Wednesday, April 17, 2019

Borong Kuih Kapit Berperisa

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bulan puasa dah tak lama je lagi, dan aku percaya ramai juga sudah buat persiapan hari raya sedikit demi sedikit. Bahkan, kuih-muih juga sudah mulai dijual di pasaraya-pasaraya dan peniaga sudah mula mengambil tempahan kuih raya. Kalau korang nak menambahkan lagi seleksi kuih-muih yang ada, mari beli atau borong Kuih Kapit Kaplova. Apa yang menarik pasal Kuih Kapit Kaplova nie ialah ia ada perisa dan korang boleh jual Kuih Kapit nie dengan jenama korang sendiri.

Ikuti butirannya !

Kuih Kapit Berperisa

Kuih Kapit Kaplova

Nama Kuih Kapit Kaplova ini diinspirasikan daripada gabungan perkataan "Kapit & Lover". Maka jadilah Kaplova. Perniagaan ini diusahakan oleh Muhammad Arif Bin Yahya yang baru sahaja menjangkau usia 26 tahun. Muda lagi penguasaha kuih kapit nie. Sebaya umurnya dengan aku tapi sudah ada perniagaan sendiri. Terbaik !

En. Muhammad Arif, Pengusaha Kuih Kapit Kaplova

Beliau yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda dari USM ini berminat meniaga sejak dari kecil lagi dan sentiasa mencari-cari peluang untuk menjadikan perniagaan sebagai kerjaya. En. Arif nampak potensi Kuih Kapit nie dan memilih untuk berniaga Kuih Kapit.

Memilih Kuih Kapit sebagai pilihan untuk berniaga


Memilih untuk meniaga Kuih Kapit kerana Kuih Kapit merupakan antara kuih tradisional Melayu yang sangat popular dan mendapat permintaan yang tinggi terutama sekali ketika musim perayaan. Kuih Kapit bukan sahaja digemari oleh bangsa Melayu sahaja, malahan bangsa lain juga sangat menggemari Kuih Kapit. Dengan cara mengusaha perniagaan Kuih Kapit ini, hayat kuih tradisi ini dapat terus dinikmati oleh warga-warga muda dan akan datang.

Kelebihan Meniaga Kuih Kapit

Kuih Kapit Kaplova : Peanut Roasted & Chocolate Roasted

Banyak kelebihan meniaga Kuih Kapit nie. Sebab tu pengusaha, En. Arif, sangat menggalakkan semua orang untuk berniaga Kuih Kapit. Antara kelebihan-kelebihan meniaga Kuih Kapit Kaplova :
  • Sedap
  • Tiada menggunakan bahan pengawet
  • Jangka hayat sehingga 6 bulan dari tarikh balang dibuka
  • Dijamin Halal
  • Menggunakan inti perisa yang lazat dan berkualiti tinggi
  • Tekstur kuih yang rangup dan rapuh dimulut. Tidak keras
  • Sentiasa menjadi pilihan masyarakat terutama musim perayaan

Kuih Kapit Kaplova : Chocolate Roasted

Kuih Kapit Kaplova terdapat pelbagai perisa

Ye betul, selain daripada kuih kapit original (kosong), Kuih Kapit dari Kaplova ini juga didatangai dengan 4 perisa yang lain. Antaranya ialah :
  • Original (kosong)
  • Chocolate
  • Peanut Butter
  • Chocolate Roasted
  • Peanut Roasted

Chocolate Roasted dan Peanut Roasted tu inti dia banyak dan saiz Kuih Kapit tu agak besar sedikit berbanding Kuih Kapit perisa Coklat dan Butter. Kesemua perisa ini didatangkan dalam dua saiz, balang besar dan juga balang kecil.

Kuih Kapit Kaplova : Original & Peanut Butter

Buka peluang berniaga dengan membeli borong Kuih Kapit dan meletakkan JENAMA SENDIRI

Ye, kalau korang nak buka perniagaan kuih kapit jenama sendiri, korang boleh beli secara borong daripada En. Arif (minimum 30 balang), dan korang boleh jual semula Kuih Kapit tu dengan jenama sendiri. Terserah pada korang sama ada nak jual Kuih Kapit tu sebagai Kuih Kapit Kaplova atau sebagai Kuih Kapit jenama korang sendiri.

Borong Kuih Kapit JENAMA SENDIRI

Dengar cerita, banyak pendapatan korang boleh jana dengan menjual Kuih Kapit nie. Tambah-tambah nak dekat bulan puasa nie, pasti ramai yang mencari kuih kapit untuk jadikan salah satu kuih untuk hidangan di pagi raya. Menurut En. Arif, satu balang Kuih Kapit boleh dapat UNTUNG sehingga RM 10. Ini baru satu balang, kalau dah terjual berbalang-balang, tak ke banyak korang boleh dapat ? Margin untung sangat banyak, sebab itu En. Arif menggalakkan korang beli secara borong dan jual semula Kuih Kapit nie.


Pasti ramai orang-orang di luar sana mendambakan perniagaan yang menggunakan jenama sendiri. En. Arif membuka peluang pada mereka yang berminat untuk meniaga barangan JENAMA SENDIRI. Korang boleh jual Kuih Kapit ini dengan jenama korang sendiri, dengan syarat hanya perlu memborong minimum 30 balang sahaja. Lepastu, korang bubuhlah jenama apa pon yang korang mahukan.

Boleh terus hubungi no whatsapp berikut untuk memborong Kuih Kapit : 013 - 404 1943
*Klik pada nombor tersebut dan anda akan dibawa terus ke whatsapp*

Jom ramai-ramai rebut peluang ini untuk memiliki perniagaan jenama sendiri.
Boleh cari duit tambahan untuk persediaan raya nanti.

Stor fizikal Kuih Kapit Kaplova akan dibuka di Banting : Kaplova Kerepek House

Kaplova Kerepek House

Kaplova Kerepek House akan dibuka kepada umum tidak lama lagi. Di Kaplova Kerepek House nanti akan menempatkan pelbagai jenis biskut raya, aneka kerepek dan jeruk madu kelulut dengan harga borong. Bersempena bulan Ramadhan nanti, akan terdapatnya cabutan bertuah untuk pembelian RM 100 dan ke atas. Freegift percuma juga turut akan diberikan buat pengunjung 50 terawal ke Kaplova Kerepek House.

Untuk maklumat lanjut, boleh terus ke laman sesawang Kuih Kapit Kaplova
.

27 comments:

  1. Alhamdulillah... Tahniah dan syabas buat pengusaha En. Ariff untuk berniaga. Di usia yg muda, beliau dah fikir ke hafapan. Bagus3x. Teringin juga nak rasa Kuih Kapit Kaplova special ni. Lagi-lagi memang suka..

    ReplyDelete
  2. aduyai melting tengok kuih kapit dr kaplova ni..cun sangat nama dia kapit+lover..siap boleh jd agent/dropship ke?Untung pun banyak RM10..kalau dah berbalang2 mau raya sakan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu betul, boleh jadi dropship dan bubuh jenama sendiri

      Delete
  3. Memang untung pun jual kuih kapit ni nak nak lagi bulan ramadan nanti. Sebab orang beli untuk hari raya. Entah entah tak sampai hari raya lagi pun dah habis makan kudap kudap masa berbuka

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann, musim perayaan memang org tercari-cari kuih kapit nie

      Delete
  4. Kapit lover di sini. Aishh kalau tekstur dia rangup dan rapuh di mulut memang terbaik sgt tu Zharif. Sekejapan boleh licin sebalang tu kan. Boleh lah kak ana ushar utk stok raya nanti ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah2 belum sempat raya dah habis kuih kapit tu. hahhahaa

      Delete
  5. Kuih kapit memang antara favourite kalau tiba hari raya! Woah bagusnya! Tak sekadar jual jenama sendiri, bahkan menggalakkan orang lain utk berniaga jua. Semoga murah rezeki menjelang Ramadan dan Syawal tak lama je lagi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betull, peluang untuk mereka yang nak mulakan perniagaan. boleh jual kuih kapit nie

      Delete
  6. Wah nampak sedap sangat. Berbaloi beli ni, tahan lama walaupun tiada bahan pengawet. Macam2 pilihan ada. Nak beli jugalah. Thanks sharing 😊

    ReplyDelete
  7. Nak yang peanut butter please! Astaga! Tebal betul ye isi dia! Mau kenyang krup krap krup krap kalau makan yang nie. Bagus Kaplova! Inovasi yang sangat membanggakan!

    ReplyDelete
  8. Bagusnya. Tu lah kalau ada bakat meniaga, boleh jana pendapatan. Nak buat tu bukan mudah juga. Teringin juga nak berniaga tapi memang jenis tak berbakat dalam bisnes. Tapi ok juga beli kaplova ni then jual atas Brand sendiri. Menarik ni!

    ReplyDelete
  9. Nampak kuih kapit berperisa ni penuh dengan isi dan sedap tu. Tak sabar nak beli perisa chocolate roasted dengan peanut roasted tu! yum..yum...

    ReplyDelete
  10. Oh myyy menggodanya yang chocolate roasted tu! Ni konpem makan berebut rebut ngan anak anak i ni. Silap silap sebelum raya kuihnya dah habih hahahahah. Nak order, kena order lebih siap siap lah nampak gayanya hehehe

    ReplyDelete
  11. Obviously this look so sedap. Inti dia generous giler. I pernah makan but inti dia tak la setebal yang ni. Boleh la order untuk raya nanti kan...beli untuk buah tangan masa menziarah.

    ReplyDelete
  12. Kat tempat saya panggil kuih sepit. Sedap kuih kapit ni. Bertambah sedap bila ada intinya yang pelbagai pula. Sedapnya tengok gambar kuih kapit tuuu.. fuhhhh

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  13. Ya Allah sedapnya memang kita ni hantu kuih kapit hehehehe kalau mengadap tv satu balang tu boleh habis seorang makan tau tambah yangni ada perisa lak dalam tu lagi sedap.... Jadi agent ke u oll hehehehee...

    ReplyDelete
  14. sedapnya… kt tempat saya panggil kuih sepit. bagusnya muda2 dah berniaga. semoga perniagaan en. arif semakin maju. tak sabar nak raya. boleh makan macam2 jenis kuih :)

    ReplyDelete
  15. Makan yang original pon da rasa sedap ni kan pulak upgrade mcm2 perisa. Bagus dan bijak menjadi usahawan muda. Semoga ramai lagi ank muda yg akan berjaya.

    ReplyDelete
  16. Aduduhh... Kak nina dan anak-anak memang suka kuih kapit ni. Kalau order sekali 4 balang pun sekejapan dah licin. Entah sapa yang makan? Eh.. Macam ada makan tapi pelik kejap sangat licinnya. Huhuuu... Nanti nak try this one lak

    ReplyDelete
  17. Makan kuih kapit hat ori pun sedap ni kan pula ada macam macam perisa. Akak suka kuih kapit yang intinya coklat. Memang sedap. Bila makan tu meleleh leleh jadinya tau. Nampak sedap pulak kuih kapit Zharif share ni. Nanti akak nak order jugaklah. Nak raya ni kena buat prepararion kan.

    ReplyDelete
  18. Kalau murah, boleh beli bila balik nanti. Aku dahlah hantu kuih kapit. Tapi agak interesting ya. Selalu jumpa yang original, coklat dengan peanut butter je. Ni ada yang lain lagi :O

    ReplyDelete
  19. Akk tak pernah makan kuih kapit yang berperisa tau. Selalu makan yang original je.
    Macam menggoda la kuih kapit yang berperisa tu.
    Ada coklat dan taburan kekacang tu.
    Kalau la boleh open order, syok buat pembelian borong ni.

    ReplyDelete
  20. Kuih Kapit sekarang dah banyak dimodenkan. Nampak sedap pulak dengan perisa coklat, peanut butter. mesti crunchy kan bila makan.

    ReplyDelete
  21. Aduhaii.. Tergoda AM tgk kuih kapit.. Mcm2 flavor ada.. Nnti AM nak cuba rasa la.. If ok, leh la beli borong utk adik2 n mak di kampung..

    ReplyDelete
  22. Omg... this is so tempting. I like kuih kapit but have not try this kuih kapit with filling inside, i m so over the chocolate roasted.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...