Wednesday, April 3, 2019

Bukit Gambang Resort City Menjanjikan Keseronokan Buat Seisi Keluarga

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semester baru sudah bermula, dah masuk minggu keenam dah. Jadi tahap stress tu sudah agak memuncak ya. Jadi, aku perlukan percutian ringkas yang menenangkan dan seronok untuk mengurangkan tekanan belajar. Aku dan rakan-rakan telah memilih untuk berjimba di Bukit Gambang Resort City (BGRC) minggu lalu. Ikuti butirannya !


Percutian 3 hari 2 malam ini sudah lama kami rancang. Dan Alhamdulillah, dengan izin Allah, semuanya berjalan dengan lancar mengikut apa yang dirancang. Agak jauh ya Bukit Gambang nie. Rasa macam perjalanan yang tiada penghujung. Tapi percayalah, ia satu perjalanan yang sangat berbaloi.

Untuk entri kali ini, aku akan menceritakan aktiviti-aktiviti menarik yang korang boleh lakukan di Bukit Gambang Resort City. Untuk bab penginapan, aku akan cerita di entri yang lain. Meyhh aku senaraikan aktiviti-aktiviti menarik di BGRC.

1) Bukit Gambang Water Park

Kalau dah datang sini, salah satu aktiviti wajib yang perlu dilakukan ialah dengan bermain air di Bukit Gambang Water Park. Kalau datang Gambang tapi tak singgah mandi-manda di sini, consider kena patah balik. Ini merupakan kali pertama aku datang ke sini, jadinya aku sangat teruja untuk meneroka tempat nie.


Cukup kagum sekali kerana taman tema air ini di dalam hutan. Pengunjung akan menyusuri taman tema air ini seolah-seolah menyusuri masuk ke dalam hutan. Penuh dengan kehijauan dan berbumbungkan daun-daun pokok. Kami dimaklumkan, pihak mereka tidak boleh sewenang-wenangnya menebas pokok dan tindakan undang-undang boleh diambil sekiranya mereka melakukan sedemikian. Satu tindakan yang bagus demi menjaga flora di negara kita.


Bukit Gambang Water Park nie tidaklah semegah taman tema air lain yang terdapat dalam negara kita namun ia tetap menjanjikan keseronokannya yang tersendiri. Terdapat pelbagai permainan luncur air dekat dalam nie dan yang paling best ialah Family Raft Ride tu. Masa mula-mula naik tu, rasa takut bila pelampung itu dipenuhi manusia, tapi rupanya, makin penuh manusia dalam pelambung bulat tu, makin best dan mencabar. Selagi boleh sumbat, korang sumbat. Serious best ! Berkali-kali jugaklah naik Family Raft Ride nie.


Korang kena cuba kesemua luncur air yang terdapat dalam nie. Serious best-best. Lagipula tak ramai orang, jadinya tak perlu beratur panjang. Itu yang paling seronok. Selalunya kalau pergi taman tema air nie, kita penat beratur je. Tapi dekat sini, tidak. Cuma penat menjerit-jerit dan ketawa je. Hihi


Selain daripada tu, pengunjung juga boleh bermain bola tampar pantai. Terdapat court bola tampar disediakan. Kalau datang berkumpulan, bermain bola tampar pantai nie best. Memang riuh sekampunglah dibuatnya dekat situ. Yang penting, buat undang-undang sendiri. Hahahaha



Ouh ya, kalau dah datang ke Bukit Gambang Water Park nie, korang kena cuba makan pizza yang dijual di dalam nie. Bermacam-macam jenis topping pizza yang ditawarkan. Pilih je nak yang mana satu, ikut tekak masing-masing. Serious sedap. Kami cuba semua topping.


Terdapat banyak kemudahan dalam Bukit Gambang Water Park nie. Antaranya ialah gazebo untuk beristirehat, pelampung untuk disewa, peti simpanan untuk barang-barang berharga, surau, tandas dan bilik mandi, bilik persalinan pakaian, kedai-kedai menjual cenderahati dan juga barang-barang mandi. Kedai menjual makanan juga terdapat banyak dalam nie tau.

Berikut merupakan harga tiket dan butiran water park nie :

Dewasa : RM 33.00
Kanak-kanak ; RM 28.00

Waktu operasi : 
Isnin, Rabu, Khamis (11.00 AM sehingga 6.00 PM)
Jumaat - Ahad, cuti sekolah, cuti umum (10.00 AM - 6.00 PM)

Tutup hari Selasa. Kecuali cuti umum dan cuti sekolah


2) Bukit Gambang Safari Park

Bukan taman tema air je ada dekat sini, Safari Park pon ada tau. Sebab tu aku cakap Bukit Gambang Resort City nie sebuah destinasi bercuti yang sangat lengkap dan bagus buat seisi keluarga. Budak-budak mesti suka datang dua tempat nie. Jom tengok apa yang ada dekat Bukit Gambang Safari Park nie.



Kami juga sempat singgah ke Bukit Gambang Safari Park pada keesokkan harinya. Nak meneroka tempat nie ambil masa satu hari jugaklah sebabnya luas sangat-sangat dan berbagai-bagai tarikan terdapat di sini. Seperti yang aku pernah bagi tahu sebelum nie, aku tak minat datang ke zoo sebabnya aku tak suka dan rasa tak seronok sebab tengok haiwan dari jauh. Aku sangatlah tak suka.



Tapi dekat sini, korang dapat saksikan haiwan dengan secara dekat. Ala-ala macam dekat Africa gitu. Ada dua cara penerokaan Safari Park di sini. Satu dengan menaiki tramp dan satu lagi dengan menaiki ATV. Kedua-duanya aku cuba dan kedua-duanya memberikan pengalaman yang berbeza. Yang pasti ia sangat menyeronokkan sebab pengunjung boleh saksikan haiwan-haiwan inis ecara dekat dan juga boleh interaksi dan bagi makan pada mereka. Serious best !



Laluan untuk kedua-dua medium nie sama sahaja cumanya, untuk laluan menggunakan tramp, pengunjung akan dibawa ke kawasan haiwan-haiwan buas. Naik ATV masuk kandang harimau, alamatnya korang tak keluar lah. Habis kena baham dengan ghimau kat dalam tu. Laluan ATV tidak akan memasuki kandang-kandang haiwan buas tadi. Jadi, kalau korang nak tengok harimau, harimau bintang, singa dan haiwan-haiwan buas lain, kena naik tramp tadi. Sebab tu aku sarankan supaya naik dua-dua. Sebab dua-dua memberikan rasa yang berbeza. Hihi


Boleh saksikan klip video di bawah semasa aku meneroka Safari Park nie menggunakan ATV. Enjoy !



Memang seronok sangat meneroka kawasan safari park nie dengan ATV.

Ouh ya, di sini juga terdapat beberapa pertunjukkan haiwan-haiwan dan pertunjukkan yang lain. Setiap pertunjukkan ada waktu-waktunya yang tersendiri. Jadinya, pengunjung hendaklah sentiasa cakna akan waktu-waktu pertunjukkan nie sekiranya ingin sertai.

Wonderful Bird Show

Wonderful Bird Show

Memang sangat menarik di Bukit Gambang Safari Park nie. Macam-macam benda boleh buat. Ambik masa satu hari jugaklah untuk jelajah semua tempat dan tarikan yang ada dalam nie. Memang syiok habis ! Pada belah malam, sebelum kami menyaksikan pertunjukkan api, kami singgah makan malam di Simba Hill Gourmet Hall.

Apa yang menariknya makan dekat sini ialah, kita boleh makan sambil saksikan dua ekor singa putih berkeliaran dalam sangkar mereka. Memang teruja sekali. Sesuai sangat datang belah malam kerana singa-singa nie celik mata. Belah siang dia tidur je. Satu pengalaman yang best makan sambil disaksikan oleh singa putih. Korang kena datang makan dekat sini. Makanan dia pon not bad. Berkonsepkan makanan barat.

African Yabara Fire Show

Bergambar kenangan bersama krew-krew Indiana Stunt Show/Night Jungle
Berikut merupakan butiran harga tiket ke Bukit Gambang Safari Park :

Dewasa : RM 63.00
Kanak-kanak ; RM 53.00

Waktu operasi :
Selasa - Ahad (1.00 PM - 9.00 PM)

Tutup hari Isnin. Kecuali cuti umum dan cuti sekolah.


Kalau korang nak jimat, belilah tiket combo untuk dua tempat nie, Bukit Gambang Water Park dan Bukit Gambang Safari Park. Harga dia jauh lebih murah kalau beli harga pakej.

Combo ticket (Safari Park & Water Park)

Dewasa (13 - 59 tahun) : RM 88.00
Kanak-kanak (4 - 12 tahun) : RM 58.00
Warga emas (60 tahun ke atas) : RM 58.00

Kanak-kanak 3 tahun dan ke bawah : PERCUMA

Wajib datang kedua-dua tempat nie sekiranya datang ke Bukit Gambang Resort City.

3) Active Academy

Active Academy merupakan tempat untuk melakukan aktiviti outdoor yang super fun. Antara aktiviti yang disediakan di sini ialah aktiviti memanah, flying fox, menunggang kuda dan paintball target shooting. Korang kena cuba semua aktiviti nie tau. Terutama sekali flying fox tu. Serious best gila !



Ketinggian Flying Fox di sini tidaklah berapa tinggi dan kepanjangannya juga tidaklah berapa panjang. Just nice sahaja. Agak penat sedikit sebab kena mendaki bukit untuk ke tempat perlepasan.



Boleh saksikan klip video di atas ketika detik-detik untuk berlepas. Memang best sangat ! Aku suka aktiviti yang mencabar sebegini. Walaupun agak sedikit takut tapi sangat teruja untuk mencuba.


Sebaik sahaja tamat aktiviti flying fox, kami pergi menunggang kuda pulak. Pusing keliling gelanggag kuda nie je. Terdapat banyak spesis kuda kat sini. Unik-unik dan cantik-cantik kudanya. Ada kecik dan ada yang besar.


Dan seterusnya, kami main paintball pulak. Bukan tembak-tembak kawan, tapi tembak sasaran je. Kalau dapat main paintball yang tembak-tembak kawan tu, mesti lagi best.


Jangan lupa buat aktiviti outdoor dekat Active Academy nie tau. Harga pakejnya sangat berbaloi dan berpatutan.

Dewasa : RM 28.00
Kanak-kanak : RM 18.00

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Menarik kan ? Serius, Bukit Gambang Resort City merupakan tempat ideal untuk percutian sesisi keluarga. Bestnya dekat sini ialah tempatnya tidak terlampau sesak dengan manusia.
.
Kalau korang bercadang untuk menginap di sini, boleh rujuk entri ini : Everia Villa, Bukit Gambang Resort City
Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang mereka : https://bgrc.com.my/
.
Jom pakat ramai-ramai bercuti ke Bukit Gambang Resort City !

19 comments:

  1. Nampak best la aktiviti kat sana Zharif. Akak pernah gi sekali tapi tak sempat nak cover safari dia. Mandi kat Water Park dia pun sekejap sebab lepas tu hujan pun turun. Nampaknya kena ke sana la nanti. Cecantik photo Zharif.

    ReplyDelete
  2. Bestnya pegi jalan-jalan! Tak pernah lagi pergi Bukit Gambang Resort ni. Tapi tgk tempat ni macam menarik. Boleh consider nak pegi utk next school holiday ni.

    ReplyDelete
  3. Bestnya aktivit2 yg ada kt sana. teringin nk pgi sebenarnya. Dari dulu lgi dh berniat satu hari nk jejak gambang ni, tapi ada halangan lah pulak. In shaa Allah satu hari nnti akan jejak jugak. :)

    ReplyDelete
  4. Rawlins paling suka pergi BGRC sebab semua ada kat situ. Dulu pergi masa kerja kat institut penyelidikan - bawa pelajar postgraduate berkenaan pembentangan penyelidikan. Diorang bentang, Rawlins jejalan hehehe

    ReplyDelete
  5. Banyak jugak aktiviti yang Zharif buat kat Bukit Gamvangbya. Nampak seronok plak .Akak dah lama plan nak pergi Bukit Gambang tapi tak pergi pergi lagi sebab kekangan masa. Memang plan nak pergi sana tapi kena tengok masa yang sesuai .Kadang plan dah cantik tapi ada plak halangannya.

    ReplyDelete
  6. Sakan beraktiviti. Seronok bila dapat gather dan buat aktiviti bersama-sama. Kiranya datang sini duduk satu hari memang best

    ReplyDelete
  7. Dari dulu memang Bukit Gambang Resort ni famous tapi, sampai sekarang CLA belum pernah jejak kaki lagi di sana. Nak juga tengok dan rasa keseronokan di Bukit Gambang tu.

    ReplyDelete
  8. Wow bestnya. Rupanya banyak tempat menarik di Gambang ni. Sebelum ni dok dengar water park ja. Aduh noob betul. Tak sangka ada safari park sekali.

    ReplyDelete
  9. bestnya pergi holiday kat Bukit Gambang Resort City. Seronok je main air berjemah tu. Orang pantai timur memang favourite place kalu nak enjoy haiwan safari & main air kolam. Tahun ni kena repeat datang lagi la

    ReplyDelete
  10. Rindunya nak ke sini lagi. Tapi betul la, kalau pergi trip dengan member2 memang enjoy! Emi paling suka waktu main family raft tu, dengan flying fox. Hahah mula2 takut2 tapi syok

    ReplyDelete
  11. BGRC memang bestkan, macam-macam ada dalam tu, pastu banyak combo dengan harga berpatutan. Kalau tak silap zul, Gamabang ada safari terbesar dalam Malaysia kan?

    ReplyDelete
  12. Memang seronok kat sana banyak aktiviti tengok korang lak main dan beraksi kat sana lagi bertambah nampak seronok nak pergi hehehehe tak tahu bila kita akan sampai sana hurmmmm bestnya dapat mandi-manda dan tengok binatang liar...

    ReplyDelete
  13. Nad pernh peegi gambang tapi pergo waterpark dia je.. Tempat haiwan dengan aktiviti lain tak permah buat.. Nampak best ni. .Pergi denganbkawan2 mesto best ni. .Enjoy snagat

    ReplyDelete
  14. Bestnya pergi berjimba2 dengan kawan-kawan kat Bukit Gambang waterpark.
    Syok pergi ngan kawan kawan ni.
    Kalau tengah stress, hilang la sekejap stress tu.
    Best juga ek.. Bukan ada waterpark semata, siap ada safari lagi.

    ReplyDelete
  15. Selalu dengar pasal Bukit Gambang Resort tapi tak pernah sampai sini lagi. MUrah juga entry fee dia. Ingatkan ada water theme park je rupanya ada juga safari. Menarik.

    ReplyDelete
  16. Memang cantik la BGR ni kan..teringin nak ginsebab tgk ramai yg cte pasal BGR ni

    ReplyDelete
  17. Pernah sekali pergi sini. best jugak. teringin nak p lagi. nak bercuti dengan kawankawan. Macam-macam attraction ada kat sini. memang berbaloi

    ReplyDelete
  18. Seronoknya dapat bercuti di BGRC..akak dah lama teringin nak kesana..dan sekarang dah start menabung untuk pergi bulan 12 nanti. Akak suka BGRC sebab kat sana semua ada..memang puas hati

    ReplyDelete
  19. Oh wow! I have not visit this resort yet, looks like it has it all from nature, fun, adventure and also relaxation. Great outing with family, friends or event corporate function.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...