Friday, May 18, 2018

Ambil Peduli Kesihatan Kaki Di Sunfeet International Rehab Centre

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Percaya atau tidak, rakyat Malaysia sangat tidak ambil peduli akan kesihatan kaki mereka. Aku juga turut akur, memang kurang ambil peduli kesihatan kaki. Kebanyakkan kita lebih mengambil tahu bentuk tubuh badan, penjagaan muka, penjagaan pemakanan dan sebagainya. Tapi bab kesihatan kaki ? Langsung tak ambil peduli. Bahkan tak tahu menahu pon. Walhal, kaki sangat penting untuk menggerakkan kita dari satu tempat ke satu tempat.


Pada 13 May yang lalu, aku berkesempatan berkunjung ke Sunfeet International Rehab Centre untuk mendengar satu talk berkenaan kesihatan kaki yang disampaikan oleh Dato Dr. Edmund Lee, seorang Pakar Ortotik dan Protestik dan juga Dr. Liyana Dhamirah Amiruddin, seorang doktor perubatan dan juga doktor selebriti yang muncul dalam rancangan My Doctor.


Talk yang telah berlangsung selama satu jam lebih itu sarat dengan informasi berkenaan kesihatan kaki. Antara yang Dr. Edmund Lee kongsikan dalam talk itu ialah berkenaan permukaan tapak kaki kita. Tahukah anda bahawa tapak kaki yang rata merupakan satu jenis penyakit dan bahaya untuk kesihatan kita ? Ya, pasti ramai yang tidak tahu.


Bahkan menganggap tapak kaki yang rata akan memberi lebih keseimbangan pada tubuh badan kita. Tapak kaki yang rata akan menyebabkan postur kita tidak baik dan sering dapat sakit belakang dan juga sakit lutut. Antara faktor yang menyebabkan seseorang itu mempunyai tapak kaki yang rata ialah sering berkaki ayam dan sering memakai selipar.


Banyak juga tips yang diberikan oleh Dr. Edmund Lee dan juga Dr. Liyana ketika talk itu.

  • Sekiranya anda suka memakai kasut tumit tinggi, jangan pakai lebih dari 5 jam.
  • Tukar stokin sehari sekali dan basuh stokin tersebut dengan air panas untuk membunuh bakteria
  • Jangan berkongsi stokin ! 
  • Jangan menggunakan kasut yang tapaknya boleh dilipat dua. Sangat tak bagus !


Pengunjung juga berpeluang membuat scanning kaki untuk mengetahui keadaan kaki. Sebaik sahaja kaki di scan, mereka akan consult kita dan menerangkan keadaan kaki kita. Selepas melakukan scanning nie, baru aku tahu aku menghadapi masalah pronated foot yang mana ianya adalah tak normal.


Selain scanning kaki, terdapat juga acara cabutan bertuah dan Alhamdulillah !! Rezeki aku pada masa tu. Nama aku naik pulak masa dicabut, maka dapatlah aku membawa pulang sepasang kasut kesihatan yang bernilai RM 289. Rasa bertuah sangat masa tu. Tak sia-sia bergegas datang ke talk Dr Edmund selepas program di sekolah aku.


Terdapat 5 pilihan kasut dan kasut yang menjadi pilihan aku ialah kasut hitam di bawah nie. Memang cantik sangat ! Sesuai dipakai kesemua majlis. Tapi malang sekali, saiz aku tak ada. Kena tunggu stock ada baru dapat claim.


Untuk mereka yang lain yang mempunyai masalah kaki, boleh datang sini untuk buat scanning kaki dan boleh juga membeli kasut-kasut kesihatan yang dijual di sini. Biasanya kita tengok kasut kesihatan nie jenis yang tak cantik dan tak bergaya, betul tak ? Tapi di sini tidak. Di sini, design kasut-kasutnya sangat up to date dan betul-betul menjaga struktur dan kesihatan kaki pengguna.



Sunfeet International Rehab Centre
Block C, 18 Jalan 19/1, Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Tel : 013-528 3939 / 013-912 2939


Jom ambil peduli pasal kesihatan kaki kita. Sesungguhnya kaki sangat penting untuk pergerakan kita seharian.

11 comments:

  1. untunglaa dapat kasut mahal! hahaha tapi talk ni bagus kan? sebab kalau tak memang takkan tau la kaki kita ada masalah atau tak. dan semua org akan igt kaki dorang normal sedangkan sebaliknya

    ReplyDelete
  2. Katanya kasut dia RM200 ke atas eh. Mahal gak kasut dia kan, tapi demi kaki dan keselesaan memang kena pakai kasut yang selesa ikut bentuk kaki. Tapi bila onie tngok jenis tapak kaki, yang normal kot. Entah..heeee

    ReplyDelete
  3. Kaki memang bermasalah. Nak try juga visit this place but still tak de masa. I nak try customised kasut kat sini.

    ReplyDelete
  4. I have extremely high arched feet. Wonder what this means. I should make a beeline to get my feet check just in case after all it is free right?

    ReplyDelete
  5. It is important to get a comfortable shoe to protect your foot. And Sunfeet help to correct your posture and prevent flat foot. I want get check up and see my foot conditions

    ReplyDelete
  6. Tempat ni dekat sangat dengan rumah sis, tapi sis tak tahu pun..haaa dari situ dah tau sis tak ambik kisah kan pasal kaki ni..hehehe.
    Tap skrg memang kena ambik kisah..jalan pun dah tak betoi dah ni..nak gi check jugak nanti sebab hr tu tak sempat nak check

    ReplyDelete
  7. having a busy lifestyle parenting, I didn't know there's sunfeet til I read here. Good to know that we can now find this place to check on our feet. Wanna try the foot scanner!

    ReplyDelete
  8. Memang jarang ambik tau pasal penjagaan dan kesihatan kaki. Lepas ni baca ni baru terfikir betapa pentingnya bukan kaki ni. Pemakaian kasut dan penggunaan stokin perlu diambil kira. Kena pakai kasut kesihatan lah lepas ni.

    ReplyDelete
  9. tempoh hari ada tempah kasut untuk anak pakai... Tapi kasut hitam xde saiz.. terpaksa dia pakai kasut putih... Cuma tak sesuai untuk dia pakai ke sekolah.. Sebab ke sekolah dia pakai kasut hitam....

    Anyway.. memang bagus service yang mereka tawarkan

    ReplyDelete
  10. I rasa semua orang kena pergi buat foot analysis, especially the eldery ones

    ReplyDelete
  11. Larisnya kasut warna hitam sampai kena tungu stock. Lagi pun warna hitam tak cepat kotor. Kat penang ada x kedai sunfeet ni ye?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...