Tuesday, May 29, 2018

Buffet Ramadhan 2018 : Hotel Tenera Rai Anak-anak Yatim & Tahfiz Di Majlis Amal Barakah Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hotel Tenera Rai Anak-Anak Yatim Dan Tahfiz Di Majlis Amal Barakah Ramadhan - 23 Mei yang lalu, aku sempat menghadiri satu majlis buka puasa di Tenera Hotel yang terletak di Bangi. Ini merupakan kali pertama aku datang ke sini, dan juga kali pertama dengar nama hotel nie. Jom ikuti butirannya.

Hotel Tenera

Jemputan kali ini adalah untuk sama-sama meraikan anak-anak yatim dan tahfiz dari beberapa buah rumah kebajikan. Mereka semua tutur hadir dalam sesi berbuka puasa pada petang itu. Kesemua mereka berumur kurang daripada 16 tahun. Sungguh masih kecil anak-anak ini tapi sudah diuji dugaan hidup. Melihat wajah anak-anak yatim ini memberikan aku sedikit keinsafan dan mengajar aku erti syukur dengan kehidupan serba serbi lengkap dan masih dikurniakan ibu dan bapa untuk bergantung hidup.

Photo credit : www.dboystudio.blogspot.my

Bagi meraikan anak-anak yatim dan tahfiz yang comel-comel ini, Hotel Tenera mengambil kesempatan ini dengan menganjurkan Majlis Amal Barakah Ramadhan yang mana ia merupakan satu program tanggungjawab sosial serta fardhu kifayah terhadap masyarakat sekeliling, khususnya individu-individu yang memerlukan bantuan.


Seramai 150 anak-anak daripada rumah atau pusat anak-anak yatim, fakir miskin dan tahfiz sekitar Bangi dan Kajang telah diraikan pada petang itu. Hotel Tenera juga berbesar hati dan telah menyalurkan sumbangan dalam bentuk wang tunai kepada 5 buah rumah kebajikan yang terlibat iaitu Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim/Miskin Rukaiyah, Akademi Tahfiz Quran Al-Fawwaz, Rumah Anak Yatim Darul Izzah, Rumah Bakti Al-Kausar dan Pusat Asnaf Quranik Al-Ummah.


Turut hadir, penyanyi tersohor tanah air, Dato' Jamal Abdillah pada malam berbuka puasa ini. Beliau sempat menyumbangkan sebuah lagu raya kepada pengunjung yang hadir. Tapi minta maaf lah, tiada gambar dapat disertakan di sini. Hanya video live yang sempat aku rakam di FB.


Okay, sekarang sudah tiba masanya untuk aku bercerita mengenai buffet Ramadhan yang ditawarkan di sini.


Apa yang aku boleh kata, buffet Ramadhan di Hotel Tenera nie sangat meriah dan pelbagai. Serba-serbi semuanya ada. Masakan western ada, masakan tradisional ada, masakan asian pon ada. Mengetengahkan sajian tradisional, tidak menghalang Hotel Tenera untuk mempelbagaikan menu buffetnya. 



Di ruangan BBQ dan grill sangat memukau jiwa di mana pelbagai menu-menu grill ada di sini. Dan yang paling best di stesen ini ialah menu shell out nya. Aku sangka ia menu untuk steamboat bila melihat bahan-bahan laut mentah diletakkan di stesen ini. Rupa-rupanya, ia adalah untuk masakan shell out. Sedap gila !!



Seterusnya, lauk-pauk tradisional yang sangat pelbagai. Nak makanan laut ada, nak daging lembu ada, nak ayam pon ada. Setiap masakan berbeza untuk setiap menu. Jadi rambang mata dibuatnya.



Sushi pon ada dihidangkan di sini. Aku memang penggemar sushi. Maka banyak kali jugak datang ke stesen nie untuk repeat. Anyway, bukan tu sahaja. Menu dim sum pon ada tau. Pilihan dim sum pon banyak.



Buah-buahan tradisional juga ada dihidang. Banyak sungguh pilihan buah boleh dipilih. Yang paling best dapat makan durian belanda banyak-banyak. Juga antara buah kegemaran aku tu.


Banyak lagi sebenarnya, tapi tak sempat nak ambil gambar semua oleh kerana perut sudah berkeroncong dan azan sudah dilaungkan, jadinya perut kena isi dulu. Yang pasti, memang banyak sangat menu yang ditawarkan, tak sempat aku nak menjengah dessert table kerana aku terlampau sibuk menghabiskan makanan shell out dan sushi yang aku ambil berpinggan-pinggan tu. Hahahaha


Berikut merupakan butiran harga untuk buffet Ramadhan di sini. 

RM 118nett
Tiada diberitahu harga untuk kanak-kanak mahupon warga emas, 
jadinya boleh hubungi nombor yang tertera di bawah untuk maklumat lanjut

Bermula 18 Mei 2018 hingga 13 Jun 2018
6.30 PM - 10.30 PM

Untuk tempahan sila hubungi :
03-8929 9600


Jom ramai-ramai berbuka puasa di Hotel Tenera. 

HOTEL TENERA
Persiaran Kemajuan, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan

Email : hoteltenera.kpf@felda.net.my

20 comments:

  1. Tenera nie kat belakang rumah Rawlins je. Dah attended a few weddings there tapi belum pergi lagi untuk buka puasa. Tenera, please jemput I berbuka puasa. TQ

    ReplyDelete
  2. Wahhh memang nampak banyak sangat pilihan makanan yang ada! Berbaloilah dengan harganya ya! Deko pun menggamit kenangan je rasanya. Macam di kampung. Hihi. Paling tak tahan area buah-buahan tu. Macam-macam ada!

    ReplyDelete
  3. What big hearted the hotel is to initiate this CRS programme to include marginlaised children in the celebration during the holy month of Ramadan. Hope more corporations can emulate Tenera.

    ReplyDelete
  4. Hotel Tenera ni hotel baru ke? Macam tak pernah tau plak dan tak pernah dengar nama hotel ni..apapun buffet dia nampak menarik..yang tak menarik akak takde sekali kat situ..hehehe...harga buffet bleh tahan ye..RM118 nett..agak mahal sikit tapi kalau pilihan makanan terbaik..lelap mata aje la bayar kan..

    ReplyDelete
  5. Tak pernah tahu pun nama hotel ni , baru ke. Bangi dekat je. Wah program meraihkan anak - anak yatim ni semoga tidak akan hilang sebegitu sahaja. Sedap-sedap nya makanan berbuka puasa dia.

    ReplyDelete
  6. tahu sumbat.. paling best tempat buah tu. itu
    utk jus buah ke mcm mana beb.. or makan gitu jer
    mwmang rambang tgk mwnu terutama makan kg..
    sedap2 belaka.. tahu cicah kuah kacang.. perghh
    mabelos

    ReplyDelete
  7. Meriahnya hotel Tenera dengan makanan. Macam macam ada. Semua nampak sedap. Dan bagus diorang buat majlis iftar bersama anak anak yatim. At least berkongsi rezeki dengan mereka dan gbirakan anak anak yatim

    ReplyDelete
  8. kenal sangat dengan gm dia hahah org panggil mr tiger. peramah orangnya,ni bawah felda dsaji kan, baru lagi hotel ni ,nanti nak try la menginap dekatg sini

    ReplyDelete
  9. wah untung nya. dpt berbuka dgn anak-anak yatim. terbaik.
    alhamdulillah. mereka la yg patut kita raikan, kan. nasib tak menyebelahi diorang berbuka dgn keluarga sempurna mcm anak-anak kita.
    sushi! wow best. feveret aida jugak tu, zharif.
    tapi Ramadhan ni lom lagi ngap sushi.
    asyik dok masak aje. tak reti plak nak membuat nyer...

    ReplyDelete
  10. Dimana ada cikgu mesti ada Dboy hehehehe Tapi untung lah dapat makan sedap-sedap. Tapi lagi bermakna dapat meraikan anak-anak yatim kita tak berkesempatan lagi ni...

    ReplyDelete
  11. wah.. what a nice CSR event they have. at least the children wont felt separated from the world. hoping more and more hotels and companies doing this often!

    ReplyDelete
  12. Bangi has a lot of great hotels and this is one of it, it's good to see the spread has japanese food as well which gives us a great variety of food to choose from.

    ReplyDelete
  13. Time ni ke yg termuntahkan oyster tu zharif? Haha. Btw emi x pernah lg ke hotel ni. Area mana ntah, tak familiar. Makanan dia nampak sedap2.

    ReplyDelete
  14. samalah baru dengar nama hotel tenera ni.. dia hotel baru ke atau baru upgrade nama? ke kita yg ketinggalan tak pernah dgr? huhu... btw, menu makanan dia sungguh menyelerakan banyak gila pilihan.. siap ada menu seafood lagi.. jarang ada hotel yg sediakan makanan seafood fresh.. harga dia boleh thn dgn menu yg disediakan.. tapi mesti sedap kan?

    ReplyDelete
  15. Ohoiiii...
    Sedapnya lauk2 dia...
    Kenapa lah tengok time2 ni

    Ohoiiii
    Taknak kawan la mcm ni
    Dah la x bgun sahur td

    ReplyDelete
  16. Best yer ada sushi kat Buffet Ramadan kat hotel ni. menarik sangat. kadang-kadang asyik makan nasi berbuka, bosan gak kan. Baru tahu ada hotel best macam ni kat Bangi

    ReplyDelete
  17. First time dengar nama hotel Tenera ni. Nak sangat join iftar dengan anak-anak yatim . Nak mengenali mereka dengan lebih lagi. Suka tengok section kambing & bbq grill tu . Nampak menarik pulak . Seafood pun semua nampak fresh je .

    ReplyDelete
  18. best makan kat sini, menu banyak gilerr dan sedap. kawasan sekitar hotel clean jerk. say suka saya suka

    ReplyDelete
  19. ni hotel baru kat area bangi tu kan?? not bad jugak tengok hidangan yang disediakan untuk para tetamu.. kenapelah terbukak time siang siang ni..hahahahaa.. terus terlapa....alaaa lambat lagi nak berbukanya ponnn..

    ReplyDelete
  20. Rare sgt ni buka puasa ada sushi. Boleh la ajak roomate since dia mmg sgt suka sushi. Saya pulak boleh makan lauk2 lain. Pehh nampak sedap2 semua. Padanlah dengan harga.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...