Sunday, October 7, 2018

Tempat Makan Best Di Cyberjaya - Restoran Mangkuk Ayam

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Cyberjaya sebuah bandar yang sedang meningkat naik dan populasinya dipelopori oleh foreigner-foreigner dari pelbagai buah negara. Jadi pemilihan makanan di sekitar sini kebanyakkannya bercitarasakan antarabangsa. Susah nak nampak atau jumpa restoran hidangan masakan melayu di sekitar Cyberjaya. Tapi kini tidak lagi, ada satu restoran istimewa di Cyberjaya untuk korang yang menginginkan hidangan tempatan. Ikuti butirannya !


Restoran Mangkuk Ayam lah yang aku maksudkan. Ya, inipun kali pertama aku mendengar nama restoran ini. Jadi, kalau korang datang ke kawasan Cyberjaya dan inginkan hidangan-hidangan tempatan, boleh datang ke sini. Kebetulan baru-baru nie aku berjalan-jalan sekitar Cyberjaya, dan terjumpa pulak dengan restoran nie. Restoran nie baru je dibuka di pusat membeli-belah DPulze Cyberjaya. Patutlah selama nie datang situ tak pernah nampak, baru je dibuka rupanya.


Kenapa nama restoran nie Mangkuk Ayam ? Bunyi macam pelik, betul tak ? Tapi itulah motif pemilik restoran ini. Menurut beliau, bilamana orang nampak atau dengar nama nie, pasti buat mereka tertanya dan sekaligus ingin tahu makanan apa yang dihidangkan di sini. Pada pengamatan aku, nama dan konsep restoran ini sangat unik. Bahkan, kalau korang perhatikan, kesemua perkakas seperti pinggan mangkuk, cawan dan sudu yang digunakan untuk menghidangkan makanan pada pengunjung semua terdapat gambar seekor ayam jantan. Kenapa agaknya ya ?


Tak nak cakap banyak, mari aku sajikan korang dengan hidangan-hidangan yang aku sempat cuba ketika aku berada di sana. Serious rambang mata dibuatnya. Semuanya nampak sangat menyelerakan. Mari aku perkenalkan satu persatu menu yang dihidangkan. Kita mulakan dengan hidangan berat dulu ya.


Restoran Mangkuk Ayam

Restoran Mangkuk Ayam

Restoran Mangkuk Ayam

Asam Laksa sangat disarankan untuk korang cuba. Serious sedap sangat ! Kalau korang jenis suka makan laksa yang rasa dia ala-ala laksa kopitiam, boleh order menu ini. Tak lupa juga, mee rojak yang dihidangkan di sini pon tidak kurang hebatnya. Terdapat dua jenis mee rojak di sini, tapi dua-dua sama je. Cuma bezanya satu rojak ayam dan satu lagi rojak sotong. Pilihan aku sudah pastilah Mee Rojak Sotong. Sedap !

Restoran Mangkuk Ayam

Restoran Mangkuk Ayam

Kalau korang nak makan nasi pon ada dihidang di sini. Boleh pilih sama ada nak makan dengan rendang daging ataupun dengan kari ayam. Pilihan aku pastilah rendang daging. Dagingnya yang empuk dan rapuh di mulut. Gitueee ! Rendang dia best. Korang nak makan bubur, pon ada juga !

Restoran Mangkuk Ayam

Restoran Mangkuk Ayam

Restoran Mangkuk Ayam

Hidangan sampingan di Restoran Mangkuk Ayam nie juga sangat pelbagai. Ada tauhu sumbat, rojak buah, pecal sayur dan macam-macam lagi. Tauhu sumbat dia paling win. Sedap sangat !

Restoran Mangkuk Ayam

Restoran Mangkuk Ayam

Restoran Mangkuk Ayam

Restoran Mangkuk Ayam

Tak sah kalau makan tak ada pencuci mulut, ye dakk ? Jadi aku pon order Mangga Ais kat sini. Ya Allah nikmat betul ! Lepas nie kalau nak makan pencuci mulut manis-manis yang sedap, aku dah tahu mana nak cari.

Restoran Mangkuk Ayam

Harga menu-menu di sini sangat berpatutan. Lagi-lagi untuk kawasan urban seperti di Cyberjaya nie. Mana nak dapat hidangan harga yang berpatutan macam nie. Lagipula, portion untuk satu hidangan tu besar kot. Boleh kongsi dua orang. Tapi untuk aku, satu tu aku boleh habiskan sendiri. Hihi


Kalau korang berada di sekitar Cyberjaya tu, jemputlah datang ke sini. Restoran nie baru sebulan beroperasi. Jadinya, ramai yang tak berapa cakna lagi akan kewujudan Restoran Mangkuk Ayam nie. Berikut adalah butiran restoran ini :

RESTORAN MANGKUK AYAM

P10 (Ground Floor), DPulze Shopping Centre.
Waktu operasi : Dibuka setiap hari dari jam 10.00 AM - 10.00 PM
Tel : 03-8322 5656


Secara umumnya, aku sangat berpuas hati dengan menu-menu yang disajikan di sini. Rasa dia best, harga dia berpatutan, restoran yang selesa dan santai. Lepasnie boleh repeat lagi. Sekarang aku dah tahu mana nak dapat makanan tempatan di kawasan Cyberjaya. Jom korang makan kat sini !

Saksikan video klip ringkas semasa kunjungan aku ke sana.


21 comments:

  1. perghhh habis tak tu? hahaha

    ReplyDelete
  2. Aah... Restoran ni memang baru bukak. Hari tu jalan² lunch hour dgn officemate, leya dah perasan. Tapi tak berkesempatan singgah lagi. Okay setelah baca review menarik dari Zharif ni, boleh lah try makan di sana.. Yummy!

    ReplyDelete
  3. YA allah terliurnya tgk semua makanan kat sini terutama asam laksa tu. Nampak semua la sedap so pasni dah tau la mana nak gi utk dptkan makanan sedap2 hehe

    ReplyDelete
  4. Hehehhe..cute nama dia ..mangkuk ayam! But all the bowl with ayam pic on it pun so cuteeeee!
    And makanan dia pun buat akak drooling la dik!

    ReplyDelete
  5. nt ke cyberjaya bolehlah singgah ke mangkuk ayam ni..
    menu2 pun nampak sedap tu..

    ReplyDelete
  6. nampak cam menarik ni menu-menu makanan di restoran mangkuk ayam ni ek, kak lily suka yang mee rojak sotong tuh, kemain besar-besar sotongnya ek... harga pun not bad gak lah

    ReplyDelete
  7. uiks..serba-serbi nampak ayam ni..good theme..sebab semua orang suka makan ayam.nak kena singgah la nanti kalau ke belah sana

    ReplyDelete
  8. Uniknya nama restoren ni. Menu yang disajikan pun nampak sedap dan menarik. Kopitiam sangat. Nanti syira nak terjah!

    ReplyDelete
  9. Cantik dan unik la identiti restoran ni. Tersendiri gitew. Menu Asam Laksa, Mee Kari, Pecal Sayur,Mee Rojak Sotong dan semualah betul-betul bikin lapar.

    ReplyDelete
  10. Fuh! Menarik betul! Selain konsep dia dengan mangkuk ayam yang comel tu, makanan semua nampak sedap2 belaka! Kena ajak member kat sana bawakkan ni. XD

    ReplyDelete
  11. rare nya nama restoran ni...nanti bila ke cyberjaya kak lin nak singgah la...sedap2 tu menunya

    ReplyDelete
  12. Mangga ais tu cambest!! Lawa gila semua pinggan mangkuk bercorak camtu, macam ala-ala cina sikit kan. Tengok korang makan reramai katsini cam sedap jee. Esok-esok teringin boleh datang singgah hehe.

    ReplyDelete
  13. memang unik namanya. belum pernah lagi restoran lain buat tema macam ni. dari segi menu pula masakan melayu yg semua org makan

    ReplyDelete
  14. Mangkuk ayam ni best sangat. Portion pon besar dengan harga berpatutan. Die punya rojak mee sedapnya smp teringin lagi. Jom repeat jom.hehehe

    ReplyDelete
  15. Uittt kena cuba nanti ni, nampak cam menarik n sedap-sedap je makanan dia. Mangkuk tu cantik le, minat pulak sis tgok..cam zaman dulu2 punya pinggan mangkuk

    ReplyDelete
  16. Terseksa r tengok entri ni! hahahahaha. Makanan semua sedap2 made me wanna cryyy! haha. Omg! Memang wajib masuk dalam list food hunting. Awesome entry!

    Meh la visit blog SR: www.syazaredzuu.com > Banyak entri tentang buat duit online! hehe

    ReplyDelete
  17. Banyaknya menu yang best! nak bubur ayam tu haha ini memang kena bawak Islam ni, dia confirm suka. Hehe thanks share tempat ni, dekat sangat dengan rumah

    ReplyDelete
  18. Unik betul nama restoran ni, hehe. Memang ada 1 outlet aje ke? Ke ada outlet lain jugak? Emi dah agak lama tak kr area cyber. Terasa jauh pulak nak ke sana

    ReplyDelete
  19. Unik betul nama restoran ni. Senang la orang nak ingat pun. Ingatkan harga mahal mahal. Tapi tengok harga mampu milik lagi la. Lebih kurang macam harga makan kat mersing ni jugak.

    ReplyDelete
  20. pergh memng nampak sedap ni..macam-macam menu ade..perut tengah lapar nampak pulak menu ni..rasa nak pergi terus ke cyberjaya..hehee..pelik juga ye namanya mangkuk ayam..hahaha

    ReplyDelete
  21. Pas banget ya namanya, restoran mangkok ayam. Ya iya karena mangkoknya ada gambar ayam dan jualnya ayam juga. Hehee... ini kreatif.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...