Monday, October 10, 2022

AEON x DAEBAK Menyaksikan Kolaborasi Antara AEON dan MAMEE

Assalamualaikum dan salam sejahtera

AEON sekali lagi mengadakan kolaborasi dengan sebuah syarikat snek makanan tempatan yang cukup terkenal dan tidak perlukan pengenalan, iaitu Mamee-Double Decker. Kolaborasi kali ini untuk menghasilkan produk makanan untuk AEON Delicatessen melalui kempen AEON x DAEBAK. Ikuti butirannya !


Pelancaran kolaborasi tersebut berlangsung di AEON Lounge Mid Valley, Kuala Lumpur. Majlis tersebut dihadiri oleh Azidah Alimuddin, Ketua Bahagian Makanan AEON dan Jennifer Chee, Pengarah MAMEE FOOD SERVICE. Turut hadir ialah wakil pengurusan daripada kedua-dua belah pihak dan media.



Permintaan yang cukup memberangsangkan terhadap makanan masyarakat Korea memanggil pihak AEON untuk berkolaborasi bersama Mamee. Kolaborasi ini akhirnya menghasilkan makanan ala masyarakat Korea yang mudah dan cepat kepada pelanggan. Usaha ini sedikit sebanyak menambahkan lagi pertukaran budaya makanan Korea di AEON Delicatessen.




Pilihan makanan ini bertumpu kepada produk-produk yang ditawarkan di Delicatessen dan La Boheme seperti Pita Ayam Bulgogi Spice + Pita Ayam Kimchi (1set), Sosej Jagung Mini, Peha Ayam Suku BBQ Kogi, Set Ayam Korea, K-Spiced Sup Oden, Ban Ayam Kimchi, Ban Ayam DAEBAK dan Piza Ayam DAEBAK ⅙. Aku sendiri telah merasai kesemua variasi makanan dalam rangkaia kolaborasi AEON x DAEBAK ini. Memang cukup sedap dan rasa autentik makanan asli masyarakat Korea tetap ada.




Produk-produk ini boleh didapati di semua outlet AEON Delicatessen dan La Boheme di AEON mulai 3 Oktober 2022 dan AEON BiG mulai 17 Oktober 2022. Usaha ini akan membuka mata semua bahawa MAMEE bukan sahaja menyediakan snek tempatan malah boleh menghasilkan pelbagai produk makanan di bawah jenamanya. 




Dapatkan rangkaian makanan kolaborasi AEON dan MAMEE di cawangan AEON dan AEON BiG berhampiran anda. 

No comments:

Post a Comment