Monday, May 27, 2019

Kuasai Pemasaran Online Melalui Roket Pemasaran Momentum 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Nabi SAW pernah bersabda di dalam hadisnya, bahawa 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan. Memang tak dapat dinafikan, melalui perniagaan kita boleh jadi kaya-raya. Namun begitu, tak ramai yang boleh berjaya kalau tak tahu cara dan strategi. Ramai yang mahu menceburi bidang perniagaan tapi tak ramai yang mahu hadir ke kelas-kelas pemasaran untuk naikkan perniagaan. Kenapa ? Ikuti butirannya.


Penting sebenarnya sebagai pengusaha kecil dan mereka-mereka yang baru mula berniaga, untuk hadir ke kelas-kelas untuk timba ilmu selok-belok bidang perniagaan. Zaman sekarang nie, ramai yang menganjurkan kelas-kelas seperti ini. Sama ada nak atau tidak sahaja kita untuk datang.

Baru-baru ini aku berkesempatan ke pelancaran Roket Pemasaran Momentum (RPM) 2019 yang dianjurkan oleh Najib Asaddok, Ketua Pegawai Eksekutif Momentum Internet Sdn Bhd. Beliau sangat terkenal sebagai pakar pemasaran online di kalangan usahawan tempatan. Kini, beliau sedang giat mempromosikan kempen RPM nya demi untuk membantu 50,000 usahawan yang mempunyai perniagaan supaya dapat mendalami ilmu pemasaran online.


Trend pemasaran yang terkini ialah dunia atas talian di mana ramai orang menghabiskan masa dan perhatian dengan online. Oleh demikian, rugi sekiranya para peniaga tidak menggunakan platform atas talian ini untuk berniaga. Platform online ini dipercayai mampu menarik lebih ramai pelanggan dan menjadikan perniagaan atau sesuatu jenama itu kekal relevan dalam pasaran sampai bila-bila.


Jadi, buat para peniaga di luar sana, baik peniaga besar mahupun peniaga kecil-kecilan, ini ada satu berita baik buat kalian. Najib Assadok akan mengadakan siri kelas Roket Pemasaran Momentum bagi membantu 50,000 usahawan di Malaysia dengan kadar yuran RM1 SAHAJA. Ye, anda tidak silap baca, RM1 SAHAJA. Mari ramai-ramai rebut peluang keemasan ini. Tak dapat harga yuran semurah ini di kelas lain. Hanya kelas RPM sahaja ada tau.

Cepat-cepatlah mendaftarkan diri ke kelas RM1 nie, dengar cerita seat semakin terhad. Maklumat lanjut korang boleh layari laman sesawang berikut : http://naktarikpelanggan.com/

8 comments:

  1. Meroket lah lepas ini blog Zharif hehehehe setelah pergi program macam ni hehehehe.. Kita nak juga joint program dalam mencari ilmu untuk perniagaan online. Selalu baca kat laman web jer bila pergi pengalamannya lain dan ilmu tiada batas..

    ReplyDelete
  2. Yuran RM1 tu memang rasanya macam peluang keemasan yang sangat-sangat tak dapat dilepaskan. Macam-macam ilmu dapat belajar kat seminar macam ni untuk online marketing. InsyaAllah kalau ada masa saya pun nak join.

    ReplyDelete
  3. Waaahh dapat jumpa Najib Assadok pulaaaa. Mesti banyak input dia kongsikan. Sebab tengok semua seminar dia ramai usahawan join. Untunglah Zhariffff

    ReplyDelete
  4. RM1 je yurannya! Najib Assadok sangat terkenal dengan kelas dan hasil pengajarannya. Yes, sebagai usahawan, kena peka dengan peredaran zaman. Sebab kalau tak ikut, boleh lingkup.

    ReplyDelete
  5. OMG SERINGGIT!! terus tekan link tu HAHHAHA actually me and my partner mmg cari juga business talk mcm ni!

    ReplyDelete
  6. First time dengar nama motivator/businessman ni. Tapi bagus juga bila dtg ke majlis ni byk input ttg dunia business yg kita boleh pelajari

    ReplyDelete
  7. Pehhh, gila buat offer class harga RM1 je. Selalu business talk camni harga boleh cecah ribu-riban ohhh. Mesti seronok kan pergi talk camni, rasa motivational je lepastu. Terus rasa nak ber business hahah.

    ReplyDelete
  8. Good to know that there is such a program to help people with online marketing. To know that the fee is only 1 ringgit is really astonishing. Guess this is done to help those who are in need right. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...