Sunday, April 3, 2022

Ejen2u : Platform Pengurusan Ejen Yang Cukup Sistematik

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ini aku berkesempatan melawat pejabat Ejen2u yang terletak di IoI Conezion Putrajaya. Untuk mereka yang belum tahu, Ejen2u merupakan sebuah platform sistem pengurusan ejen paling komprehensif. Ikuti butirannya.


Sejak kebelakangan ini, perniagaan tumbuh bagai cendawan. Baik perniagaan industri pemakanan, industri automotif, industri kecantikan, mahupun industri perkhidmatan. Rata-rata kini ramai yang lebih memilih untuk menceburi bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan hidup. Perniagaan di zaman kini pula lebih cenderung kepada perniagaan yang mempunyai sistem ejen, sistem stokis yang berkonsepkan ala-ala sistem piramid tetapi tidak. 

Mengambil kira trend ini, 3 pemuda hebat bernama Taufiq Zakir, Sheikh Ezaiddin dan Imran Hadi mula mengumpulkan data dan menggubal sebuah platform pengurusan ejen supaya pengurusan lebih cemerkap dan sistematik. Maka terlahirlah Ejen2u yang dibangunkan pada 23 September 2019.


Melalui platform ini, ia dipercayai dapat membantu pemilik perniagaan untuk menjana lebih banyak pendapatan serta pulangan yang besar menerusi sistem ejen yang sistematik ini. Menurut salah seorang pengasas Ejen2u, Sheikh Ezaiddin berkongsi bagaimana hendak membangunkan sebuah sistem pengurusan. Ia sebenarnya bukanlah satu hal yang mudah dan murah. Malah kos perbelanjaan untuk membuat sistem ini sehinggakan ada yang boleh mencecah RM50,000.

Dengan platform Ejen2u, langganan bulanan hanyalah serendah RM700 sahaja. Tawaran ini hanya untuk perniagaan kecil yang mensasarkan jualan sebanyak RM360K sahaja kerana sekiranya syarikat perniagaan mensasarkan jualan yang lebih tinggi, sistem itu mestilah lebih besar dan mampu untuk memenuhi kriteria jualan yang disasarkan.


Setakat hari ini, Ejen2u sudah mempunyai lebih 200 klien dengan lebih 2 ratus ribu ejen. Pejabat yang saya kunjungi tersebut mempunyai staff seramai 48 orang dan 6 daripadanya berasal daripada negara Indonesia. Sistem ejen yang digubal pada asalnya 3 orang, kini sudah mampu memiliki staf seramai itu. Hebat !

Kenapa anda sebagai pemilik perniagaan harus memilih ejen2u?
  1. Brand promise - Akan sentiasa memberi sokongan kepada syarikat yang meneyrtai Ejen2u
  2. Affordable - Jika diikutkan harga untuk satu sistem adalam RM50k tetapi dengan Ejen2u hanya bermula serendah RM700 (langganan sebulan).
  3. Data integriti - Sentiasa update dan memilih yang terbaik untuk pelanggannya. Buat masa sekarang Ejen2u menggunakan Amazon Service (kerana percaya pada jaminan keselamatan yang tinggi).
  4. Staff Ejen2u yang cukup berpengalaman dan terlatih - Ini terutama dalam menguruskan sistem ejen yang semakin hari semakin kompleks dengan pembangunan sistem yang semakin besar.
  5. Income protection plan - Ini bagi memastikan kebajikan ejen terjaga jika berlaku sesuatu yang tidak dijangka.
  6. Telus - Boleh lihat sendiri jumlah pendapatan, berapa ejen yang aktif dan sebagainya di laman sesawang mereka.


Apa yang menarik sistem Ejen2u iniialah pengiraan koisen dan reward secara automatik. Ini merupakan satu peranan yang cukup penting bagi memastikan ejen yang membuat jualan terbaik dapat ganjaran yang sepatutnya. Dengan adanya sistem seperti ini, kita dapat mengelakkan "human error" yang kadang-kadang berlaku tanpa kita sedar. Sistem ini termasuklah memaparkan pengiraan, penyata pendapatan setiap ejen dan juga susur galur komisyen yang diperoleh.


Walaupun baru 3 tahun sistem Ejen2u ini dibangunkan, namun klien mereka sudah cukup ramai. Antaranya ialah Oh Most Wanted, Al-Fateh, Kekasih, Chocodap's, CMW Cookies Most Wanted dan pelbagai lagi. Sekiranya kalian inginkan butiran lebih lanjut mengenai sistem ini, bolehlah layari laman sesawang mereka di www.ejen2u.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...