Tuesday, May 15, 2018

Satu Hari Suntuk Meneroka Bandar Alor Setar, Kedah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Mari aku sambung cerita Travelogue Kedah aku. Kali nie nak cerita berjalan sakan satu hari di Bandar Alor Setar. Ternyata banyak sungguh tempat yang menjadi tarikan pelancong di sini. Jom ikuti kisahnya !


Pertama sekali, kami pergi melawat Masjid Zahir yang tersergam indah di tengah-tengah bandar ini. Aku sangat jatuh cinta dengan senibina Masjid Zahir nie. Kubahnya berwarna gelap, dipadankan dengan dinding putih suci, menampakkan indahnya senibina lama masjid ini yang kini sudah berusia lebih dari 100 tahun. 



Masjid Zahir merupakan antara 10 masjid tercantik di dunia dan mendapat tempat ke-4 dari segi senibinanya. Terbaiklah negeri Kedah. Masjid Negeri termasuk dalam list 10 tercantik di dunia. Luar biasa !


Kawasan heritage trail negeri Kedah nie sangat dekat. In fact, sebelah-menyebelah je. Jalan kaki pon boleh. Satu lagi tarikan yang berada di Bandar Alor Setar nie ialah satu tugu atau simbolik yang dibina di tengah-tengah Dataran Medan Bandar nie, atau dulu dikenali sebagai Padang Court.



Seterusnya kami pergi ke Dataran Tanjung Chali yang berada di Pekan China dan Pengkalan Kapal. Di sini terdapatnya satu menara api yang dibina pada satu ketika dahulu untuk memastikan aktiviti perdagangan air berjalan lancar. Sebab dulu di sepanjang tanjung ini, para petani menjual hasil kebun mereka. Di samping menjadi jalan utama oleh untuk kapal-kapal melalui terusan ini.


Kami cuka sekadar singgah tengok-tengok dan bergambar. Kedah nie memang agak panas lit-lit bila tengahari, mohon datang pagi sikit untuk lebih selesa. Hihi. Seterusnya kami mencari tempat makan yang best sekitar Alor Setar nie, dan dalam pada tengah mencari tu, kami ternampak satu mural gergasi di sebuah bangunan, yang tersergam indah. Dari jauh pon sudah nampak.


Siapa sangka kini beliau kembali menjadi perdana menteri Malaysia selepas 15 tahun berehat dari dunia politik. Semasa mengambil gambar "bersama" beliau, tidak langsung terlintas atau pernah terbayang insan hebat ini akan kembali menjadi perdana menteri Malaysia buat kali kedua. Terima kasih Tun M. Anda insan hebat ! Eh tetibe.


Jalan punya jalan, kami pon singgah ke The Jerai Hotel. Memilih restoran di sebuah hotel untuk makan tengahari, keji tak ? Korang pon bolehlah slow-slow beralih ke restoran di hotel-hotel ye. Asyik makan restoran tepi jalan je kan. Sesekali nak jugak makan dekat hotel. Ye dakk ?


Makanan dia memang nice sangat kot. Tengahari time panas lit-lit, dihidangkan pula dengan makanan yang masih hangat dan pelbagai macam nie. Ditambah pula restorannya yang selesa dan berhawa dingin, nikmat tuhan yang mana hendak engkau dustakan ? Wahhh !

Lihat saja dessert yang disajikan, nikmat bukan ?

Dahulu, The Jerai Hotel nie dikenalai sebagai The Regency Hotel. Sekrang, ia melalui penjenamaan semula dan ditukar namanya kepada The Jerai Hotel. Jangan lupa singgah ke Seribu Gantang Restaurant yang terletak dalam hotel nie.

The Jerai Hotel, Alor Setar 
Alamat : Lot 134 - 141, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar, Kedah 
Tel : 04-733 5917


Pada belah malam pula, kami singgah ke Menara Alor Setar yang menjadi kebanggan warga Kedah untuk kami melihat kawasan sekitar pada belah malam. Pasti pemandangan dari atas nampak cantik di waktu malam.

Untuk butiran harga, boleh rujuk gambar di bawah nie.


Menara Alor Setar ini hanya berketinggian 165.5 Meter sahaja. Menyandang sebagai menara telekomunikasi ke-19 tertinggi di dunia merupakan sebuah menara paling tinggi di Kedah dan juga salah satu tarikan pelancong yang berkunjung ke negeri ini. Bentuk menara ini seakan segenggam padi yang diikat bersama sebagai simbol penghormatan kepada pentingnya penanaman padi di negeri Kedah.



Terdapat sebuah cafe di atas nie, jadinya kalau nak makan-makan sambil melihat kecantikan bandar Alor Setar pada belah malam, bolehlah lakukan demikian. Pengcahayaan di sini juga agak romantik, sesuai juga untuk bermadu asmara. Larikk !



MENARA ALOR SETAR 
Lot 99, Lebuhraya Darulaman, 05100 Alor Setar, Kedah Darulaman. 
Tel : 04-720 2234 / 04-720 2901

Itu sahaja pengalaman aku sepanjang satu hari berada di bandar Alor Setar. Sebenarnya banyak lagi tempat yang aku pergi semasa hari pertama kami di Kedah, tapi yang tu aku dah update semuanya dalam entri khas. Klik link di bawah



Anyway sebelum terlupa, aku dan juga team Borakkita telah bermalam di sebuah hotel yang berada di tengah-tengah bandar Alor Setar iaitu StarCity Hotel. Hotel yang dijamin selesa dan sesuai untuk seisi keluarga.


Bilik yang aku terima adalah Deluxe Room. Memang sangat selesa dan luas. Kelajuan wifi berkelajuan pada tahap yang memuaskan, malas kemudahan yang disediakan dalam bilik juga cukup dan berpuas hati.


Dan yang paling best adalah pemandangan dari jendela bilik hotel kami. Kami dapat menyaksikan matahari terbit disebalik Menara Alor Setar yang tersergam indah itu. Ouh bukan itu sahaja, menu yang ditawarkan di restoran yang terdapat di dalam hotel nie juga tengah ada promosi buat pengunjung.


Kami telah menikmati hidangan steamboat yang disediakan. Memang best sangat steamboat dia. Tambah-tambah tengah lapar masa nie. Memang tak ingat dunia jadinya. Kami juga dihidangkan sekali bersama dengan nasi dan juga ayam.


Promosi ramadan hidangan berbuka puasa yang berkonsepkan masakan ibunda akan bermula pada 21 Mei 2018 sehingga 12 June 2018, jam 7 petang. Harga buffet di sini ialah RM 58 untuk dewasa manakala untuk warga emas hanyalah RM 50 satu kepala.


Sekiranya anda mencari-cari hotel di sekitar Bandar Alor Setar yang dekat dengan bandar dan juga tempat-tempat menarik, StarCity Hotel adalah jawapannya.

STARCITY HOTEL
88, Jalan Pintu Sepuluh, 05100 Alor Setar, Kedah

Email : sales@starcity.com.my
Tel : +604-7355 888

Inilah kali pertama aku betul-betul dapat meneroka bandar Alor Setar. Selama hari ini, aku hanya mampu lalu sahaja untuk ke destinasi lain. Tak sangka, banyak tempat menarik di sekitar sini.


Entri ini bersempena familiarisation trip Travelogue Kedah selama 3H3M yang dikelolai oleh borakkita.com
dengan kerjasama Tourism Kedah dan Jerai Geo Park.

Ucapan terima kasih tak terhingga buat En. Zam 
 yang menemani kami dari hari pertama sehingga hari ketiga kami berada di sana.

Terima kasih buat para penaja trip kali ini, Canon Malaysia dan 888TeaCoffee.

23 comments:

  1. Masjid Zahir memang cantik .. tengok dari luaran dh cantik .. bila jejak kaki dalam masjid tue tak terbayang bertapa cantik suasana dalamnya ..dengan hasil seni bina .

    ReplyDelete
  2. Wahhh banyak tempat menarik dekat Alor Setar ye. Banyak lagi tempat yang saya tak singgah.. Menarik dan cantik2 semuanya... Thanks sharing info. Next time nak singgah ke masjid, Dataran Tanjung Chali yang dan Pengkalan Kapal.

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya banyak saja kan tempat yang menarik di Malaysia sendiri. Dari dulu teringin nak gi Menara tu tapi xpernah sampai. Mural Tun M tu smart seyh. Yes siapa sangaka kan dia kembali menjadi PM Malaysia.

    ReplyDelete
  4. Uishhhh murah gak nak naik menara peninjau tu eh.. selama ke loqstaq tu tak pernah try naik menara tu..rindu lak Alor Star ni. Tak banyak explore pun lagi kedah ni masa study kat Utara dulu.

    ReplyDelete
  5. Selalu pergi Alor Setar time raya je tapi jarang nak explore sebab busy berhari raya. Haha. One of these days, Rawlins kena pergi time bukan Raya kot

    ReplyDelete
  6. Banyak juga tempat menarik dekat alor setar ni.airah pernah pergi sekali je itu pun tak habis pusing haha.lepasni kena plan trip lain laa

    ReplyDelete
  7. Pi alor setar sbb outstation kerja so xkesempatan sgt nk jln2 ..paling sempat singgah pekan rabu je.. .Tq share info tempt bole singgah di alor setar

    ReplyDelete
  8. Pernah sekali jer datang kedah, tu pun pergi pekan rabu jer yang ingat.hehe.. Banyak tempat best rupa yer kedah ni.. boleh masuk travelist jalan-jalan cuti2 malaysia dengan anak-anak nanti.

    ReplyDelete
  9. Alor Star is such a beautiful place to explore. I went there before before my marriage. Guess, need to bring my children there in future.

    ReplyDelete
  10. Bestkan dapat teroka lokasi yang suatu masa dahulu popular, tapi dah tak ramai orang datang sekarang. Kedah ni banyak sejarah kesultanan dia.

    ReplyDelete
  11. Dah berpuluh tahun x jejak kaki di Kedah. Mudah2an dpt sampai ke sana...

    ReplyDelete
  12. Wah...bestnya dpt jalan2 kedah.. Kita dh lama tak ke kedah. Last pergi masa umur 14 tahun... Hihi.. Mesti banyak perubahan yg dah dibuat di kedah kan.. Serius cantik masjid Zahim tu. Warna pun warna ekslusif gitu... InshaaAllah suatu hari mai kedah pula ...

    ReplyDelete
  13. kena masukan dalam wishlist jugak ni..akak x habis lagi meneroka kedah..hahaha..last 3 years dh sampai dah bawak family bercuti..kena pergi lagi ni..at least cuti 4 hari baru berbaloi explore semua ttg kedah..banyak betul tempat menarik tu ha..

    ReplyDelete
  14. Untunglah dapat makan mewah kat hotel mahal hehehehe jelous kita ni. Tapi Kedah ni kampung kita selalu juga datang sini selalu makan kat gerai dan kedai-kedai jer wakakakkak..

    ReplyDelete
  15. It would seem like there is a lot to do in Alor Setar. I have never had to opportunity to go there. This gives me the drive to find my way there soon

    ReplyDelete
  16. Wah seronoknya dapat explora satu alor setar nak menara tu macam best jer dapat tengok pemandangan satu alor setak ke? teruja pula nak naik menara tu... Lepas tu mangga tu nak sikit menarik warna dia rasanya tentu sedap kan!

    ReplyDelete
  17. Sis tak pernah lagi jejak kaki kat Aloq Staq ni...sedih nya...negeri2 lain dah jejak, yang ni lom jejak. Pasaipa lah tak ajak sis..huhuhu. Tak apa..nanti sis gi sendiri lah bila free. Memang nak pergi sesangat

    ReplyDelete
  18. Suka tengok lukisan Tun M, kreatif sape yang lukis tu. Wah berjalan sakan ke Aloq Staq na. Teringin nak naik Menara Aloq Staq tu. Nanti kalau turun kedah nak p sinilah. Menarik semua sempat pegi. Haa...lupa, kalau p gurun jangan lupa naik gunung jerai. Pun bestttt!!

    ReplyDelete
  19. saje je tau zharif ni mengembalikan kenangan kak liez di alor setar..terus rasa rindu je nak ke alor setar lagi..rindu dkt kawan-kawan dan sekolah.. tapi alor setar mmg best tau

    ReplyDelete
  20. Alor Setar pun dah mula membangun kan dari yang dulu. Ada beberapa tempat yang dah Lia dah visit maklumlah kampung kat sana kan. Rindu nak jalan-jalan Alor Setar lagi.

    ReplyDelete
  21. Seem a lot of place to visit at Alor Setar especially take pictures of our Tun M artwork. I love the view from Menara Alor Setar.

    ReplyDelete
  22. sukalah gambar tun M tu cantik....tiba2 ras anak melancong ke kedah ahahah...macam-macam tempat menarik boleh singgah di sini

    ReplyDelete
  23. I visited alor setar like more than 10 years ago during my time as cikgu sementara. I guess now the place has improved a lot, but some old building still maintain well.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...