Wednesday, November 27, 2019

Rangkaian Makanan Berasaskan Keladi (Taro) di Street Churros

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Berita baik buat peminat Street Churros, sepanjang bulan November dan December ini, Street Churros mengeluarkan rangkaian makanan yang berasaskan taro iaitu, keladi. Korang dah cuba ? aku dah cuba dan rasanya sangat sedap.


Ini merupakan kali pertama Street Churros memperkenalkan churros atau produk makanannya yang berperisakan keladi. Ternyata rasanya sangat harmoni baik diletakkan dalam minuman mahupon makanan.

Violet Dreams Smoothies : RM 12.90

Untuk mereka yang cukup menggemari ice blended, wajib cuba ice blended yang berperisa keladi di Street Churros ini. Kandungan yang terdapat dalam Violet Dreams Smoothies nie ialah ice yang dikisar dan diperisakan keladi, dicampur dengan ais krim vanilla dan juga pearl yang berperisa gula perang. Gaul sebati dan sedia untuk diminum. Sedap !!

Iced Silky Violet With Espresso - RM 8.90

Buat penggemar coffee, korang wajib cuba Iced Silky Violet With Espresso nie. Rasa kopi yang dieprisakan keladi. Serious sangat-sangat sedap !!! Rasa nak order banyak kali. Sangat disarankan untuk mencuba minuman ini buat penggemar coffee di luar sana. Pasti tidak mengecewakan.

Ice Cream Churros Fancy Violet - RM 10.90

Seperti namanya, ais krim sememangnya sangat fancy. Fancy dari segi rasa dan juga kandungannya. Selain ais krim, terdapat juga empingan jagung dan juga jelly keladi kalau tak silap.

Street Churros Dreamy Purple - RM 5.90
Filling Churros Dreamy Purple - RM 7.90

Dan tidak sah kalau datang ke Street Churros, tapi tidak order churros, betul tak ? Tak ketinggalan, untuk rangkaian keladi ini, juga terdapat churros yang diperisakan keladi. Satu disaluti serbuk keladi dan satu lagi mempunyai inti keladi. Kedua-duanya sedap, manis dan rangup.


Untuk rangkaian Taro Product di Street Churros nie, aku bagi 5 bintang. Sangat sedap dan manis. Bersempena promosi Taro Series di Street Churros ini juga, korang boleh dapatkan diskaun sebanyak 20% untuk setiap rangkaian makanan Taro ini mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan.

18 November - 24 November 2019 : Street Churros Dreamy Purple
25 November - 1 December 2019 : Filling Churros Dreamy Purple
2 December - 8 December 2019 : Stick Churros Dreamy Purple
9 December - 15 December 2019 : Taro Drinks Dreamy Purple
15 December - 22 December 2019 : Fancy Violet Ice Cream Churros
23 December - 31 December 2019 : Kesemua Taro series

4 comments:

  1. Yummy!!!!!!!! I love Taro too. It is so sweet and delicious. Thank you for sharing your review. Have a good day.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya... Ramai yang cakap sedap set Taro ni, nak try ada lagi tak agak2?...

    ReplyDelete
  3. Tak pernah makan lagi ye Street Churros ni. Nampak ramai betul yang rekomen. Sis memang yakin kalau awak cakap rasa keladi tu harmoni dan pasti sis akan pergi beli. Hey awak ajak la sis makan kat sini jugak. Hmmmmmm. Takkan asik nak beli baju je. Hahahahahha.

    ReplyDelete
  4. tak sempat lagi nk makan street churos ni. jarang jugak makan apa2 makanan berasaskan keladi ni. bolehlah try nnti :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...