Saturday, April 2, 2022

Supercube Terus Mencipta Nama Biarpon Banyak Saingan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Supercube tetap mencipta nama melahirkan ramai jutawan melalui hasil penjualan produknya. Ini merupakan satu pencapaian yang cukup membanggakan sekiranya ambil kira keadaan pandemik yang rata-rata semua industri mengalami kegawatan ekonomi. Tapi ini tidak terjadi pada Supercube. Ikuti butirannya !


Nama Supercube memang tidak asing lagi kerana aku percaya, ramai sudah sedia maklum akan kehebatan produknya. Minuman herba premium yang diproses menjadi sebuah kiub kecil yang dipek satu per satu ini mendapat permintaan yang cukup tinggi daripada orang ramai. Khasiat dan manfaat meminum minuman herba Supercube ini berbeza mengikut perisa yang dihasilkan. Sehingga kini, sudah ada beberapa perisa yang dihasilkan untuk memberikan manfaat yang berbeza pada pengguna.


Siapa sangka, dalam satu tahun pengenalan jenama ini ke dalam industri, jualan Supercube mencecah RM20.5 juta. Ini merupakan satu pencapaian luar biasa buat jenama baharu di pasaran. Mereka mensasarkan jualan sebanyak RM30 juta di akhir tahun 2022.


Buat pengetahuan semua, pengenalan awam Supercube dihasilkan tidak pernah membicarakan soal untung dan jualan berjuta ringgit. Pengenalan Supercube adalah untuk membantu rakyat yang terkesan dengan pandemik Covid-19 ini. Oleh kerana sedar akan kegawatan ekonomi ketika penubuhannya itu, Supercube memperkenalkan meniaga produk-produk Supercube tanpa modal. Bila tanpa modal, makanya tiada risiko.


Aku percaya, bila bab perniagaan semua orang takut rugi. Takut berdepan dengan jualan tak laku. Ya, ketakutan itu munasabah. Siapa yang mahu rugi dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil nie, betul tak ? Pengenalan meniaga tanpa risiko dengan Supercube ini ternyata memberikan rezeki yang melimpa ruah buat stokis dan ejennya. Dalam masa setahun, Supercube melahirkan 15 orang jutawan. 


15 jutawan ini telah diraikan dan diangkat namanya sewaktu majlis gala makan malamnya yang telah berlangsung di Grand Dorsett Subang pada baru-baru ini. Majlis makan malam itu juga turut menyaksikan kehadiran duta Supercube iaitu pelakon cantik jelita, Amyra Rosli. Malam tersebut juga turut dihiburkan dengan penampilan penyanyi dan pencipta lagu yang cukup berbakat, Hazama dan violinis kacak yang sering tular di aplikasi Tiktok, Aqmal Daniel.



Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Supercube, Pn Hayfa Amira Ahmad Kamal sewaktu di majlis tersebut berkata ramai orang takut menceburi bidang perniagaan yang bercorak berkumpulan seperti ini kerana takut risiko kerugian. Oleh itu, beliau merangka perniagaan yang boleh diceburi oleh semua orang tanpa risiko. Perancangan ini dikira berjaya kerana walaupun baru setahun jagung penubuhannya, ia telah melahirkan seramai 26 ribu ejen dan pengguna setia produk ini.


Malam tersebut turut menyaksikan pelancaran produk Supercube baharu bersempena bulan Ramadan tidak lama lagi iaitu Superbytes. Superbytes merupakan sejenis coklat putih campuran oat dan kurma yang boleh membekalkan tenaga ketika menjalani ibadah puasa. 



Untuk yang tidak tahu, Supercube kini telah memiliki tujuh jenis produk termasuk yang dilancarkan pada malam ini. Empat jenis Supercube Molasses Herbs Drink merupakan minuman pertama herba dalam bentuk kiub, Soothe Mist minyak angin natural moden, Teresak Exfoliator skrub yang diinspirasikan dari mandian herba ibu berpantang dan yang terbaharu, Superbytes, snek kiub yang sangat sesuai dimakan sewaktu bersahur.


Sempat juga bertanyakan rahsia kejayaan Penerima Anugerah Jutawan Supercube 2021. Nadrah Fazlina yang merupakan suri rumah sepenuh masa sebelum ini berjaya mendapatkan jualan RM5 juta lebih dengan sokongan ejen-ejen Rocketeers nya seramai lebih kurang 5000 ejen. Ibu kepada tiga anak ini hanyalah surirumah sepenuh masa dan tidak menyangka mampu mendapat jualan sehingga RM5 juta lebih dengan zero modal. Beliau cukup bersyukur dengan hasil jualan Supercube ini dapat membelikan ibu bapanya sebuah kereta dan dapat membawa suaminya mengerjakan ibadah umrah. 


Cukup kagum melihat kejayaan-kejayaan penerima anugerah Supercube pada malam tersebut. Kejayan mereka sedikit sebanyak menjadi semangat untuk saya terus maju kehadapan dan berani untuk ambil peluang yang ada. Dengan tekad dan usaha, insyaAllah semua yang diusahakan pasti membuahkan kejayaan.

Supercube International Sdn Bhd
No 9 Jalan Linggis 15/24, Seksyen 15, 40200 Shah Alam
Tel : 010-319 3219

1 comment:

  1. Hai semua, saya Syima agen Supercube. Jika berminat nak cuba supercube atau nak jadi agen, boleh whatsapp 019-9593125

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...