Sunday, October 9, 2022

Eksplorasi Gua Tempurung

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kali nie aku nak kongsikan pengalaman aku menerokai Gua Tempurung yang terletak di Ipoh Perak. Ini merupakan kali kedua aku jejakkan kaki ke sini. Tapi masa kali pertama datang tu,aku tak betul-betul jelajah Gua Tempurung nie. Hanya sampai ke bahagian hujung teroka bahagian kering sahaja. Kali kedua datang nie, aku betul-betul terokai Gua Tempurung yang mengambil masa selama 4 jam penjelajahan. Ikuti butirannya !


Bertolak seawal jam 10 pagi menuju ke sana. Kali nie aku datang bersama team Be-You-tiful Kampar. Sebelum masuk, kami diberi sedikit taklimat keselamatan oleh pegawai yang bertugas. Ringkas sahaja taklimatnya, hanya menerangkan beberapa ciri-ciri keselamatan asas yang perlu dipatuhi sepanjang berada di dalam gua dan sedikit gambaran apa yang bakal kami semua tempuhi di dalam tu.


Buat yang pertama kali explore ke bahagian basah Gua ini, pasti akan menerima sedikit kejutan kerana tidak menyangka Gua Tempurung boleh sampai ke satu tahap yang cukp ekstrem. Jadi, bersiap sedialah semuanya. Aku memang cukup teruja untuk jelajah Gua Tempurung nie sebab aktiviti sebegini memang makanan aku. Tanpa membuang masa, mari aku kongsikan pengalaman sepanjang berada di dalam Gua Tempurung ini. Jom masuk !


Untuk pengetahuan semua, terdapat beberapa check point di dalam Gua Tempurung nie. Check Point ini bertujuan untuk menerangkan sedikit sebanyak latar belakang dan kisah di sebalik kawasan tersebut. Banyak cerita-cerita sejarah di sebalik Gua Tempurung tau. Menurut tour guide kami, Gua Tempurung ini dahulunya menjadi lokasi penyembunyian komunis daripada ditangkap. Ini dapat dibuktikan dengan beberapa tinggalan seperti tulisan-tulisan yang diukir di dinding-dinding gua. Juga terdapat beberapa peralatan melombong yang ditinggalkan di dalam gua ini. 





Untuk bahagian kering, pengunjung kena menaiki dan menyusuri lebih 1000 anak tangga. Agak mencabar juga terutama sekali buat mereka yang sudah berusia mahupun pengunjung yang mempunyai masalah berat badan. Tapi ianya satu aktiviti yang tidak mustahil untuk dilakukan sebab kawan kami berjaya habiskan eksplorasi Gua Tempurung ini dengan jayanya. Jadi itu bukan satu alasan untuk tidak menyertai eksplorasi ini. 



Akan tiba satu sudut di Gua Tempurung ini di mana ianya cukup berangin seperti berada dalam sebuah kawasan berpendingin hawa. Cukup sejuk dan nyaman ketika berada di kawasan tersebut. Angin memang cukup kuat. Setelah berpeluh-peluh mendaki anak tangga, memang satu nikmat ketika beradadi kawasan ini. Rasa macam nak duduk situ lama-lama. Hahahaha



Juga pengunjung akan capai di satu sudut yang cukup gelap dan tiada cahaya. Kami sempat mematikan lampu kepala untuk beberapa saat untuk melihat betapa gelapnya kawasan gua tersebut. Tidak boleh lama mematikan lampu kerana, haiwan-haiwan berbahaya mungkin akan mendekati kerana mereka mempunyai sense haba yang cukup kuat dan akan mendekati mangsanya.




Di kawasan gelap ini juga, pengunjung dapat menyaksikan habitat kelawar dan dapat disaksikan di sepanjang bumbung gua di kawasan gelap ini. Memang banyak sungguh kelawar yang terdapat di Gua Tempurung ini. Sila redha sekiranya terkena kencing atau tahi kelawar sebab memang penuh kelawar dekat atas kepala.


Setelah itu, kami kena menyusuri kawasan berair dan kawasan ini ada yang sempit dan ada yang luas. Sampai ada satu bahagaian tu, pengunjung semua kena merangkak dan menunduk untuk menyusuri laluan gua tersebut. Agak mencabar dan takut juga. Buat mereka yang mempunyai keresahan di kawasan yang sempit, pasti akan rasa cukup terganggu menghadapi kawasan sempit di dalam gua ini. 




Pengunjung perlu berhati-hati kerana di dalam Gua Tempurung ini terdapat banyak stalagmit dan stalaktitnya dan kedua-dua ini agak tajam dan boleh mencederakan sekiranya kita tidak berhati-hati ketika lalu di kawasan-kawasan yang sempit. Kenalah sentiasa berwaspada dan cakna akan keadaan sekeliling.



Alhamdulillah, setelah 4 jam mengeksplorasi Gua Tempurung dan menyusuri laluan yang disediakan, kami akhirnya berjaya keluar di titik akhir pintu Gua. Satu perasaan yang cukup lega dan puas sebab akhirnya berjaya menamatkan eksplorasi ini dengan jayanya.



Satu pengalaman yang cukup mengujakan dan korang patut cuba sekiranya datang ke daerah Ipoh ini okay. Terdapat banyak pakej eksplorasi yang ditawarkan. Boleh pilih ikut kemampuan fizikal masing-masing. Harga pakej pon berpatutan. Rugilah kalau tak ambil pakej full tour. Alang-alang dah sampai sini, lebih baik ambil pakej penuh.


Entri ini bersempena familiarisation trip be-You-tiful@Kampar selama 3H2M di daerah Kampar, Perak
yang dikelolai oleh Majlis Daerah Kampar Perak.

Official Photographer : Abeden

No comments:

Post a Comment