Wednesday, November 2, 2022

KOPETRO Rasmi Cawangan Pertama ArRahnukita

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) baru sahaja membuka cawangan pertama ArRahnukita di Medan Niaga Tasik Damai. Satu lokasi yang cukup strategik kerana ianya merupakan sebuah kawasan perniagaan yang menjadi tumpuan ramai di Sungai Besi.


ArRahnukita ini telah dirasmikan sendiri oleh Dato' Haji Zazali bin Haron, Pengarah Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Juga turut hadir ialah wakil-wakil daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa). Pelancaran itu turut dimeriahkan dengan tetamu yang hadir lebih kurang dalam 200 orang termasuklah peniaga-peniaga dan orang ramai sekitar kawasan Medan Niaga Tasik Damai.


Ketua Pegawai Eksekutif (KOPETRO), Encik Ahmad Shhakir bin Ahmad Ubaidah menzahirkan rasa bersyukur dengan pembukaan cawangan pertamanya ini kerana ini seolah-olah satu hadiah buat warga KOPETRO bersempena ulangtahun penubuhan mereka yang ke-42. Satu jangka masa yang cukup lama dan semakin melebarkan sayap mereka.



Dengan adanya ArRahnukita ini, membuktikan komitmen KOPETRO dalam memberikan pulangan yang menguntungkan kepada anggota-anggota dengan melipatgandakan pendapatan syarikat dan seterusnya menyumbangkan kepada ekonomi negara. KOPETRO mensasarkan akan membuka 3 cawangan lagi pada tahun hadapan di kawasan yang giat dengan aktiviti perniagaan seperti Ampang, Bangi dan juga Shah Alam.


Di acara perasmian itu dapat menyaksikan karnival jualan, cucian emas secara percuma, makanan sedia dimakan jenama LengQuas juga turut dijual, minyak pelincir jenama PETRONAS juga dan pakej percutian dan pelancongan yang ditawarkan oleh KOPETRO Travel. 100 pengunjung pertama yang hadir telah menerima beg saguhati dan 20 penggadai pada hari tersebut turut dihadiahkan dengan barangan eksklusif ArRahnukita sebagai tanda pengharagaan dan kepercayaan mereka menggunakan perkhidmatan ArRahnukita.


Anggota KOPETRO yang ingin mendapatkan pembiayaan kewangan, ArRahnukita menawarkan had pembiayaan harian sehingga 80% atau sehingga RM50,000 (mana-mana yang lebih rendah) dan pembiayaan terkumpul sehingga RM150,000. Perkhidmatan ArRahnukita terbuka kepada orang ramai tanpa mengira bangsa dan agama. Tawaran RM350,000 pembiayaan ditawarkan kepada peniaga-peniaga, broker emas mahupun kedai emas yang memerlukan wang tunai secara segera dengan menggunapakai barangan emas sebagai cagaran ke atas pembiayaan yang diberikan.



Bermatlamat menjadikan ArRahnukita sebagai sebuah perkhidmatan pajak gadai emas yang menjadi contoh kepada ArRahnu lain dengan menawarkan perkhidmatan yang mesra pelanggan dan sebuah jenama yang dipercayai. Boleh dapatkan kadar harian emas dan promosi terkini dengan mengikuti akaun media sosial @ArRahnukita di Facebook dan juga Instagram. Hubungi mereka di talian 03-90559839 utnuk sebarang maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...