Friday, April 30, 2021

Promosi Super Savers Kembali Lagi di LuLu Hypermarket

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Satu lagi cawangan LuLu Hypermarket dibuka di Malaysia. Tahniah buat LuLu Hypermarket. Cawangan ketiganya itu terletak di Setia Alam bersebelahan dengan Setia City Mall. Ia baru sahaja dibuka beberapa minggu yang lalu sebelum bulan Ramadan. Baru-baru ini, aku berkesempatan berkunjung sendiri ke cawangan baharu itu. Ikuti butirannya !


Ini merupakan kunjungan pertama aku ke sini dan amat kagum sekali kerana ianya sangat luas. LuLu Hypermarket Setia Alam ini berkeluasan  150, 000 sqft dan mempunyai tiga tingkat. Dari satu isle ke satu isle sangat luas, berbanding dua cawangannya yang terletak di Capsquare KL dan juga di 1 Shamelin Mall Cheras.

Lebih menarik lagi, di setiap tingkat LuLu Hypermarket terdapatnya kaunter khidmat pelanggan yang mempunyai fungsi yang berbeza. Di tingkat pertama merupakan kaunter khidmat pelanggan yang biasa kita jumpa di pasaraya lain di mana ia merupakan kaunter penebusan hadiah percuma dan juga pemulangan barangan. Di tingkat dua, terdapatkan kaunter khidmat pelanggan Baggage Counter dan tingkat ketiga terdapatnya Customer Happy Centre.



Memang langkah kanan, sewaktu kunjunganku ke sini, LuLu Hypermarket sedang mengadakan promosi Super Savers Sale yang berlangsung bermula 28 April sehingga 5 May 2021. Promosi ini berlangsung di ketiga-tiga cawangan LuLu Hypermarket. Jualan murah ini juga bersempena masuknya bulan Ramadan dan persediann untuk kita menyambut hari raya tidak lama lagi.

Banyaklah potongan harga sedang berlangsung di LuLu Hypermarket. Antaranya ialah barangan dapur, peralatan elektrik, kelengkapan baju raya, aksesori, dan banyak lagi. Kalau nak senaraikan satu persatu, aku rasa sampai hari raya tahun depan pon tak siap lagi entri nie. Berikut merupakan beberapa barangan yang menarik perhatian aku. 


Bila cakap pasal bulan Ramadan, perkara pertama yang kena ada waktu berbuka sudah semestinya kurma. Pasti ramai akan mencari kurma untuk dibuat stok sepanjang bulan puasa. Di LuLu Hypermarket, mereka sedang mengadakan promosi pelbagai jenis kurma pada harga murah. Di samping itu, korang juga boleh dapatkan hamper Ramadan untuk diberikan pada rakan taulan, keluarga dan sebagainya. Meriah juga hamper-hamper Ramadan dekat sini tau.


Sempena bulan Ramadan ini juga, mereka mengadakan Pesta Daging di mana harga potongan daging di sini lebih murah berbanding di pasaraya lain. Bolehlah dapatkan sumber protein korang di sini pada harga yang murah. Simpan buat stok barang basah dalam peti ais, bolehlah dijadikan menu untuk berbuka puasa. 




Untuk mereka yang sibuk bekerja, dan rasa malas untuk masak hidangan berbuka, boleh juga dapatkan masakan panas yang tersedia untuk dibungkus bawa ke rumah. Banyak juga pilihan lauk panas yang dihidangkan di sini. Antaranya ialah ayam panggang yang dijual pada harga RM 14.98 seekor dan dapat percuma satu botol air berkarbonat 1.5L sekali tau. Sangat berbaloi ya.




Namun, lauk-lauk panas yang terdiri daripada masakan tradisional Melayu yang dijual bungkus di LuLu Hypermarket ini akan mula dihidang bermula jam 2-3 petang. Tidak ketinggalan, festival pencuci mulut juga turut terdapat di sini. Pencuci mulut di sini berbaur pencuci mulut timur tengah. Pelbagai jenis pencuci mulu dari negara timur tengah boleh didapatkan di bahagian ini.. Serius terliur tengok warna-warni hidangan pencuci mulut di sini.




Oleh kerana hari raya pon semakin menghampiri, kebanyakkan kelengkapan hari raya sudah mulai dijual. Baik makanan, mahupun pakaian. Kuih raya sudah mula dijual dan ia dihadirkan dengan beberapa pilihan biskut raya. Banyak kuih-kuih raya yang biasa kita nampak di pagi raya,ada terjual di sini.






Soal baju pula, memang banyak pilihan dan design baju melayu, baju kurung dan banyak lagi. Pelbagai pilihan warna ditawarkan dan semuanya dijual pada harga yang berbaloi. Kalu korang tengah cari baju raya, bolehlah singgah ke LuLu Hypermarket untuk dapatkan salinan baju raya yang lengkap di sini.

Aksesori hari raya turut dijual seperti songkok, kain sampin, butang baju melayu dan banyak lagi.


Sekiranya anda mencari pakaian tradisional masyarakat India seperti saree, kurta atau kain saree, boleh beli di LuLu Celebrate. Namun untuk cawangan LuLu Hypermarket Setia Alam, bahagian ini agak kecil sekiranya hendak dibandingkan dengan cawangan LuLu Hypermarket di Tradersquare KL.



Barangan elektrik juga menjadi salah satu tempat yang wajib korang kunjungi sekiranya datang ke LuLu Hypermarket. Hal ini kerana, barangan yang jatuh dalampromosi Super Savers dijual pada harga yang sangat murah dan berbaloi. Buat merekayang nak buat kuih raya ke sempena hari raya yang tak lama lagi, bolehlah jenguk-jenguk ketuhar yang dijual di sini. Sangat murah, rugi kalau tak beli ketika sedang promosi.



Gadget seperti telefon bimbit dan komputer riba aneka jenama juga turut dijual dan termasuk dalam promosi Super Savers ini. Nak-nak sekarang nie PDPR dikuatkuasakan semula, pasti ramai yang memerlukan komputer riba atau tab untuk mengadakan kelas dalam atas talian. Inilah masanya untuk beli gadget keperluan anda. Zaman sekarang tiada gadget agak sedikit susah ya  Tambah-tambah diwaktu pandemik ini yang mana semua perkara dan urusan dibuat secara atas talian. Gadget wajib ada di setiap isi rumah.



LuLu Hypermarket juga ada menjual produk-produk dari pengusaha kecil. Agak banyak juga produk-produk SME dijual di sini. Juga, LuLu Hypermarket mempunyai "in house" brand. Bolehlah kalian cuba produk-produk ini. Yang pasti harganya lebih murah berbanding jenama-jenama ternama yang lain.

Sekarang ini LuLu Hypermarket juga menawarkan pembelian secara atas talian bagi memudahkan semua untuk membeli-belah di LuLu. Mengambil kira akan keadaan negara kita sekarang di manakesCovid-19 masih di tahap yang bahaya, jadinya kalian boleh membeli secara atas talian di aplikasi LuLu Shopping yang boleh dimuat turun di App Store dan juga Google Play. Selain itu, pembelian di www.luluhypermarket.com . Mudah dan sangat praktikal.

Butiran lanjut boleh didapati pada pautan yang berikut :


5 comments:

  1. apa je yang tak murah kat lulu ni. nasib jauh kalau tak dah ukur jalan kat lulu haha

    ReplyDelete
  2. Wow... rambang mata dengan promosi super savers di Lulu ni. Best la tuan blog dapat singgah. Dapatjamu mata pun dah buat akak happy nih.

    ReplyDelete
  3. Rawlins rasa bahagia betul bila datang Lulu sebab senantiasa banyak diskaun. Boleh duduk situ lama-lama, pusing-pusing tengok diskaun je haha

    ReplyDelete
  4. Macam tak sangka ianya sebuah supermarket weiii, dah memacam ada jual.. dessert tu makk aiiii... nampak sedapnya.. ada ruang minuman kopi tak? Mesti CLP kita tu suka kannn..

    ReplyDelete
  5. There are so many promotions and things to buy at LuLu kan, I also want to go back after MCO.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...