Monday, September 29, 2025

Hujung Minggu di Port Dickson Negeri Sembilan Dengan Peponds

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lama dah tak keluar berjalan dan cuti-cuti dengan peponds-peponds nie. Nak keluar jauh-jauh nak kena merancang dan buat persiapan. So kitorang bercuti dekat-dekat je yang tak ada buat persiapan sangat. Kitorang pergi berhujung minggu dekat Port Dickson Negeri Sembilan. Percutian kali nie, aku tak berapa ambil gambar sangat. Airdrop gambar dari kawan pon tidak, bila buka folder gambar bercuti dekat Negeri Sembilan nie, sumpahlah banyak gambar syok sendiri je. So terima jelah apa adanya.

Sunday, September 28, 2025

Nikon Lancar Nikon ZR, Membawa Ketepatan Sinematik Semua-dalam Satu

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bagi pihak Nikon Singapura, Futuromic Photo AV Sdn. Bhd., pengedar produk pengimejan Nikon di Malaysia memperkenalkan ZR, kamera penderia bingkai penuh dan model terkecil dalam siri Z CINEMA. Dibangunkan dengan kerjasama RED, anak syarikat Nikon Corporation, RED Digital Cinema, Inc. (selepas ini "RED"), ZR menyampaikan video sinematik mewah melalui rakaman dalaman RAW 6K, sains warna yang dipilih susun RED dan audio tahap pro—semuanya dalam badan ringan dalam kit badan tunggal.

Saturday, September 27, 2025

Pulau Pangkor Dengan Peponds

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Okay tanpa buang masa, marilah aku cerita percutian yang telah lama berlalu iaitu pada tahun 2023. Percutian ke Pulau Pangkor nie kami dah rancang lama. Dah buat persiapan itu ini, sekali covid pulak. Makanya perancangan nak ke Pangkor terpaksa ditangguhkan. 


Tuesday, September 23, 2025

Eira Syazira & Nabila Maharani Bersatu Dalam Single Terbaru Bawang Merah Bawang Putih

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dua nama besar dari Malaysia dan Indonesia, Eira Syazira dan Nabila Maharani, bergabung tenaga dalam single terbaru berjudul Bawang Merah Bawang Putih. Lagu ini dilancarkan serentak hari ini di semua platform digital streaming utama serta di saluran rasmi YouTube Trisna Music.

Saturday, September 20, 2025

AEON Bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia Bersempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Kebangsaan 2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad hari ini telah menyempurnakan majlis Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera 2025. Hasil Tinjauan Literasi Kesihatan (2023) mendapati tahap literasi rakyat Malaysia berada pada tahap Terhad: 27.05%, Mencukupi: 48.5% dan Cemerlang : 24.5%. Manakala, Indeks Hidup Sihat Malaysia (Malaysia Healthy Lifestyle Index) 2022 melaporkan 39% dewasa mencapai skor indeks di tahap rendah, 29% di tahap sederhana dan 32% di tahap tinggi.

Tembuni Berdarah Menghantui di Pawagam 25 September 2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Berbeza dengan filem genre seram tempatan lain yang pernah berada di pasaran sebelum ini, TEMBUNI BERDARAH mengangkat isu pemakaian susuk dalam dunia estetika kecantikan serta perbezaan ideologi di antara generasi lama dengan generasi baharu tentang penggunaan amalan syirik sebagai jalan pintas untuk berjaya.


Tuesday, September 16, 2025

Pergi Langkawi 3 Minggu Berturut-Turut Tapi Kali Ini Dengan Keluarga

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kalau korang dah baca cerita aku pergi Langkawi with my best friend di entri sebelum ini, entri yang korang tengah baca sekarang nie merupakan sambungan percutian aku ke Pulau Langkawi kali ke-3 dalam 3 minggu berturut-turut. Tahun 2021 masa kerajaan membenarkan kita menaiki kapal terbang, berduyun-duyun orang rancang perjalanan menuju ke Pulau Langkawi. Ini termasuklah keluarga aku.

Tragedi Malang Spoil Mood Bercuti di Langkawi

Assalamualaikum dan salam sejahera

Kali nie aku nak throwback jauh sekali. Kejadian yang berlaku pada tahun 2021. Masa nie, dunia masih dalam era covid yang mana sekatan perjalaanan kerap dikuatkuasakan. Bila PKP diangkat sekejap, kita ambil kesempatan ini untuk berjalan-jalan. Masa nie baru-baru dibuka kebenaran untuk menaiki kapal terbang. Harga tiket kapal terbang sangat murah masa nie. Tak silap aku bawah RM100 ringgit kot untuk perjalanan sehala. 

Thursday, September 11, 2025

BluntSheep Melancarkan Mini Album Berjudul Di Puncak Dunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kuala Lumpur, 8 September 2025 - Kumpulan muzik tempatan BluntSheep naungan Padu Records dengan bangganya melancarkan sebuah mini album istimewa berjudul “Di Puncak Dunia”. Album ini menampilkan empat buah lagu, termasuk lagu utama bertemakan patriotik, “Di Puncak Dunia”, yang membawa mesej perjuangan, perpaduan, dan aspirasi untuk mengangkat nama Malaysia Di Puncak Dunia.

Zfix Cipta Rekod Dalam Malaysia Book of Records Bagi Kategori Penukaran Bateri iPhone Terbanyak Dalam Masa 12 Jam

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Zfix, jenama tempatan yang terkenal dengan kepakaran dalam perkhidmatan pembaikan dan penyelenggaraan telefon pintar telah melakar sejarah menerusi satu cubaan mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori "Penukaran Bateri iPhone Terbanyak Dalam Masa 12 Jam". Acara bersejarah ini berlangsung pada Ahad, 7 September 2025, bermula jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam bertempat di New Branch Zfix di Bangunan PKNS Bizpoint, 67, Jalan Pumbum P7/P, Seksyen 7, Shah Alam.

Friday, September 5, 2025

Pelancaran Kempen NEX & Fattah Amin Bersama Palestin

Assalamualaikum dan salam sejahtera

NEX bersama Fattah Amin dengan rendah diri melancarkan kempen solidariti khas "NEX & Fattah Amin Bersama Palestin" yang bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Iisiatif ini bukan sekadar kutipan dana, ia adalah sebuah gerakan untuk menyatukan rakyat Malaysia melalui keperluan harian, membuktikan bahawa walaupun tindakan sekecil seperti membeli sebotol air mampu membawa harapan kepada rakyat Palestin.


Monday, September 1, 2025

Impromptu Trip ke Lata Tengkoh Penyel, Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kali nie nak cerita pergi bermandi-manda di Lata Tengkoh Penyel yang terletak dekat Perak. Kejadiannya pada bulan Oktober tahun 2023. Ya, tahun 2023. Korang tak silap baca. Aku pon tak tahulah kenapa baru sekarang rajin nak menulis cerita nie. Korang baca jelah erk. Jangan banyak songeh.

Rombongan Acik-Acik ke Hatyai Thailand

Assalamualaikum dan salam sejahera

Kali nie aku nak cerita pergi Thailand dengan satu family dan sanak saudara ke Hatyai Thailand. Ini cerita tahun November 2023 ya guys. Masa nie, aku baru je pergi Hatyai dengan kawan-kawan blogger. Ini pergi sekali lagi kesana. Kalau ikutkan, malas nak membazir duit pergi sekali lagi ke tempat yang sama, tapi sebab satu keluarga pergi, kita pergilah lagi sekali.