Tuesday, November 8, 2022

Tempat dan Aktiviti Menarik di Kampar, Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ini aku dan kawan-kawan bercuti selama 3 hari 2 malam di Kampar, Perak. Ramai tanya, kenapa pergi Kampar ? Apa je yang ada dekat Kampar tu ? Semua seolah-olah mempersoalkan keputusan aku nak pergi bercuti di Kampar. Ramai rupanya tak tahu tempat-tempat dan aktiviti menarik yang kita boleh buat dan lawati di daerah Kampar. Jom !


Ladang Teh Gaharu

Sebuah kawasan yang dibangunkan menjadi sebuah ladang yang menanam pokok Gaharu. Gaharu merupakan sebuah pokok yang cukup berharga kerana kayu pokok Gaharu ini merupakan salah satu haruman minyak wangi yang cukup mahal harganya. Bukan itu sahaja, pokok Gaharu juga telah dikomersialkan untuk menghasilkan beberapa produk kesihatan, kosmetik dan juga produk minuman teh.



Pada asalnya ketika ladang ini dibangunkan, hanya terdapat 200 batang pokok Gaharu sahaja. Kini ladang ini sudah menjangkau seluas 300 ekar dengan lebih kurang 200 ribu lebih batang pokok Gaharu. Bukan itu sahaja, Ladang Teh Gaharu telah menjadi salah satu lokasi pelancongan yang wajib disinggah kalau berkunjung ke Kampar.




Kawasan ini terdapat beberapa spot menarik yang pasti menjadi terikan buat mereka-mereka yang gemar bergambar dengan tempat yang instagrammable. Kalau anda nak ambil gambar cantik-cantik, boleh masukkan Ladang Teh Gaharu dalam list anda okay.


Paip Besar Gopeng

Kalau korang menggunakan jalan utama dari Ipoh ke Kampar, korang akan perasan satu paip besar tergantung di tepi jalan. Paip ini dahulunya merupakan saluran air yang menghubungkan Ulu Geruntum dan Ulu Gerah ke kawasang perlombongan bijih timah di Gopeng. Ia telah dibina sejak tahun 1908 lagi dan kini ia hanya tinggal sejarah. Malah hanya tinggal sebahagian sahaja yang tinggal bagi mengingati bahawa kawasan ini dahulunya merupakan kawasan utama perlombongan Bijih Timah. Satu sejarah buat kawasan Gopeng. 


Gua Tempurung

Untuk kisah dan cerita lebih lanjut mengenai Gua Tempurung, boleh ke entri ini : GUA TEMPURUNG

Gua Candu 

Gua Candu terletak bersebelahan Gua Tempurung, namun popularitinya tidaklah sehebat Gua Tempurung malah Gua Candu ini tidaklah dikomersialkan untuk dijadikan kawasan pelancong. Namun begitu, pengunjung masih boleh datang dan melihat sendiri keindahan binaan semulajadi Gua Candu ini. Lokasi ini hanya untuk bergambar sahaja namun tidak dinasihatkan utnuk diterokai kerana agak bahaya. Gua ini dahulunya telah menjadi lokasi persembunyian komunis. Ia telah disenaraikan dalam Geotapak Geopark Lembah Kinta. Bolehlah datang sini untuk ambil-ambil gambar. 



Muzium Gopeng

Muzium Gopeng merupakan usaha rakyat tempatan mengumpul bahan dan cerita sejarah asal usul terbangunnya bandar Gopeng ini. Di sini terdapat banyak barang-barang lama yang berusia lebih 100 tahun dan ada barang tu dipercayai peninggalan orang-orang lama yang duduk dan menerokai bumi Gopeng. Terdapat narrator yang akan menceritakan asal usul terciptanya bandar Gopeng. Siapa sangka, lokasi yang cukup terkenal dengan kegiatan perlombongan bijih timah suatu ketika dahulu, kini membentuk sebuah bandar yang membangun di negeri Perak. Jangan lupa singgah ke Muzium Gopeng kalau datang ke sini, masuk adalah percuma.




White Water Rafting bersama Riverbug

Untuk kisah dan cerita lebih lanjut mengenai aktiviti water rafting ini, boleh ke entri ini : RIVERBUG WATER RAFTING

Muzium Perlombongan Bijih Timah


Gopeng memang cukup sinonim dengan hasilperlombongan bijih timahnya. Di muzium ini,pengunjung akan dapati cara perlombongan bijih timah dijalankan dan bagaimana hasilmineral yang cukup berharga ini di ekstrak dan digali dari tanah dan terus dibawa ke kilang pemprosesan utnuk di proses. Satu proses yang agak panjang kerana teknologi dahulu agak sedikit mundur. Namun cukupkagum denganpemikiran rakyat ketika itu untuk menghasilkan satu sistem yang efisien.



Banyak yang pengunjung boleh pelajari di dalam muzium ini kerana info dan fakta yang disediakan di dalam ini cukuplengkap dan sangat berinformasi. 

Menara Jam Kampar


Terdapat satu mercu tanda Kampar yang cukup sinonim di persimpangan lampu isyarat Jalan Gopeng dan Jalan Stesen berhampiran Ibu Pejabat Polis Kampar. Mercu tanda tersebut ialah sebuah menara jam. Ia telah dibina pada tahun 1960 dan mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan. Setiap jam, menara jam ini akan berbunyi memainkan lagu dan bunyi jam. Lokasi Menara Jam Kampar ini telah diperindah oleh Majlis Daerah Kampar.

Bandar Agacia


Bandar Agacia tersenarai dalam kawasan yang wajib diterokai kerana senibina dan vibe nya yang berkonsepkan ala-ala berada di sebuah bandar di luar negara. Bangunannya yang berwarna-warni, telah mendapat jolokan Mini Disney Malaysia. Namun sayang seribu kali sayang, Bandar Agacia ini menjadi terbengkalai dan menjadi kawasan tinggal tidak berpenghuni.



Tidah tahu di mana silapnya namun ia tetap menjadi tempat kunjungan orang ramai untuk mengabadikan foto mereka di sini. Sangat instagrammable ! 

Restoran Iqa Corner


Tak lupa juga,kalau dah sampai kedaerah Kampar nie, korang wajib cuba nasi wanggey yang terletak di Malin Nawar ini. Katanya ia sangat terkenaloleh rakyat tempatan. Memang betul-betul terkenal kerana sewaktu kunjungan kami semua ke sana, ramai betul yang sudah beratur tunggu untuk dilayan. 


Buat peminat nasi kandar, ini adalah tempat untuk anda  Banyak menu dan lauk yang disediakan di Restoran Iqa Corner ini. Tastewise, sedap dan harganya cukup berpatutan.


Laman Seni

Laman Seni baru sahaja dilancarkan. Ia merupakan dua blok belakang bangunan yang diberi nafas baharu dengan hasil kreativiti mural pelukis-pelukis tempatan negeri Perak. Memang cantik betul mural-mural yang terdapat di sini. Semua mural melambangkan keindahan bumi Kampar. 

Boleh baca cerita Laman Seni di sini : LAMAN SENI


Entri ini bersempena familiarisation trip be-You-tiful@Kampar selama 3H2M di daerah Kampar, Perak
yang dikelolai oleh Majlis Daerah Kampar Perak.

Official Photographer : Abeden

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...