Thursday, March 19, 2020

Menyusuri Adat & Kehidupan Orang Asli Temuan Kampung Tohor, Negeri Sembilan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Masih lagi dalam siri ekspedisi #Back2Nature yang dianjurkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan (JPNS). Kali ini, kami mengadakan lawatan ke kampung orang asli di Kampung Tohor, Negeri Sembilan. Lokasi kampung ini tidak jauh daripada Taman Negeri Kenaboi. Lebih kurang dalam 30 minit perjalanan. Ikuti butirannya !



Ketibaan kami disambut meriah oleh orang-orang kampung dan ketua kampung Kampung Tohor memberikan sedikit kata-kata aluan sebelum kami dihiburkan dengan tarian Sewang iaitu tarian orang asli.



Tarian Sewang dipersembahkan oleh anak-anak muda Kampung Tohor. Siap berhias dengan aksesori yang diperbuat daripada daun kelapa yang dibuat untuk menganyam ketupat. Sangat kreatif dan menarik daun kelapa yang dianyam menjadi mahkota dan juga selimpang. Kreatif !



Kami juga turut dipelawa untuk sama-sama menari Sewang di pentas. Langkah menari Sewang ini tidaklah susah kerana pergerakannya sangat minima dan perlahan. Sangat seronok dan menghiburkan. Satu pengalaman baru buat aku.


Selain itu, kami dapat melihat hasil kraftangan masyarakat asli Temuan dan juga makanan-makanan dan hasil hutan yang dijual oleh mereka. Kraftangan orang asli di sini sangat cantik dan kreatif ya. Dengan hanya menggunakan rotak sebagai bahan utama anyaman, mereka mampu menghasilkan bakul, mangkuk dan macam-macam lagi. Hasil kraftangan yang dijual pula sangat murah ! Kalau dekat luar nie, mahu dijual dalam puluhan ringgit. Tapi di sini, ianya serendah RM4 je tau. Maka belilah aku satu bakul yang dianyam rapi dan cantik dengan harga RM4.



Seterusnya, kami diperlihatkan adat berkahwin masyarakat asli Temuan di Kampung Tohor. Pelamin dan istiadat yang biasanya dilakukan untuk berkahwin dipertontonkan kepada kami sewaktu kunjungan kami ke sana. Pasangan pengantin dihiaskan dengan aksesori anyaman daun kelapa. Adat perkahwinan masyarakat asli Temuan tidak begitu rumit, namun banyak langkah perlu diikut sebelum disahkan sebagai suami isteri. Beberapa wakil dari kami sempat menjadi pasangan sebagai demonstrasi perkahwinan orang asli Temuan.



Mas kahwin untuk berkahwin sangat murah, hanya RM 5.50 sahaja. Nilai mas kahwin berbeza sekiranya hendak berkahwin dengan anak Tok Batin. Anak Tok Batin dikira pangkat lain dan istimewa, oleh sebab itu harga mas kahwin berbeza. Seperti adat kahwin Melayu, masyarakat orang asli juga mempunyai adat mereka tersendiri dalam perkahwinan.



Di pelamin yang dihias dengan anyaman ketupat serta bunga-bunga segar terdapatnya satu dulang yang mengandungi segala aksesori untuk melengkapkan majlis perkahwinan. Antara yang terdapat di dalam dulang tersebut ialah cincin rotan, sireh, dan gulugan rokok. Ya, rokok merupakan salah satu adat untuk menyempurnakan perkahwinan kedua mempelai. Namun aku lupa isi dalam rokok tu atau ianya hanya sekadar daun kosong yang digulung. Tak pasti.



Seterusnya kami diajar untuk menyumpit. Sumpit dan masyrakat asli berpisah tiada. Ianya merupakan senjata utama dalam aktiviti memburu buruan di hutan. Memburu hanya dengan menggunakan sumpit. Menurut Tok Batin, sekiranya haiwan itu berbadan besar, dua sumpit beracun perlu disumpit ke haiwan tersebut untuk haiwan tersebut tumbang. Hebat ya, dua sumpit mampu menumbangkan haiwan yang berbadan besar.



Itu sahaja aktiviti dan adat masyarakat asli Temuan yang dipertontonkan kepada kami sewaktu kunjungan kami ke sana. Satu ilmu yang baru dan membuka mata kami semua akan kehidupan masyarakat di sini. Seronok dapat belajar budaya dan adat masyarakat lain. Itu menunjukkan negara kita kaya dengan adat dan kita sebagai anak muda, perlu ambil tahu dan meneruskan adat turun-temurun ini supaya generasi baru nanti dapat terus mengekalkan adat ini.




#Back2Nature #HutanKitaNadiKita #JPNNS #DiscoverJelobu #VM2020 #VisitMalaysia2020 #TamanNegeriKenaboi #JeramBerungut #LataKijang #JeramToi #TakeMeAnywhere

16 comments:

  1. Bangga dengan Orang Asli yang masih menjalankan ritual adat secara turun temurun ...

    ReplyDelete
  2. Suka semua aktiviti ni. Banyak pengalaman baru

    ReplyDelete
  3. Meriahnya, nampak mereka boleh keluar sama-sama bergaul, ada orang asli ni nampak kita mereka lari tau...
    Uitt Zharif, kemain tonjangnyaa ko, hahahaha..

    ReplyDelete
  4. Bagus juga yea dapat join aktiviti kemasyarakatan mcm ni sekali sekala. Mesti mcm2 pengalaman & mcm2 benda yg dpt kita belajar daripada trip tersebut. Memang murah betul mereka jual hasil seni mereka di situ kan, betul kalau kat luar tu memang tak dapatlaa harga mcm tu huhu.

    ReplyDelete
  5. Bertuah betul boleh join dengan mereka. Bab belajar menganyam tu bagus. Boleh asah waktu kuarantin

    ReplyDelete
  6. Bestnya dapat tengok kehidupan rang asli dekat sana. Dapat belajar cara kehidupan dorang :)

    ReplyDelete
  7. Zharif pun dah macam orang asli tengok wakakakak tapi seronokkan tengok budaya dan cara hidup mereka yang kita tak pernah alami ni best dapat belajar kalau nak pergi sendiri kita bukan macam pelancong luar suka budaya pelik-pelik ni hehehehe...

    ReplyDelete
  8. Cantiklah tenun tu. Akak suka hasil kraf camni. Tengok gambar Zharif ni mesti boleh menari tarian Orang Asli tu kan. Best aktiviti camni. Hehehe

    ReplyDelete
  9. best lah dpt experience sendiri tengok wedding dorang.. budaya dorang lain dari kita.. syok belajar pengalaman baru... untung zharif..

    ReplyDelete
  10. Seronoknya dapat pergi kampung and kenal cara hidup diorang. Mesti Best kan

    ReplyDelete
  11. such a fun activities by JPNS. Looks like everyone had enjoyed themselves to the max. keep it up bro

    ReplyDelete
  12. Ehhh ada org asli lagi ya kat sana. Sis org N9 pun x tahu. Lama betul tak balik kg n tak menjelajah kawasan dalaman sana. Nanti nak gi gak lah bila suasana dah kembali reda

    ReplyDelete
  13. sangat seronok kan dapat belajar budaya baru? teringin jugak nak kenal dengan lebih dekat budaya masyarakat mereka

    ReplyDelete
  14. seronokkan dapat belajar budaya orang? memang teringin jugak nk kenal lebih rapat budaya masyarakat mereka :)

    ReplyDelete
  15. WOW! My first time seeing orang asli's stuff! It's interesting though!
    Hopefully one day I have chance to like, know their culture more!
    You are lucky! And thanks for sharing!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...