Monday, April 22, 2019

JASON MRAZ Good Vibes Tour di Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Wahhh ! Bila dapat tahu Jason Mraz nak datang Malaysia, aku lah orang pertama yang terkinja-kinja kegembiraan sebabnya aku memang minat betul Jason Mraz nie. Ingat lagi lagu hits dia yang meletup dulu, lagu "I'm Yours" yang keluar tahun 2008. Masa tu aku nak PMR. Memang lagu tu jelah yang berkumandang tiap kali aku ulangkaji untuk PMR.

Jason Mraz Good Vibe Tour In Malaysia

Jason Mraz akan mengadakan siri penjelajahannya, Good Vibes Tour, di Malaysia pada 13 May nanti pada jam 8.30 malam di Axiata Arena. Beliau sudah hampir 2 dekad dalam industri muzik. Tahun 2002 merupakan tahun di mana beliau debut dengan lagu Waiting For My Rocket To Come. Sejak dari itu, nama beliau semakin mendapat tempat di hati peminat.

Lagu-lagunya yang bersifat santai sering mejadi carta hits di corong-corong radio. Beliau telah memenangi pelbagai anugerah termasuklah dua anugerah Grammy dan beberapa pencapaian platinum untuk rekod penjualan lagu dan albumnya. Lagu I'm Yours dan I Won't Give Up telah melayakkan dirinya untuk bawa pulang 2 anugerah Grammy dan lagu itu masih relevan sehingga sekarang.

Jason Mraz Good Vibe Tour In Malaysia

Ini merupakan kali ketiga beliau membuat konsert di Malaysia. Pertama dulu masa tahun 2009, masa tu aku rasa sedih sangat tak dapat nak ikuti konsert beliau. Maklumlah bawah umur. Lepastu pada tahun 2012 pada siri penjelajahan Tour Is A Four Letter Word, pon tak dapat jugak aku nak join. Inilah masanya untuk aku saksikan Jason Mraz secara live di Malaysia. Detik yang paling aku nanti-nantikan.

Beliau yang cukup suka untuk membuat persembahan di serantau Asia kerana energy dan vibe yang terdapat di sini sangat luar biasa. Semua peminatnya di Asia memberi sokongan yang padu dan harmoni tiap kali beliau datang ke Asia. Siri penjelajahan ini diikuti selpeas keluarnya album keenam beliau yang bertajuk "KNOW" pada bulan Ogos tahun 2018. Album ini telah menjadi albumnya yang kelima berturut-turut masuk ke dalam Top 10 of the Billboard 200. Ia telah dihasilkan oleh Andrew Wells, yang telah membawa kelainan pada album tersebut.

Jason Mraz Good Vibe Tour In Malaysia

Beliau menyifatkan album terbarunya ini seperti caffeine yang mana ia memberi satu kick yang berbisa. Manakala album sebelum itu beliau menyifatkannya sebagai herbal tea yang memberi ketenangan dan santai. Album sebelum ini bertajuk YES, dan team beliau ingin menamakan tajuk album baru ini sebagai NO. Tetapi ia memberi aura negatif sekiranya memberikan tajuk itu, jadi beliau memilih untuk namakannya sebagai KNOW. Sama bunyi tapi berbeza makna.

Jason Mraz akan membuat siri penjelajahan di seluruh Asia termasuklah di Manila, Singapore, Shanghai, Hong Kong, Bangkok dan Taipei pada bulan Mei 2019 nanti. Berikut merupakan butiran mengenai penjelajahan beliau di Malaysia,

Jason Mraz's GOOD VIBES TOUR in Malaysia

Tarikh : 13 May 2019 (Isnin)
Masa : Jam 8.30 PM
Tempat : Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Harga tiket : RM198, RM298, RM 398, RM498, RM598 dan RM698 (VIP)

Tiket boleh dibeli di : www.myticket.asia

Jason Mraz Good Vibe Tour In Malaysia

CONTEST !!!!!

Korang mugnkin berpeluang untuk memenangi tiket untuk ke konsert Jason Mraz di Kuala Lumpur. Caranya mudah sahaja, korang hanya perlu ambil gambar yang bertemakan CINTA. Apa maksud cinta pada anda. Mudah je kan ?
  1. Ambil gambar 
  2. Yang bertema CINTA, apa yang anda maksudkan dengan CINTA
  3. Muatnaik gambar tersebut di social media
  4. Jangan lupa letak hashtag #LoveIsStillTheAnswerPhotoContest # JasonMrazLiveInMalaysia
  5. Korang berpeluang memenangi sepasang tiket VIP yang bernilai RM698 setiap satunya

Cepat ! Cuma ada 12 pasang tiket VIP untuk para pemenang.

Konsert Jason Mraz ini dibawakan khas oleh Great Eastern Life Malaysia dengan kerjasama Aco Media Sdn Bhd dan The Rock Promotions.

15 comments:

  1. Seronok kalau dapat pi tengok live. Tapi I ni malas nak bersesak sesak dengan ramai orang. Have fun you all. Enjoy the good music.

    ReplyDelete
  2. serius? dah la stadium axiata dekat dengan rumah BBL..kena beli cepat2 tiket sebelum sold out. aduh dah la minat sangat Jason nie. tak sabar tunggu tarikh konsert tu

    ReplyDelete
  3. Awak kalau pakai topi tu juga macam Jason Mraz yang tak berapa laku wakakakaka hehehe ala kita tak berapa sangat tapi boleh lah layan juga lagu-lagunya seperti I'm Yours....

    ReplyDelete
  4. Ohh Jason Mraz. Lagu zaman I sekolah dulu dulu ♩♬♪♩Cuz you and I bith loved♬♪♩
    Sekrang ni tak laya dah haha..dah tua I layan nasyid je. Eh!
    So muda mudi remaja semua tu, selamat bercontest ye. Semoge berjaya dapat seat VIP meno ton konsert Jason Mraz okay

    ReplyDelete
  5. Sesapa nak menang tiket konsert tu boleh lah try amik gambar bertemakan CINTA kan, rasa kat IG banyak je gambar2 yang bertemakan cinta ni. Tapi akak xleh lah pi sebab askar2 ramai hahhaa, takpe bagi peluang pada yang jiwa muda2 ni hehe

    ReplyDelete
  6. Sis memang minat Jason Marz ni, anak sis lagi le. Kalau kitaorg ke karaoke sure nyanyi lagu dia. Untung betul sapa dapat tiket nanti. Sis mampu karok je le..hehehe

    ReplyDelete
  7. nak masuklah contest tu..mana tahu menang tiket..blh jumpa jason hahahah..lag2 dia memang best..suka tgk dia nyanyi live...mmg outstanding :-) takde tix free ke utk akkk..aishhh

    ReplyDelete
  8. Wa wa wa... Jason marz... If you are going enjoy

    ReplyDelete
  9. Teringin nak pergi tapi tarikh tak kena. Takde dekat Malaysia. He'll be having a concert in Canada but again, tarikh tak kena. Masa tu insya Allah dah balik Malaysia.

    ReplyDelete
  10. Bulan Mei konsert bukan ker time bulan puasa?? Rasanya AM xberkesempatan la.. Lagipun dgr tiket dah sold out.. Laku keras nie

    ReplyDelete
  11. Zharif pergi ke? Macam best, tapi dia buat bulan puasa pulak. Memang tak dapat la nak join jawabnya. Tengah busy dengan persiapan raya masa tu.

    ReplyDelete
  12. Dah lama tak pergo konsert dah, I like Jason Mraz song also but not able to attend his concert coz not in Kl that week.

    ReplyDelete
  13. Wah bestnya kalau dapat pergi konsert ni..tapi apakan daya bulan puasa. Nanti nak war2kan laa ada contest dia kot2 ada kwn2 yg minat boleh join dan menang..

    ReplyDelete
  14. Moga2 you dapat the chance to go for it. Hahaha Dah nampak ramai yang suruh you roger diorang if dapat the tix. I wanted to go, but clashing with another family event pulak. T.T

    ReplyDelete
  15. Bestnyaaa Jason mraz.. Akak suka lagu2 dia.. Semua best.. Untung sapa yg me nag ko test ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...