Thursday, May 31, 2018

Mencari Hotel Yang Best Dan Murah Sekitar Bandung Dengan Traveloka

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Antara salah satu benda wajib bila kita merancang sesuatu percutian tu, mestilah kita akan survey tempat penginapan yang cantik pada harga mampu milik. Maka berjam-jamlah kita menghabiskan masa membaca dari satu review ke satu review untuk tengok penginapan mana paling best dan banyak dapat review positif. Semua dah cun, maka korang pon tempah lah hotel tu. Tapi bila sampai je hotel tu, korang rasa meyhhh sangat. Indah khabar dari rupa bak kata orang.

Been there, done that. Frust ? Sangat.

Hotel Best Western Premier La Grande - Photo credit (www.bestwestern.co.uk)

Aku belajar dari kesilapan. Kita tak boleh nak percaya sangat bila tengok gambar yang dipaparkan di laman sesawang sesuatu penginapan tu. Jadinya kat sini, aku nak berkongsi cerita pasal satu hotel yang aku dah lama survey untuk menginap di sana bila berpeluang jalan-jalan kat Bandung. Adeii dah bocor rahsia aku tengah buat perancangan nak bercuti ke Bandung.

Kenapa mesti Bandung ? Eh korang nie semua duduk gua ke apa ? Takkan tak tahu yang Bandung Indonesia nie terkenal dengan fabrik-fabrik pakaian yang maha cantik. Ibarat macam syurga kain gituee. Bandung nie bukan sahaja terkenal dikalangan pelancong luar je, malah, rakyat Indonesia sendiri lebih memilih untuk datang ke Bandung pada hujung minggu dan waktu cuti. Disebabkan tarikan Bandung yang semakin hari semakin popular dan mendapat tempat di hati, makanya hotel-hotel di sekitar Bandung tumbuh bak cendawan selepas hujan.


Nie yang nak bagi tahu ada satu hotel di Bandung nie, yang sangat dekat dengan hati aku. Hotel tersebut ialah Hotel Best Western Premier La Grande, ia terletak di tengah-tengah bandar Bandung. Hotel ini merupakan salah satu rangkaian hotel dari jenama hotel terkemuka, Best Western. Memandangkan ia sebuah jenama global, makanya servis dan keselesaan dia pon sangat terjaga.

Photo credit : www.bestwestern.co.uk

Terdapat pelbagai jenis pilihan bilik. Dari superior sampailah Premium Suite. Harga bermula dengan RM 160 satu malam. Gila murah !! Dah lah hotel terkemuka, harga kurang daripada 200 pulak. Dari segi keselesaan dalam bilik, korang boleh pilih. Sama ada nak katil besar ke, atau nak katil single. Bilik dia luas dan seluruh bilik tu berkarpet kecuali kat pintu masuk tempat letak kasut. Bilik di sini juga dilengkapi dengan bath tub dan yang paling penting bilik nie kedap suara. Yang mana tak adalah korang dengar gangguan-gangguan suara daripada luar.

Yelah biasanya, orang menginap dekat hotel nie mereka yang berkeluarga yang dalam mood holiday. Budak-budak pulak jenis tak boleh kawal, bising panjat sana panjat sini, dengan menangisnya lagi. Jadi, dengan bilik kedap suara nie, maka tak adalah gangguan suara dari luar. Bolehlah berehat dengan tenang.

Photo credit : www.bestwestern.co.uk

Kemudahan lain yang disediakan dalam bilik termasuklah,
  • Minibar (Terdapatnya teh dan coffee maker set)
  • 2 botol air mineral
  • Nak iron baju, tinggal telefon front desk
  • Bantal extra pon boleh mintak
  • Nak minum air malam-malam pon boleh mintak jugak dekat front desk.
  • Wi-Fi yang superlaju
  • Televisyen untuk semua siaran termasuklah internation punya siaran.

Photo credit : www.bestwestern.co.uk

Breakfast buffet di hotel nie paling ebst sebabnya banyak pilihan menu tempatan dan juga antrabangsa. Kalau korang rasa-rasa terliur nak mencuba makanan-makanan yang dijual di tepi jalan sekitar Bandung tu, tapi takut sakit perut, di hotel nie ada sediakan makanan-makanan tersebut. Dan sudah semestinya dijamin bersih dan sedap. Menu pulak setiap hari dorang akan tukar. Jadinya, kepada emreka yang menginap di hotel nie untuk berhari-hari, tak adalah muak menghadap menu breakfast yang sama. Yang pasti, menu wajib iaitu bubur pasti ada. Bubur merupakan makanan paling dicari-cari di sekitar Bandung untuk bersarapan pagi.

Photo credit : www.bestwestern.co.uk

Lokasi hotel nie juga sangat strategik sebabnya ia berdepan dengan salah satu mall kat Bandung iaitu Bandung indah Plaza atau lebih dikenali sebagai BIP. Bersebelahan hotel nie pula terdapatnya factory outlet dua tingkat. Untuk mereka yang memang aim datang Bandung sebab nak borong kain ela, boleh eprgi ke Pasar Baru Bandung yang terkenal tu. Hanya berada 2 kilometer dari hotel Best Western nie. Muzium Geologi pon dekat je dengan hotel. Nak ebrgerak pon senang sebabnya mudah nak dapatkan teksi di sekitar situ. Kalau nak rasai pengalaman seperti masyarakat setempat, cuba naik angkot. Antara pengangkutan awam yang terkenal di Indonesia.

Photo credit : www.bwpremierlagrande.com

Menarik kan Hotel Best Western Premier La Grande yang terletak di Bandung nie. Jadi, kalau korang nak tempah hotel nie, sila book hotel nie kat website Traveloka Hotel. Boleh dapat 5% diskaun daripada harga asal tau. Sementara tengah ada promo nie, apa kata cepat-cepat buka website nie dan tempah percutian korang ke Bandung, Indonesia. Saya sudah, anda bila lagi ? Jom !

HOTEL BEST WESTERN PREMIER LE GRANDE
Merdeka No. 25-29 Bandung 40117, Indonesia.
Tel : +62 22 4269 0555 / +62 22 4269 0550
Email : reservation@bwpremierlagrande.com

12 comments:

  1. Memang sangat cantik hotelnya!!
    LeYa last ke Bandung Tahun 2008 kalau xsilap.. OMG! Dah 10 tahun tinggal.. Ok.. InsyaAllah, LeYa n Otomen memang bercadang nak ke sana juga tahun ni.. Jom! Zharif... Kite teroka Bandung pula beramai-ramai.. Hehehe..

    ReplyDelete
  2. aida lom pernah jejak Bandung, zharif.
    ntah bila. plan memang ada. hajat tu memang ada. sampai je lom.
    end of this year maybe jejak spore dulu kot.

    ReplyDelete
  3. cantiknya hotel dia. eksklusif sangat. ainy ada planning nak ke bandung jugak this year, nanti nak try tengok kat traveloka untuk best deal.

    ReplyDelete
  4. Ha tudiaaa hotel ni cantik la. Akak tak pernah sampai ke Bandung lagi tapinya pernah liburan di Jakarta. Ikutkan Jakarta ke Bandung tak jauh mana dalam 1 jam lebih rasanya kalau naik mobil. Eh apasal bahasa akak automatis tukar ke bahasa seberang ni?. Lenkali kena check la website Traveloka ni kalau nak melancong pergi Bandung.

    ReplyDelete
  5. Wow dapat bercuti sampai ker Bandung bestnya hehehe saya sendiri pun beli guna Travaloka ni memang harga berbaloi dan murah. Teringin nak pergi hujung tahun ni kat sana boleh lah cuba...

    ReplyDelete
  6. mmg dah nak pergi Bandung.. tapi belum cari hotel lagi... hahaha... so this is really a good opportunity to read on this! thanks a lot for your sharing.. checking it now

    ReplyDelete
  7. Masa memula belajar kat Bandung dulu, hotel ni baru nak up. Tak sangka sekarang dah popular dan eksklusif macam ni. Review baik dekat traveloka lak tu.

    ReplyDelete
  8. Cantik hotel ni.dah pernah duduk dah. Memang selesa sangat.Kalau sis ke Bandung lagi memang nak dok kat sini je.
    Memang terasa nak ke Bandung lagi sb tak jemu kat sana. Yg best shopping n makan dia sedap2..hehehe

    ReplyDelete
  9. Rawlins pun suka travel dengan senang dan menggunakan Traveloka je. Contohnya pergi Singapore bulan Mac aritu and next nak pergi Bangkok. Senang dan murah!

    ReplyDelete
  10. I also prefer Traveloka. I able find the cheapest rate for hotel and flight. And I get the best hotel some more. I have not visited Bandung yet but look nice the hotel and look comfy.

    ReplyDelete
  11. Memang teringin sangat ke Bandung. Ada kawan singgah masa bulan puasa, memang meriah sangat terutama buka puasa di tengah kota tu, macam buka puasa di Dataran Merdeka. Hihi... Nampak hotelnya pun sangat selesa dan moden. Bolehlah pertimbangkan untuk duduk sini kalau bercuti nanti. Hihi.

    ReplyDelete
  12. Tak pernah pakai Traveloka lagi but what a choice that you made eh? :)

    Tak tahu kenapa Best Western dekat Asia ni macam agak mewah tapi Best Western dekat this side of the world macam mehh sikit.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...