Monday, May 6, 2019

Buffet Ramadhan 2019 : Berbuka Puasa Ala Istana di Villa Istana Melaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sebut sahaja Villa Istana Melaka yang tersergam indah di Ayer Keroh Melaka, pasti ramai yang tahu dan terbayang villa yang sering menjadi lokasi-lokasi penggambaran dan iklan. Ia juga pernah dijadikan lokasi set penggambaran dalam drama ‘Jodoh-Jodoh Annisa’ yang kini ditayangkan di Astro Prima. Bersempena bulan Ramadhan ini, Villa Istana Melaka menawarkan hidangan buffet Ramadhan yang meriah. Ikuti butirannya !


Villa Istana Melaka menawarkan hidangan buffet Ramadhan yang bertaraf 5 bintang pasti akan memenuhi citarasa ramai, di samping memberi layanan dan perkhidmatan yang cemerlang. Sajian Menu Buffet Ramadhan 2019 di Villa Istana Melaka menyajikan pelbagai sajian tradisional dan moden yang digabungkan dengan aneka juadah yang menjadi menu wajib pada bulan Ramadhan ini.


Antaranya ialah Kambing Grill, Nasi Beriani dan Nasi Serai yang dihidangkan dengan Ayam Masak Merah, Ayam Goreng Rempah, Daging Bakar Masak Lemak Cili Padi, Daging Dendeng, Daging Rendang dan banyak lagi yang pasti akan memberikan 1001 pengalaman berbuka puasa yang tidak akan dilupakan.


Kenapa anda patut jadikan Villa Istana Melaka sebagai tempat berbuka puasa nanti
  • Dewan makan yang selesa serta dilengkapi dengan pendingin hawa
  • Mampu memuatkan 500 tetamu dalam satu masa
  • Perkhidmatan wifi
  • Ruang parking kereta yang luas
  • Terdapat bilik solat khas yang dilengkapi dengan sejadah dan selipar dan tempat mengambil wudhuk
  • Bilik penginapan ekslusif juga disediakan untuk pengunjung
  • Persembahan hiburan islami dari Kumpulan Nasyid SaffOne


Villa Istana Melaka juga mengambil tempahan untuk majlis keluarga, majlis korporat dan juga majlis-majlis CSR dengan tawaran pakej yang sangat menarik. Tempahan awal juga digalakkan untuk majlis korporat bagi memastikan majlis berbuka tersebut berjalan dengan lancar dan selesa.


Pakej berbuka puasa di Villa Istana Melaka

Dewasa : RM45.00
Kanak-kanak : RM29.90

Bermula : 10 May 2019 sehingga 1 June 2019

Bukan itu sahaja, sekiranya anda ingin menginap di sini, juga sangat digalakkan. Harga bilik untuk satu malam sangat mampu milik dan kemudahan yang disediakan di sini juga sangat banyak. Dekorasi dalamannya yang kalsik pasti membuatkan anda rasa seperti berada di sebuah istana lama.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

VILLA ISTANA MELAKA
Lot 11319 PM1313 Jalan TU1, Taman Tasik Utama Ayer Keroh, Melaka. 

06 - 233 0205 / 017 - 340 8715 / 016 - 790 0804 / 010 - 794 0115 / 017 - 335 7466 

2 comments:

  1. mewah nampak buka puasa kat sini..

    ReplyDelete
  2. Menariknya.. Dekorasi villa tu sangatlah cantik..

    www.husnieyhusain.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...