edisi terbaru daripada Apple iaitu Ipad 10th Generation (2022). Dah lama sebenarnya nak beli ipad nie tapi baru sekarang ada rezeki untuk beli. Lepas nie mudahlah aku nak update blog bila dah ada ipad. In fact entri sekarang nie pon aku taip guna ipad.
Walaupun ada a few things yang masih memerlukan aku membuka laptop untuk update blog, tapi sedikit sebanyak dengan memiliki ipad nie, ia dah banyak memudahkan aku. Maklumlah, laptop aku laptop tahun 2015. Jadinya kelembapan dia memang tak boleh bawa bincang. Nak on sahaja pon mengambil masa yang cukup lama. Apatah lagi nak membuka sesuatu aplikasi dalam laptop tu. Sangat menguji kesabaran. Ditambah pula keyboard laptop aku dah hampir 3 tahun rosak tak dibetulkan. Tiap kali nak menaip kenalah usung external keyboard. Agak struggle jugalah tiap kali aku nak update blog dengan keadaan laptop aku yang semakin uzur itu.
Tu yang aku berniat nak beli ipad ataupun laptop baharu. Laptop baru mungkin aku nak beli Macbook kot. Sudah tiba masanya untuk aku beralih sepenuhnya kepada produk Apple. Gituhhh ! Tapi ongkosnya masih belum mengizinkan. Jadinya kita beli mana yang mampu dulu dan ipad adalah jawapannya. Kebetulan Ipad 10th Gen nie baru dilancarkan dan harganya pula dalam bajet aku, terus aku place order.
Boleh je beli secara walk in tapi sebab nak jadikan pembelian kali ini lebih istimewa, tambah pula aku beli sebab mostly nak guna untuk menulis blog, makanya aku nak engrave nama aku pada ipad ini. Kalau nak engrave nama, kenalah beli secara atas talian di laman sesawang Apple. Lagipula cuma menunggu 3 hari bekerja untuk pembelian kita nie sampai. Serius cepat gila. Ingatkan ambil masa seminggu untuk sampai sebab shipping dari Singapore. Tahu-tahu hari ketiga lepas place order ipad aku pom sampai. Aku courier terus ke office masa nie. Hihi.
Aku bukanlah orang yang hebat dalam bab-bab teknologi, jadi kalau korang tanya aku kenapa pilih Ipad 10th atau apa bestnya Ipad 10th Gen nie, aku memang tak dapat nak jawab sebab aku main beli je. Bab spesifikasi dia, for me okay je sebab aku gunapun bukan untuk benda-benda berat. Cuma guna untuk menulis blog dan buat tengok Netflix paling tidak pon.
Kalau nak tahu bagus ke tidak, apa yang kurang itu dan ini, boleh cari dekat Youtube. For me, Ipad 10th Gen nie memudahkan dan cukup untuk keperluan aku. Cuma tulah, oleh kerana Ipad 10th Gen nie masih baru di pasaran, makanya aksesori seperti casing dia agak susah nak jumpa di kedai-kedai. Ada pun di store rasmi Apple. Faham-faham jelah harga aksesori kalau beli terus dari kedai Apple sendiri. Takut ya tengok harga. Makanya, kenalah order melalui Shopee. Itu jelah sumber yang dapat bekalkan aksesori Ipad 10th Gen nie. In future insyaAllah mungkin senanglah nak cari aksesori sebab dah lama masuk pasaran. Tapi buat masa sekarang, korang kena cari kat Shopee or Lazada je.
Sekarang nie, aku aim nak beli keyboard dia. Nak beli keyboard dari Apple tapi harga dia sedikit terciduk. Maka marilah kita berhuhu. Guna keyboard yang muncul dekat screen jelah buat masa nie. Hahaha. Apa-apapun, aku nak ucap terima kasih buat pembaca blog Jejakakaula yang mengikuti jalan hidup aku semenjak aku habis SPM. InsyaAllah aku akan terus menulis dan menceritakan perjalanan hidup aku selagi aku ada kudrat. Walaupun dah jarang aku menulis entri peribadi, tapi aku cuba untuk selitkan juga satu dua entri peribadi dalam sebulan. Cuma tulah, kadang tak tertulis weyhh. Walhal banyak je benda yang aku nak tulis, tapi masa dan kerajinan tu tak datang. Maaf ya.
Selamat ulangtahun ke-12 buat blog Jejakakaula !
tahniah.
ReplyDeletehadiah yg berbaloi utk diri sendiri ni, zharif.
produk apel memang terbaik.
aida pengguna macbook. tapi da lama la 2012.
tu pun da rasa terbaik sgt! apatah lagi yg latest kan.
as for ipad, adik bongsu aida pengguna tegar produk apel, aida tau ia sgt bagus.
dia bawak gi class utk catit nota.
so, aida wish selamat tahun baru and moga terus menjadi blogger yg relevan ye.
sharing ilmu & pengalaman sepanjang masa.