Wednesday, April 6, 2022

Kolaborasi Datin Rita Sosilawati bersama E.S.H. Electrical dalam Program CSR "Bersama Menyemarakkan Keikhlasan di Hari Raya"

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ini aku berkesempatan untuk menghadiri majlis berbuka puasa E.S.H x Datin Rita Sosilawati di Bangsar Shopping Centre. Datin Rita Sosilawati telah dilantik sebagai Duta ESH Raya 2022 sempena bulan Ramadan dan hari raya aidilfitri yang akan datang. Ikuti butirannya !


Kerjasama antara Datin Rita Sosilawati dengan ESH Electrical adalah untuk menjayakan program CSR untuk membantu mangsa-mangsa banjir yang terkena musibah banjir pada baru-baru ini. Dengan tema "Bersama Menyemarakkan Keikhlasan di Hari Raya" dipilih bagi menyebarkan kebaikan dan membantu mereka yang memerlukan. Oleh itu, ESH Electrical Sdn Bhd bersetuju untuk menderma barangan elektrik kepada kira-kira 200 keluarga yang terjejas.



Datin Rita Sosilawati pula akan melengkapkan sumbangan itu dengan menyediakan barangan keperluan seperti beras, gula, tepung, dan bekalan makanan lain untuk membantu keluarga-keluarga yang terjejas. Diharapkan dengan sumbangan ini, mereka dapat menyediakan masakan untuk bersahur dan berbuka puasa. Datin Rita Sosilawati berharap sumbangan kecil ini dapat meringakan beban mereka yang terjejas kerana bencana itu.


Bukan itu sahaja, Datin Rita Sosilawati yang mewakilkan kedua-dua pihak telah melawat ke Kampung Kemat dan Kuala Menjing untuk bertemu sendiri dengan keluarga-keluarga terjejas dan mengagihkan barangan keperluan tersebut kepada mereka. Usaha ini dibantu oleh PANDAN (Persatuan Anak Niaga dan Aktiviti Nirmala).


Program ini telah dilancarkan secara rasmi di kedai E.S.H Electrical yang terletak di Tingkat 3, Bangsar Shopping Centre. Untuk butiran lanjut mengenai usaha membantu keluarga-keluarga mangsa banjir ini boleh terus ke kedai fizikal ESH Electrical ataupun kaunter khidmat pelanggan E.S.H Electrical. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...