Sunday, April 10, 2022

Ainaa Clinic Akhirnya Dibuka Kepada Umum

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tahniah buat Syafiqah Aina dan juga Hafiz Mahamad di atas pembukaan klinik aestetik pertamanya di Bandar Baru Bangi. Satu pencapaian yang cukup bermakana untuk mereka berdua setelah banyak diuji dalam merealisasikan impian untuk membuka klinik ini.

Ainaa Clinic

Banyak wang sudah dibelanjakan dalam proses nak membuka klinik ini. Menurut Hafiz Mahamad, pengubahsuaian klinik itu sahaja telah memakan belanja sebanyak RM1 juta ringgit. Itu tidak termasuk sewa yang perlu ditanggungnya sepanjang musim PKP dikuatkuasakan selama 2 tahun. 2 tahun membayar sewa bangunan tanpa meraih sebarang keuntungan kerana tidak dapat dibuka pada umum sepanjang tempoh itu.

Ainaa Clinic

Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina cukup sebak ketika di majlis pelancaran kliniknya itu kerana banyak onak dan duri dalam proses pembukaan klinik itu. Baik dari segi wang ringgit, mahupun kecaman netizen. Pembukaan Ainaa Clinic merupakan satu kejayaan buat mereka berdua kerana sejak penubuhan Ainaa Beauty pada tahun 2018, mereka sudah merangkan masa depan untuk Ainaa Empire termasuk staff pengurusan, ejen dan juga stokis.

Ainaa Clinic

Ainaa Clinic akan diterajui oleh dua orang doktor bertauliah dalam bidang estetik dan 3 orang beautician yang cukup terlatih. Desas desus netizen mempersoalkan kredibiliti Ainaa membuka klinik estetik kini terjawa. Syafiqah Aina dan Hafiz Mahamad hanyalah pengasas klinik tersebut namun segala operasi yang melibatkan perubatan estetik dikendalikan oleh doktor yan bertauliah.

Ainaa Clinic

Ainaa Clinic

Atas faktor ini juga, proses untuk mendapatkan lesen pembukaan Ainaa Clinic sangatlah rumit sehingga terpaksa melalui banyak proses pengiktirafan dan pandemik menambahkan lagi kerumitan yang ada. Oleh sebab itu, proses tersebut mengambil masa yang cukup lama. Ainaa Clinic yang asalnya dijadualkan untuk dibuka tahun lalu terpaksa ditangguh sehinggalah ke tahun ini.

Ainaa Clinic

Kini, Ainaa Clinic dibuka sepenuhnya dan pelanggan sudah boleh mula membuat temujanji untuk mendapatkan rawatan yang disediakan di klinik tersebut. Rawatan bermula serendah RM100 lebih mengikut keperluan kulit dan masalah kult pelanggan. Antara prosedur kecantikan yang disediakan di Ainaa Clinic ialah : 
  • Prosedur Estetik (Chemical & Acne’ Peel, Laser untuk jeragat, pigmentasi, parut & pencerahan kulit, Suntikan ‘Platelet-Rich Plasma’ (PRP), Rawatan wajah biasa, esklusif & premium, Konsultasi)
  • Ujian alergi (ujian darah)
  • Pemeriksaan Kesihatan Umum

Ainaa Clinic

Menurut Zura Podszi, iaitu salah seorang daripada 3 pengasas Ainaa Clinic ini berkata, rancangan untuk menambahkan cawangan Ainaa Clinic memang ada. Namun pembukaan cawangan Ainaa Clinic hanya dibuka untuk stokis Ainaa Beauty sahaja dahulu. Sekiranya stokis-stokis Ainaa Beauty tidak berminat, barulah peluang itu dibuka kepada umum. Beliau cukup tidak sabar dan sentiasa berdoa agar kejayaan selalu menyebelahi Ainaa Clinic.

Ainaa Clinic

Sekiranya anda di luar sana ingin mendapatkan rawatan kulit dan estetik, boleh berkunjung ke Ainaa Clinic bermula 1 April 2022. Namun cukup dinasihatkan supaya membuat temujanji telebih dahulu supaya tidak menunggu lama. Bolehlah menghubungi talian berikut : 011-6521 7002.

Ainaa Clinic

Ainaa Clinic 
A-G-9, Blok A, Jalan Ostia Utama, Taman Ostia Bangi, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Waktu operasi : Setiap hari dari jam 10 pagi sehingga jam 10 malam


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...