Sunday, April 8, 2018

SF Watersports Menyediakan Pakej Aktiviti Air Di Pulau Pangkor Pada Kadar Yang Berbaloi

Assalamualaikum dan salam sejahtera !

Pada hujung bulan February yang lalu, aku dan beberapa rakan blogger yang lain telah mengikuti satu fam trip ke Pulau Pangkor selama 5H4M yang dianjurkan oleh borakkita.com. Kali nie, aku nak aktiviti-aktiviti air yang kami lakukan sewaktu hari kedua berada di sana. Jom ikuti kisahnya !


Kalau korang menginap di Puteri Bayu Beach Resort, boat laju itu akan pick up korang terus dari pantai di resort ini. Jadi, pagi-pagi lepas kami selesai bersarapan, kami terus pergi ke pantai dan menaiki boat untuk ke Pantai Pasir Bogak.



Perjalanan menagmbil masa lebih kurang 10-15 minit untuk sampai destinasi. Sebaik sahaja tiba di sama, kami terus memulakan aktiviti air dengan mencuba pelampung-pelampung gergasi. Terdapat pelbagai jenis pelampung-pelampung gergasi nie dan setiap satu mempunyai namanya yang tersendiri.

GREAT MARBLE

Untuk yang pertama nie, kami mencuba Big Marble. Memang best sangat Big Marble nie. Walaupon nampak macam tenang, tapi bila dah kena air, melantun-lantun jugak punggung kami. Jadi ekna pegang kuat-kuat. Huhu

I got ass, i am shocked. 

Seterusnya kami mencuba Poparazzi. Agak mencabar juga main benda nie. Dua/tiga orang akan baring meniarap, manakala satu orang akan kemudi Poparazzi nie. Tugas seorang pengemudi ialah sekiranya boat yang menarik Poparazzi nie membelok ke kanan, pengemudi kena memberatkan Poparazzi nie ke kanan. Dan begitulah sebaliknya. Aku naik dua kali benda nie. Satu jadi pengemudi, satu lagi menjadi penumpang.

POPARAZZI


Seterusnya ialah High Roller. Dengan posisi seakan menjadi seekor katak, boat akan menarik High Roller dengan laju. Tak berapa mencabar sangat main High Roller nie. Bagi aku biasa-biasa je. Huhu
HIGH ROLLER

MEGA SLICE

Bagi aku, dalam banyak-banyak permainan pelampung gergasi nie, Mega Slice paling mencabar. Aku sampai terjatuh dua kali kot. Hahahaha. Fizikal benda nie leper, dan penumpang hanya berpaut sekuat-kuatnya dengan tangan. Tapi kaki penumpang free, tidak berpaut di mana-mana. Jadinya bila boat membelok, badan penumpang akan bergerak ke kiri dan ke kanan. Sebab tu potensi nak jatuh itu sangat tinggi. Walaubagaimanapon, tetap best !



Yeay ! Kami berjaya mencuba keempat-empat pelampung gergasi ini. Memang best sangat. Tapi sayang, masa nie banana boat tak ada. Kalau ada, pasti lebih menyeronokkan.


Seterusnya kami dibawa melihat kehidupan laut yang terdapat di sekitar Pangkor nie. Pangkor nie bukan sahaja mempunyai air yang jernih dan pemandangan yang indah, tapi ia juga kaya dengan spesis-spesis laut yang boleh dikategorikan rare jugaklah.



Geli weyhhh pegang timun laut nie. Lembik je fizikal dia. Btw, timun laut nie akan mengeluarkan lendir putih yang amat banyak bila dia rasa terancam. Mula-mula cecair tu cair je, tapi lama-lama dia jadi keras. Kena baju, susah nak tanggal.


Seterusnya, kami dibawa melihat bentuk-bentuk batu pulau semulajadi yang seakan-akan figura sesuatu haiwan. Banyak batu yang mempunyai bentuk-bentuk yang unik. Sebagai contoh batu-batu bawah ini.

Seakan-akan bentuk ikan paus

Seakan-akan bentuk buaya naik ke darat

Seterusnya, kami dibawa ke tempat snorkeling. Di sini, pengunjung dapat melihat kehidupan laut dengan lebih jelas menggunakan goggle yang disediakan. Goggle dan life jacket akan disediakan dan termasuk dalam pakej sekiranya korang ambil pakej daripada SF Watersport.



Lama dah tak buat aktiviti snorkeling. Last time buat tahun lepas di Sabah. Memang best sangat dapat melihat kehidupan laut dengan jelas. Banyak spesis-spesis ikan yang hidup di sekitar kawasan snorkeling nie. Pengunjung dapat melihat dengan jelas dengan menggunakan goggle. Selain itu, pengunjung boleh beri makan juga kepada kehidupan laut di sini. Memang gelojoh ikan-ikan di sini makan roti-roti yang diberi oleh pengunjung.


Burung enggang sedang bertenggek di sebuah dahan. Amazing !
Captured by : Dboystudio

Bila dah main air, perut pasti akan rasa lapar. SF Watersports bekerjasama bersama Puteri Bayu Beach Resort dalam penyediaan makanan tengahari buat para pelancong yang mengambil pakej aktiviti air dari mereka. Jadi sekiranya korang ambil pakej dari SF Watersports, korang boleh request untuk mereka sediakan makanan tengahari sekali. Tapi ada extra charge lah. Harga pakej yang ditawarkan SF Watersports tak termasuk makanan tengahari.




Aku sangat syorkan korang untuk masukkan sekali makanan tengahari dalam pakej tu, sebabnya senang dan mudah. Tak perlu susah-susah fikirkan bab makanan sebab mereka akan tolong sediakan untuk korang. Memang kenyang sungguh kami masa tu. Menu-menu yang dibekalkan pula sangat lazat. Yang paling teringat sudah pasti ikan pari masak sambal asam. Ya Allah sedap sangat !! Tambah nasi jugaklah masa tu.



Seterusnya, kami pon pulang semula ke Puteri Bayu Beach Resort pada petang itu. Memang best sangat satu hari menjadi orang pulau. Padat dengan aktiviti-aktiviti air. Terima kasih SF Watersports.

Senarai harga pakej-pakej SF Watersports boleh klik link di bawah :


Alamat :

(Centre)
Pangkor Village Beach Resort
Pantai Pasir Bogak, 32300 Pulau Pangkor,
Perak Darul Ridzuan, Malaysia.

(Branch)
Horizon Inn Hotel & Cafe (Opposite)
Pantai Teluk Nipah, 32300 Pulau Pangkor,
Perak Darul Ridzuan, Malaysia

Email : fun@sfwatersports.info

Tel : 012-510 9286 (Jai)
Whatsapp : 013-512 9286

Saksikan keseronokkan kami bermain aktiviti air melalui video di bawah :


Untuk bermain aktiviti air seperti ini, tolong lindungi kulit korang dengan menggunakan sunscreen yang mampu mengalis sinaran UV ke kulit kita. Pastikan sunscreen korang tu tinggi kadar SPF nya dan pastikan ia waterproof ya.


 Aku menggunakan sunscreen daripada Banana Boat. Dan hasilnya sangat terbaik ! 


Sebab tu confident je tadah muka ke matahari. Alhamdulillah, kulitku terpelihara daripada sunburn.

Entri ini bersempena familiarisation trip Travelogue Pulau selama 5H4M
ke Pulau Pangkor yang dikelolai oleh borakkita.com dengan kerjasama Tourism Perak.

Ucapan terima kasih tak terhingga juga buat
Perodua Malaysia, Canon Malaysia, 888TeaCoffee, Desa Alam Batek, Mama Mia Skin, Mod Gear
kerana telah menaja travelogue kali ini.

21 comments:

  1. Pulau pangkor memang cantik. Teringin nak gi lagi. Btw, beraninya pegang segala macam kehidupan laut tu 😅😅

    ReplyDelete
  2. Syiokkkk nya tengok! Best laaa ada pakej gini. Tak de laaa boson tak tahu nak buat apa bila pi pulau. Tapi .... serius laa geli gak tengok timun laut lembik-lembik tuu... huhuu

    ReplyDelete
  3. Pulau Pangkor memang cantik. Belum sampai lagi lokasi ini. Bab main air akak tak berani sebab itu kalau berjalan ke PULAU lambat lah sikit nak jadi planning.

    ReplyDelete
  4. What a great water sorry you had there and some I never okay before. Oh ya.. the sun block.. thanks for your recommendation. I never try before and for sure I wanna buy this as well...

    ReplyDelete
  5. Gila menarik.... banyak aktiviti boleh dibuat disertakan dalam pakej nie... Tapi part makan2 selepas habis aktiviti memang best gila kot... Confirm berselera

    ReplyDelete
  6. Bagus lah pakej ni banyak aktiviti yang menarik tertarik dan siap dengan pakej makan. Makanan sedap, pengalaman best dapat. Best dapat pegang timun laut dan landak laut dengan lebih dekat.

    ReplyDelete
  7. Wah bestnyer main aktiviti air. Haritu pun pergi jugak pangkor. Tapi atas urusan rasmi la.

    Tapi cantik la pantai dia. Memang direkomen buat sesiapa yang nak pergi sini

    ReplyDelete
  8. Pulau Pangkor memang best.pantai bersih laut jernih.skang dah ada sf watersport pula ye. Kalau pergi Pulau Pangkor bileh cuba watersport nih. Nampak seronok kalau try watersport nih

    ReplyDelete
  9. best yer semua aktiviti air yang di tawarkan di SF water sport ni. Anak-anak kecil lagi,tak sesuai lagi nak join aktiviti camni. tak sabar nak diorg besar, nak try semua pelampung gergasi tu. mencabar dan mesti best giler!

    ReplyDelete
  10. Bestnya..pemandangan indah la kat Pangkor ni..next trip kat mana plak..tengok korang makan dari mangkik tingkat tu kan..terus rasa lapar perut akak

    ReplyDelete
  11. cantiknya! dah lama tak ke pangkor. resort tu dalam dia macam mana?

    ReplyDelete
  12. Banyak aktiviti air yang ada kat sana kan. Pemandangan sekitar pun cantik sangat! Menarik juga pakej ni, tambah makanan sekali pun berbaloi rasanya. Mudah dan sedap

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  13. Rasanya dah bertahun tak pergi Pulau Pangkor ni. Bila tengok semua gambar ni rasa macam tak sabar nak pergi sana lah. Rindu pulak laut dan pantai ni.

    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  14. seronoknya cik tom tengok zharif pergi holiday trip ke pulau pangkor..mertua ciktom duduk perak..banyak kali pergi lumut bila balik sana..tapi tak pernah sampai lagi ke pangkor..nak ajak suami la amik pakej ni ke sana..

    ReplyDelete
  15. Bestnya dapat mandi laut lama dah tak mandi laut nak pergi Pangkor lah tengok banyak aktiviti air yang best dan mencabar kita suka hehehe tapi sapa nak teman...

    ReplyDelete
  16. Being a Perakian, I am proud of Pangkor and its offerings. Definitely love the activities that one can have on the island, especially water sports. After reading your post, I want to go and enjoy these myself now!!

    ReplyDelete
  17. Kalau pergi pangkor mmg kena sertai akt aqua extreem. Rugi x join sbb mcm2 kita blh buat kat sini. Dapat pekena seafood fresh best jugak

    ReplyDelete
  18. banyak jugak aktiviti kat sana... selalunya aktiviti biasa-biasa je.. tapi ni mmg banyak dan mencabar... siap makan berkelah lagi..mmg best dpt lepak dkt pantai

    ReplyDelete
  19. Banyak juga aktiviti menarik kat pulau pangkor ni. Dulu pernah jugak ke sini, tapi x sempat nak explore more. Nanti next time boleh la cuba aktiviti 2 ni

    ReplyDelete
  20. Tak pernah sampai lagi Pulau Pangkor ni, lawanya air dia... Masih banyak lagi hidupan laut yang boleh ditemui di sini kan. Heiii, nak kena p jugak ni, tapi taknak la naik benda marble tu...seram yang amat...hentak2 dek air...cam seram je,hhaha

    ReplyDelete
  21. wow. macam-macam aktiviti ada. ii~ gelinya tengok timun laut tu. nama lain dia gamat kan?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...