Sunday, April 29, 2018

Menawan Puncak Gunung Jerai

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Okay sekarang aku nak cerita pengalaman aku menawan Gunung Jerai pulak sewaktu Travelogue Kedah yang berlangsung sekitar bulan March yang lalu. Jom ikuti kisahnya !


Tajuk dia sangat melampau sekali ya, menawan puncak Gunung Jerai tu macam seolah-olah kau pergi mendaki dari bawah sehingga ke puncak pulak kan. Padahal naik van untuk sampai ke atas tu. Lol. Ye, maaf kalian semua yang sudah tersalah sangka. Bukanlah aku mendaki Gunung Jerai nie, sebaliknya aku bermalam di Puncak Gunung Jerai.


Jadi pada pagi tu, kami naik atas puncak dan check in ke Jerai Hill Resort. Sumpah cantik resort nie. Nanti aku tunjukkan keindahan resort ini ya. Teruskan membaca.


Sebaik sahaja check in, kami turun semula ke menuju ke Jalan Batas Paip untuk merasai sendiri pengalaman seperti berada di negara Jepun. Ye, tempat ini sangat terkenal dengan jolokan Kawasan Sakura Malaysia. Tiap kali bunga sakura nie berbunga, atau nama betulnya adalah Tecoma Flower, ramai pengunjung akan mengambil kesempatan ini untuk bergambar. Walaupun cuaca agak bahang, ku gigihkan jua. Datang pada waktu pagi adalah lebih baik.


Sangat cantik !! Terdapat dua warna bunga tecoma di sini iaitu warna merah jambu dan juga putih. Jadi, sekiranya korang berpeluang datang ke sini, jangan lupa singgah bergambar untuk dijadikan kenangan.

Alamat : Jalan Batas Paip, Kampung Yan Kecil, Kedah (Berdekatan dengan stesen minyak Caltex)


Sebaik sahaja kami makan tengahari, kami terus naik semula ke Puncak Gunung Jerai untuk membuat satu aktiviti yang aku paling tunggu-tunggu sekali. Bila dipilih untuk menyertai fam trip ini, dan apabila diberitahu terdapatnya aktiviti paragliding, aku sudah sangat teruja !


Aktiviti yang memberi derasan adrenalin memang kesukaan aku. Sekitar jam 3 petang, kami berada di satu lokasi yang dibuat khas untuk aktiviti paragliding ini. Sebenarnya, lokasi ini baru sahaja diterokai. Ia tidaklah dikomersialkannya lagi. Masih ditahap percubaan dan pembangunan. Walaubagaimanapun, aktiviti paragliding kami tetap dijalankan.


Terdapat ramai paragliders yang berpengalaman dan berlesen akan membawa kami untuk cuba aktiviti paragliding ini. Kami diberi sedikit taklimat akan cara untuk berlepas dan apa yang kami perlu buat apabila kami berada di udara. Setelah itu, baru kami boleh terbang. Sebaik sahaja berlepasnya sahabat blogger aku, Marou, "terbang" dari tempat perlepasan, kini tibanya giliran aku pulak. Teruja teruk weyhh aku masa ini.

Boleh saksikan video ketika sesi aku ber-paragliding di bawah.


Memang satu pengalaman yang paling tidak dapat aku lupakan. Indeed, ia juga telah menjadi salah satu kenangan manis aku dalam hidup. Selama hari ini, aku hanya dapat menyaksikan orang melakukan aktiviti ini di kawasan berhampiran tempat aku tinggal, iaitu di Bukit Jugra Banting. Tapi tak sangka, aku dapat merasai sendiri mencuba aktiviti paragliding. Sumpah seronok sangat !

Sekiranya korang berminat untuk mencuba, berikut adalah butirannya :

Harga : RM 250 (Termasuk sekali dengan GoPro cam untuk merakam sesi anda terbang)
Lokasi : Gunung Jerai, Kedah

Terima kasih buat En Zam kerana telah mengaturkan sesi paragliding ini. Dan terima kasih juga buat Team Jerai Paragliding kerana telah menerbangkan kami dengan selamat turun ke bawah. Terima kasih !


Setelah selesainya aktiviti paragliding, kami pulang semula ke resort kami, iaitu The Jerai Hill Resort. Seperti yang aku bagi tahu sebelum nie, resort ini sangat indah dan sejuk. Lebih kurang macam berada di Genting dan Cameron Highland.



Dan aku dapati, di kawasan resort nie terdapatnya banyak bunga yang bawah nie. Aku tak tahu apa nama bunga nie. Yang pasti cantik sangat ! Kembang semangkuk. Bunga nie juga dijadikan hiasan untuk meja-meja di ruang makan kafe yang ada di sini. Ada sesiapa tahu apa nama bunga nie ? Malas pula aku nak meng-google-nya. Hihi



Dan yang paling best adalah tempat penginapan kami. Sungguh selesa dan berpuas hati. Untuk bilik aku, terdapatnya 3 katil single. Cuma ruang agak terhad sedikit kerana bentuk bilik ini memanjang.



Kelengkapan di dalam bilik yang serba lengkap. Terdapatnya water heater, hot shower, iron, tv dan juga kemudahan wifi. Tapi agak sedikit terkilan, wifi di sini agak lambat. Atau lebih sedih, tak dapat langsung nak connect. Hahahaha.



Tak apa, inilah masanya untuk kita semua "connect" dengan alam semulajadi kerana keindahan tempat ini tiada tandingannya. Sangat indah dan nyaman. Jauh dari kesibukkan kota. Tiada bunyi bising, yang korang hanya akan dengar adalah kicauan burung dan serangga-serangga. Untuk penggemar kehijauan, ini adalah tempat untuk kamu semua. Pengubat stress.






Untuk makanan pula, aku juga sangat berpuas hati dengan makanan yang terhidang di sini. Pada belah malam, kami menikmati hidangan steamboat & grill. Bertambah jugak pinggan grill kami. Steamboat & grill nie dijual dalam pakej dan ia tidak menggunakan konsep buffet yang mana bila habis kau boleh tambah lagi. Tapi di sini, tidak begitu. Kalau habis, kau kena tambah duit untuk beli lagi. Huhu





Taste wise, aku berpuas hati. Lagi-lagi bahan-bahan grill yang ditabur dengan serbuk paprika yang istimewa tu. Memang bertambah juga pinggan untuk grill kami pada malam tu. Hihi



Dan sajian yang ditawarkan untuk sarapan juga sangat berpuas hati. Bagi aku, sajian breakfast yang terbaik adalah di tempat-tempat penginapan. Tak tahu kenapa, selalunya tempat penginapan akan menghidangkan hidangan yang sedap bila waktu sarapan.

Roti jala dia best sebab sangat "berjala". Jelas jalaan dia.

Mari menginap di The Jerai Hill Resort yang terletak di atas puncak Gunung Jerai, 1217 meter daripada paras laut. Untuk butiran lanjut, boleh pergi ke laman sesawang The Jerai Hill Resort,


Alamat : Jalan Kaki Bukit, 08300 Gurun, Kedah Darul Aman

Itu sahaja untuk kali nie, satu pengalaman yang manis ketika berada di Gunung Jerai. Ini merupakan kali pertama aku datang ke Gunung Jerai dan aku pasti ini bukanlah yang terakhir.

Entri ini bersempena familiarisation trip Travelogue Kedah selama 3H3M yang dikelolai oleh borakkita.com
dengan kerjasama Tourism Kedah dan Jerai Geo Park.

Ucapan terima kasih tak terhingga buat En. Zam 
 yang menemani kami dari hari pertama sehingga hari ketiga kami berada di sana.

Terima kasih buat para penaja trip kali ini, Canon Malaysia dan 888TeaCoffee.

22 comments:

  1. Sangat menarik... Yang paling best paragliding tu... Bestnyeee... Mesti teruja abes kan dapat buat aktiviti paragliding... Wahhhhh........nak juga lah try nanti

    ReplyDelete
  2. Rindu nak pergi sini .. rindu nak stay jerai hill .suasana kat atas puncak memang best sangat ..nature

    ReplyDelete
  3. I pegi Gunung Jerai masa join girls scout 31 tahun yg lalu. Huwaaaa...lama betul kan? Dah macam macam kat atas Tu. Banyak facilities dah. Dulu tak de apa kot!

    ReplyDelete
  4. Lawanya view resort tu. Memang puas hati kalau berjalan. Makanan pun tengok sedap je

    ReplyDelete
  5. Akak dah pernah datang sini tapi cuma nak menikmati suasana kat sini je. Sempat la breakfast kat sini. Wahhh bilik ada 3 katil ni sesuai la akak 3 beranak ni. Memang cantik atas ni. Masa akak datang takde pon pokok sakura tu. Belum musim kot.

    ReplyDelete
  6. Kita pernah naik Gunung Jerai ni dengan keluarga guna kenderaan yang mereke sediakan nak bawa kereta tak berani takut sebab jalan macam bahaya tapi tak pernah duduk resort atas tu macam menarik boleh lah kita cuba nanti..

    ReplyDelete
  7. waa bestnyaa tengok, siap boleh buat paragliding sekali memang terbaik! Pemandangan yang sangat breathtaking! Bunga2 tu pon unik dan cantik, yang tecoma tu dah macam bergambar dengan sakura di Jepun jee pulak hehe. Makanan & tmpt penginapan tu pon cantik & sedap2 tengok! Bestnyaa, nanti kalau ade rezeki boleh try kat sana 😁

    ReplyDelete
  8. I went to Gunung Jerai before. It is indeed a beautiful place to stay and sight-seeing. My children love this place too.

    ReplyDelete
  9. Best tu Zharif walaupun tak panjat gunung tu tapi aktiviti tu semua memang best. Teringin nak buat semua tu tapi bila umur dah meningkat ni makin gayat pulak.

    ReplyDelete
  10. kali last pergi sini masa form2 Kem Bahasa Arab
    haaha
    wahhh dah lawa sekarang
    paling best baru tahu dah ada paragliding dekat sini

    ReplyDelete
  11. kita dulu belajar kat kedah pun tak sampai lagi gunung jerai..ya ampun bestnya nengoknya..aktiviti yan zharif naik tu, payung tu, tengok youtube zharif, gerun pun ada, best pun ada..syok tu. pengalaman yan tak boleh dilupakan tu kalau naik tu..jeles haishh

    ReplyDelete
  12. tak pernah lagi sampai Gunung Jerai..seronok tgok zharif nyer pengalaman..rasa nak cuba tp ntah la bila..hotel ti pun nampak menarik dengan moden, bersih dan selesa...ada aktiviti paragliding jugak erk..

    ReplyDelete
  13. Seronokknya dah sampai puncak gunung jerai. Teruja pula tengok orang dah sampai. Saya nih entah sampai ke tidaklah srbab dah sibuk dengan anak anak..hahaha..kalau nak jalan jalan pun tak boleh aktivit lasak macam nih sebab atas faktor kesihatan yang tidak mengizinkan.

    ReplyDelete
  14. Wah bukan sebarang gunung ni. Bestnyaaaa. Dengan fasiliti dan penginapan yang best menggandakan lagi keseronokan sebenarnya. Tiba2 teringin nak pergu jerai huhu

    ReplyDelete
  15. Such beautiful natural scenery, I'll love to visit Kedah someday, it's so far from KL I've not been there before but it's worth travelling for such a scenic view. Thanks for sharing it.

    ReplyDelete
  16. Wooooo.. I never know so m much things up there... So nice you can make it there.... Love reading this.. like I'm reading a travelogues

    ReplyDelete
  17. Tenok Zaris buat Paragliding ni terasa rindu pulak nak buat aktiviti yang dah lama sis tinggalkan. Memang syiok bila berada di atas..terasa cam burung terbang bebas di udara gitu.
    Tempat penginapan tu pun nampak menarik sangat. Beruntung nya dapat ke sana

    ReplyDelete
  18. Paragliding tu best lah memang nak try 1 day. Selalu dengan pasal Jerai Hill resort tapi tak pernah kesempatan nak pergi sana lagi. Bila lah dapat cuba aktivit mencabar ni kan.

    ReplyDelete
  19. Gunung Jerai! Fuhhhhh best gilaaaa. Akak suka mendaki. Tapi tulah bila dah meningkat usia. Macam cepat je semput dan kaki sakit. Hahaha takpelah akak baca blog Zharif je lah. Teruskan berkongsi pengalaman macam ni k. Hehe

    ReplyDelete
  20. mak tak pernah pi Gunung Jerai (husband orang SP). tunggu raya nantilah balk kampung, nak merasa stay sini juga. nampak sangat best!

    ReplyDelete
  21. bunga tecoma tu lawaaaa. best korang asyik pi berjalan je. jeles betul. by the way, part makanan tu nampak besttt

    ReplyDelete
  22. Looks so interesting, I’m always looking for new place to hike and explore! Next trip to kedah it is! 😂

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...