Saturday, May 19, 2018

Lawatan Ke Kilang 888TeaCoffee

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semasa Travelogue Kedah, kami sempat berkunjung ke Kilang 888TeaCoffee yang terletak di Sungai Lalang, Bedong Kedah. 888TeaCoffee merupakan penaja tegar travelogue-travelogue yang dikelolai oleh borakkita.com. Jom ikuti kisah tertubuhnya syarikat 888TeaCoffee ini.


Pada tahun 1942, tertubuhnya Syarikat Thong Guan Trading SDN BHD. Syarikat ini banyak mengeluarkan produk-produk dan 888TeaCoffee merupakan antara salah satu produk yang dikeluarkan oleh syarikat ini. Ia ditubuhkan oleh Mr Ang Thong Guan yang datang dari keluarga kecil. Dengan bermodalkan RM 50, maka tertubuhnya syarikat Thong Guan Trading SDN BHD ini.


Apa yang lebih menarik, Thong Guan merupakan pelopor kepada pengeluar produk teh di Malaysia dan ia telah diberi nama 888. Seterusnya, anak-anak kepada Mr Thong Guan telah sama-sama melebarkan sayap produknya ke kawasan utara Malaysia. Memang cukup terkenal produk 888 di utara Malaysia ketika itu.


Di syarikat ini, pengunjung dapat menyaksikan packaging-packaging yang pernah digunakan oleh 888TeaCoffee ini untuk produk-produknya. Kalau tengok pada timeline yang terdapat di rak nie, boleh lihat perjalanan syarikat yang dahulunya hanyalah sebuah syarikat kecil, tapi kini sudah dikenali seluruh negara. Malah produk-produknya juga turut bertambah dari tahun ke tahun dan pelbagai jenis produk telah terhasil.



Pada tahun 1967, Syarikat Thong Guan melebarkan lagi sayapnya dengan mencuba jual produk lain yang berasaskan plastik seperti tali raffia dan juga straw. Kemudiannya, mereka menambah lagi produk dengan menghasilkan tisu tandas, tali plastik, plastik bag dan macam-macam lagi. Perniagaan Mr Ang Thong Guan semakin maju apabila berjaya menembusi pasaran Sabah dan Sarawak pada tahun 1975.


Sebelum memulakan lawatan ke gudang syarikat ini, kami diberi minum teh yang sangat dikenali seluruh Malaysia dan merupakan antatra signature product syarikat ini, iaitu teh wangi ros. Memang teh nie merupakan kegemaran keluarga aku. Dan aku pasti, ramai lagi orang di luar sana yang suka akan rasa teh ini.


Maaf, tiada gambar dapat aku tunjukkan. Hal ini kerana, ketika lawatan ke gudang, tidak dibenarkan mengambil gambar. Apa yang aku boleh cakap, memang besar sungguh gudangnya dan kami melawat dari mula produk itu di proses sehinggalah ke stesen terakhir iaitu, stesen produk dibungkus. Apa yang aku nampak, produk yang terhasil di bawah jenama 888 ini amat mementingkan kualiti dan kebersihan. Tak hairanlah kualiti produk 888 berada di tahap yang terbaik.


Selesai sudah lawatan kami ke Syarikat Thong Guan. Memang satu pengalaman yang jarang-jarang didapati oleh orang kerana kami berpeluang melihat sendiri produk 888 diproses. Sekiranya korang berhajat untuk melawat syarikat induk 888TeaCoffee nie, bolehlah ambil butiran berikut dan bertanyakan pada mereka bagaimana prosesnya.

SYARIKAT THONG GUAN SDN BHD.
57, Main Road, Sungai Lalang, 08100 Bedong, Kedah, Malaysia. 

Tel: +604-442 2020 
Fax: +604-442 9588 

Email: hqsales@thongguan.com Malaysia

Enjoy the video that we filmed during our visit to The Wetlands Kampung Belukar Durian, Johor
We tried the D'Co Chocolate Malt Drink. Super tasty !

Itu sahaja untuk lawatan kami ke kilang 888 Tea Coffee pada Travelogue Kedah bulan March yang lalu. Terima kasih buat 888TeaCoffee kerana sering menaja travelogue yang dikelolai oleh borakkita.com ini. Semoga terus maju hendaknya.

Entri ini bersempena familiarisation trip Travelogue Kedah selama 3H3M yang dikelolai oleh borakkita.com
dengan kerjasama Tourism Kedah dan Jerai Geo Park.

Ucapan terima kasih tak terhingga buat En. Zam 
 yang menemani kami dari hari pertama sehingga hari ketiga kami berada di sana.

Terima kasih buat para penaja trip kali ini, Canon Malaysia dan 888TeaCoffee.

20 comments:

  1. Banysknya pilihan tea and coffee kat sini..best Zhariff dpt pwluang melawat kilang..biasanya kalau beli produvt kilang ni ni kita diberi harga hang istimewa kan berbanding harga di pasaran..akak dh la peminat coffee

    ReplyDelete
  2. As I know kilang 888 famous with their coffee as my hubby love the drink. While I prefer tea and the taste and texture of the tea is good.

    ReplyDelete
  3. Bertuahnya Zhariff dapat peluang melawat kilang 888 tea coffe. Owh,baru tahu jenama ni kilang yer di kedah, patut la sedara mara orang kedah memang suka sangat teh dan kopi brand ni. huda tahu pun sebab diorang citer, siap bawa balik kampung lagi.Memang sedap!

    ReplyDelete
  4. Banyak betul pilihan tu ye. Best betul dapat pergi ke kilang terus. Memang harga kaw-kaw murah kan?

    ReplyDelete
  5. Banyaknya pilihan kopi & teh yg dikeluarkan oleh kilang ni. Mostly emi tak pernah dengar pun namanya. Mungkin ada je dijual kat kedai tapi emi yang tak perasan la kot.

    ReplyDelete
  6. Produk Thong Guan ni macam pernah dengar je. Kalau kat Kedah memang banyak tek ros ni. Memang sedap rasanya. Tak sure kakak ipar guna teh ros jenama yang mana. Ni kira generasi ke berapa ni yang maintain business nenek moyang sebab since 1942 kan?

    ReplyDelete
  7. teh 888 ni legenddd.. kat kedha rupanya.. klu dulu xde tea ni kt umah mmg x sah.. lagi satu teh wangi.. best gak dpt lawat kilang teh.. tau cara proses kan?

    ReplyDelete
  8. First time dengar brand ni. Since awak dah cakap teh ros tu sedap, satg nak pegi cari kat Jusco nak rasa berbuka nanti malam.

    ReplyDelete
  9. Bertuah dapat melawat terus ke kilang memproses teh. Macam ena perut sensitif tak boleh minum teh.coffee je boleh masuk.huhu. memang femes teh 888 ni tapi baru tahu kilang nye di kedah.

    ReplyDelete
  10. rasa macam familiar sangt nama ni haha tapi tak ingat dah dekat mana. teh wangi ni kalau minum panas-panas waktu sejuk memang best sangat feeling dia

    ReplyDelete
  11. Wahhh banyaknya teh dan kopi heheh tak nak kongsi ngan kita sikit ker wakakka.. tapi tak pernah dengar jenama teh ni mana nak dapat mana tahu jatuh cinta nanti...

    ReplyDelete
  12. I have tried the 888 teh tarik, its very nice actually. And much cheaper than many other brands out there

    ReplyDelete
  13. Wah bestnye Zharif dapat melawat ke kilang Teh 888 baru tahu kilang nu dekat kedah, teringin juga nak pergi situ .. Macam mana prosedur nak buat lawatan ke situ..

    ReplyDelete
  14. Sis beberapa bulan ada jugak beli kopi 888 ni sekotak. Memang hantu kopi so order online je senang. Memang sedap kopi dia dan yang penting murah

    ReplyDelete
  15. Sampai ke Kedah korang cari Teh. Hahaha. Teh ni memang legend. Rasa dia dan Aroma dia. Fuhhh memang fav la ruby. Masa ruby bujang dan sekolah dulu. Mak ruby kalau sahur mesti buat Teh o dari Teh wangi ni. Rindu sangat masa tu. Dah 10 tahun berdikari dan berkahwin ni terasa sangat memori lama menjelma kembali. Teh ni juga pernah viral sebab status halal kan suatu ketika dulu. Ada Teh cap masjid, cap panglima, cap lumba kuda. Hahaha macam-macam hal. Tp Teh Wangi Ros 888 memang terbaik dan diya kini Halal. Akak beli kotak oren je selalu. Suka bancuh dan tapis. Fuh aromaa

    ReplyDelete
  16. First time dgr jnma ni.. Sian btul.. Haha.. Tp dh google dh mmg da lme ade juga kan.. Rupanya ia dr Kedah ekk.. Tp try tanya kawan... Dorg kata teh 888 ni sedap... Dan murah juga.. Wahh..rasa xsbr lak nk cuba nnti... Best dpt pergi kilang... Kita suka kalau dpt melawat kilang skli..tgk hasil dia proses cmne plg tdk tau sikit2... Hehehe..

    ReplyDelete
  17. Jenama teh 888 ni memang famous kat Kedah. Sebab kalau balik kampung mesti dihidangkan dengan teh ni cicah dengan biskut kering. bestnya kalau dapat lawat kilang dia sendiri.

    ReplyDelete
  18. Teh ni mmg popular. Rasanya kalaunorang lama dia suka teh ni sebab bau dia wangi. Bestnya dapat tgk sendiri pembuatan teh ni macam mana. Pengalaman berharga

    ReplyDelete
  19. I have not try this brand of beverage before, look delicious. I will check it out at the supermarket

    ReplyDelete
  20. Fuhhhhhh! lejen gila packaging lelama tu ....bagus la company ni buat macam ni, menggamit kenangan teh-teh terutama bagi mereka yang minat dengan teh.untung awak dapat tengok sendiri pemprosesan teh ni di kilang.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...