Saturday, April 9, 2022

Buffet Ramadan 2022 : Lugar De La Boda, Puchong

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kali nie aku nak bawa korang lokasi berbuka puasa aku haritu. Kebetulan ada hal sedikit dekat Puchong, alang-alang tu cari tempat berbuka sekali. Maka terjumpalah Lugar De La Boda Puchong nie. Dari jauh dah nampak lokasi dia sebabkan lampu-lampu yang dipasang di sekeliling khemahnya. Ikuti butirannya !

Buffet Ramadan 2022 : Lugar De La Boda, Puchong

Untuk pengetahuan semua, Lugar De La Boda ini diuruskan oleh Hanana Group Sdn. Bhd. Ini merupakan kali pertama aku sampai ke kawasan dan lokasi buka puasa nie. Buffet Ramadan yang disajikan diberi tema Iftar Ramadan. Rupanya, sudah bertahun-tahun Lugar De La Boda menghidangkan buffet bersempena bulan Ramadan.

Buffet Ramadan 2022 : Lugar De La Boda, Puchong

Buffet Ramadan 2022 : Lugar De La Boda, Puchong

Tahun ini, terdapat lebih 60 jenis hidangan dan terdapat 10 gerai di mana ia disediakan di dalam dan di luar dewan. Kesemua hidangan yang disediakan lengkap dari pembuka selera sehinggalah ke pencuci mulut, pasti buat anda kenyang dan puas hati.



Untuk menu utama, Lugar De La Boda Puchong menghidangkan nasi yang boleh dimakan bersama lauk pauk seperti Ayam Masak Merah, Ayam Goreng Berempah, Daging Gulai Kawah, Ikan Goreng Cili Padi, Kupang Goreng Pedas, Sambal Sotong, Sambal Paru dan banyak lagi.



Seterusnya, terdapat 10 gerai makanan dan 'Live Cooking' yang anda wajib cuba iaitu Kambing Grill Hanana dan Blackpepper Sauce, Roti John Adik Manis, Char Kuew Tiaw Abang Tanjung, Dim Sum Cheng Ho, Tepanyaki Tokyo, Noodle Station, Air Balang Pasar Malam, ABC Mountain, Fried Corner, Ais Krim Corner dan Soup Of The Day.



Tidak lengkap kalau berbuka tanpa pencuci mulut. Meja buffet pencuci mulut di sini memang sangat meriah ya.Penuh dengan warna-warni. Cantik je tersusun atas meja. Rasa sayang nak rosakkan. Tapi lagi sayang kalau tak makan. Hahahaha



Di meja bufet, terdapat banyak pencuci mulut seperti Bubur Of The Day, Buah-Buahan Tempatan, Kuih-Muih Melayu, Kek, Dadih dan beberapa hidangan lain.

Buffet Ramadan 2022 : Lugar De La Boda, Puchong
Persiaran Prima Utama, Taman Puchong, Lot 65083, Persiaran Tasik Prima 4, Lake Vista, 47100 Puchong, Selangor.

Waktu operasi : Sepanjang bulan Ramadan 2022 (7 April 2022 hingga 30 April 2022)

Dewasa : RM69
Kanak-Kanak (6-12 Tahun) : RM35
Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) : RM35
1 Meja (Maksimum 8 Pax) : RM520

Untuk tempahan, sila hubungi : 
016-3111074 - ZURAINI
016-4318434 - LIANA
016-6700473 - SHAIDATUL
016-6700752 - HANIS
016-6700457 - FARAH
016-6700471 - AIDA

Buffet Ramadan 2022 : Lugar De La Boda, Puchong

Jom pakat ramai-ramai datang berbuka puasa di Lugar De La Boda Puchong !

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...