Wednesday, May 1, 2019

Buffet Ramadhan 2019 : Buffet Ramadhan Paling Murah di The Venue Shah Alam

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Betul, korang tak salah baca tajuk. Memang ini adalah buffet Ramadhan termurah setakat hari ini. Ini merupakan tahun kedua aku mencuba hidangan berbuka puasa di The Venue Shah Alam. Dan seperti biasa, hidangan di sini tidak mengecewakan. Ikuti butirannya !


Buat warga Shah Alam dan kawasan sekitar, nanti boleh pakat bawa keluarga berbuka puasa di sini. Harga yang ditawarkan sangat murah berbanding di kawasan lain. Menu yang ditawarkan sangat pelbagai. Tahun ini, buffet Ramadhan di The Venue bertemakan Colours of Ramadhan yang menyajikan pelbagai menu-menu tradisional Melayu yang sangat dekat dengan hati kita semua.




Hidangan buffet Ramadhan di The Venue tahun ini pasti menggamit masakan ayah bonda dan membuatkan korang rindu kampung halaman. Antara menu yang menjadi kegemaran aku sewaktu mencuba hidangan buffet di sini ialah Siput Sedut Masak Keledek. Maaf tak sempat nak ambil gambar menu nie. Tahu-tahu je dah habis. Laku keras sangat tau menu Siput Sedut Masak Keledek. Satu kelainan dan jarang dijumpai. Selalunya orang masak lemak cili padi tetapi kat sini dorang masak dengan keledek. Sedap sangat !



Kambing bakar dan ayam bakar juga ada disediakan di sini. Jangan risau. Pasti peminat-peminat kambing golek sedang tertunggu-tunggu, ada ke tidak kambing bakar. Ada, jangan risau. Buffet Ramadhan kalau tak hidangkan kambing bakar, consider jangan datang tempat tu. Hahahaha



Dan istimewanya pada tahun ini, The Venue Shah Alam menawarkan hidangan shell out. Timbunan pelbagai makanan laut yang dilimpahkan dengan sos istimewa, ya Allah sedap sangat ! Rasa macam berada di syurga makanan laut pon ada. Meriah ! Bertambah-tambah pinggan aku dibuatnya.



Selain itu, menu yong taufu dan juga kuih-muih tradisional ada dihidangkan, di samping buah-buahan tempatan. Pokok pangkalnya memang banyak hidangan yang ditawarkan buat pengunjung yang datang berbuka puasa di sini nanti.


Pasti korang sudah penasaran nak tahu harga buffet Ramadhan di The Venue Shah Alam kan, sila rujuk gambar yang aku lampirkan di atas nie. Semua butiran ada di situ, sekiranya korang berminat, boleh terus buat tempahan, okay ?

Bestnya berbuka dekat The Venue Shah Alam nie sebab ruang parkir banyak dan percuma, surau ada dan dewan fully air-cond. Sambil makan sambil dihiburkan dengan live band lagi. Memang syiok lah.


The Venue Shah Alam sangat terkenal sebagai lokasi untuk perkahwinan atau majlis-majlis. Mereka menyediakan ruang yang boleh memuatkan lebih 1000 orang dalam satu masa. Dewan mereka sangat cantik dan romantik, yang dilengkapi dengan sistem suara yang mampan dan berhawa dingin. Jadi memang selesa sangat kalau nak adakan majlis dekat sini. Kalau korang nak jadikan lokasi The Venue Shah Alam nie sebagai lokasi perkahwinan, boleh hubungi mereka. Mereka juga ada menawarkan pakej perkahwinan beserta dengan caterer sekali. All in one package. Jadi mudahlah.

THE VENUE SHAH ALAM
Jalan 15/23, Seksyen 15 

Tel : 019 - 8585 825 / 019 - 8585 375



20 comments:

  1. Sedap-sedap juga tengok menu yang dihidangkan dan memang seriyesly murah betul pakej buffet yang ditawarkan ni.. Kebanyakan di area Lembah Klang ni semuanya kalau paling murah pun RM60

    ReplyDelete
  2. Wah bestnya tengok menu2 dekat sini. Suka pilihan selera kampung mcm ni. Tengok siput sedut tu haihhhh. Tahu lama dh tmpt ni. Boleh try ni

    ReplyDelete
  3. Murahnya harga yang ditawarkan.. Memang boleh masuk list. Tak sempat prgi, boleh war warkan pada family atau kawan kawan yang berdekatan ni.
    Bulan puasa ni kadang tak tahu apa nak makan,kan..
    Elok sangatlah sesekalinterjah buffet ramadan ni kan.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya ya rabbi nampak menu-menu ni. Tapi harga memang sangat berbaloi la..rugi tak pergi

    ReplyDelete
  5. Sedapnya. Baru tadi makan breakfast. Tapi nampak gambar ini dah rasa lapar semula.

    ReplyDelete
  6. Fuhh murah benar. Dah la murah, selesa, ada air cond. apa lagi yang kita nak? parking pun depan lokasi berlambak. akak cerita kat family akak. mereka nak booking ramadan nanti 3 table. macam family gathering pula kan. hehehe. sebab family akak ramai dah berusia. bapa saudara dan ibu saudara dah tak larat nak jalan jauh, naik tangga idok le. naik lift lagi renyah. elok le lokasi the venue ni. mudah.

    ReplyDelete
  7. wah.. menu-menu semua nampak sedap je tengok.. pandai zharif amik gambar yang buat orang lapar bila tengo.. best kan makan ala buffet ni.. boleh pilih-pilih nak makan apa.. boleh nak try menu baru yang tak pernah rasa.. fuh..

    ReplyDelete
  8. tu harga betulnya RM45..kalau harga early bird tu berapa agaknya..mesti dah habis org grab kan..mur mur mur makanan semua pun npk menyelerakan siap ada shell out lg peminat seafood mestilah x sabar nak berbuka di sini ye

    ReplyDelete
  9. Paling lazat adalah mee kari - betul atau tak? Tapi memang serius bahawa harga pakej berbuka puasa di sini adalah sangat murah dan berpatutan. Rawlins suka ruangnya yang besar dan selesa untuk semua orang.

    ReplyDelete
  10. Serious punya murah! Mana nak dapat murah macam ni kat Penang ni. Walaupun murah tapi choice menu banyak & nampak sedap-sedap juga pula tu.

    ReplyDelete
  11. Betul tu, kalau nak pergi bufet puasa mesti nak kena ada kambing bakar kan. Then, so far memang harga ni paling murah Kak Bell tengok. Tak pernah makan juga siput sedut keledek tu. Macam ak kena cuba masak aje ni. hehe

    ReplyDelete
  12. Sedapnya tengok menu buffet Ramadhan kali ni. Boleh bawa family berbuka kat sini nanti. Harga pun sesuai untuk seisi keluarga, boleh la kalau teringin sangat makan kat luar sekali sekala.

    ReplyDelete
  13. Sedapnye nampak rendang Tu.Tempat ni nampak best . Banyak betul pilihan makanan kat sini. Orang Shah Alam best la dapat berbuka kat sini. Harga pakej pun menarik and berpatutan.

    ReplyDelete
  14. berselera tengok shell out tu. betul-betul murah kalu bawah RM60 seoarang. Siapa ada daging bakar, kambing golek & ayam grill lagi. tahun ni kenalah datang berbuka puasa kat The Venue Shah Alam.. craving teruk tengok semua menu hidangan tu

    ReplyDelete
  15. Awasss awak tak tunjuk pun Mee Kari mereka yang lazat tu hehehehe. Tapi memang tak dinafikan kat sini antara bufet Ramadan paling murah dan tempat paling selesa. Bebaloi kalau nak datang makan bersama keluarga yang ramai....

    ReplyDelete
  16. Wahhh nampak sedap menu masakan dekat buffet Ramadhan ni, kalau dah ketandusan idea nak buka masak apa nanti bolehlah ke sini pakej pon macam best.

    ReplyDelete
  17. Aah gmbo die mnggiurkan sgt!! Btw rm45 mmg berbaloi n xyah sesak2 g KL kn

    ReplyDelete
  18. Akak dah wasap dorang ni, sayangnya date akak nak tu dah full. takleh pi hari biasa sebab akak kena amik anak diasrama dulu, so boleh sabtu tapi dh xde slot available sabtu 25hb tu. melepas :(

    yanmie
    http://www.yanmieonline.com

    ReplyDelete
  19. Amazing how they can have such affordable and yet prepared such a huge selection of food. Those in the area should really book a spot.

    ReplyDelete
  20. Ya Ampun, onie tak sempat tengok yang harga early bird tu, bapak murahlah! Nyesalnya rasa. Kalau tahu murah gini onie booking awal-awal dah, hmmmm... Maybe next time, dekat jugak The Venue ni dengan opis onie, tempat dia memang selesa dan parking mudah :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...