Sunday, April 24, 2022

Starvendors Mega Raya Fest 2022 Adakan Jualan Selama 75 Jam Tanpa Henti

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Setelah dua tahun kita berada dalam era pandemik Covid-19, tahun ini akhirnya kita dapat rasai semula nikmat menyambut perayaan aidilfitri yang bakal kunjung tiba tak lama lagi. Banyak usahawan terjejas disebabkan pandemik ini akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Namun tahun ini bakal memberikan nafas baharu buat usahawan tempatan dengan adanya jualan beli belah terbesar tanah air, Starvendors, sempena sambutan Syawal. Ikuti butirannya !


Starvendors Mega Raya Fest 2022 yang dianjurkan di World Trade Centre (WTC) menyaksikan jualan 75 jam tanpa henti bermula 22 April sehingga 25 April ini. Jika di tahun 2019 menyaksikan kehadiran seramai 1.2 juta pengunjung ke Starvendors dalam masa 72 jam jualan tanpa henti, tahun ini Starvendors menyasarkan nilai pengunjung yang lebih tinggi kerana sudah 2 tahun acara sebegini tidak diadakan.



Ketika di Majlis Perasmian Starvendors Mega Raya Fest 2022, turut menyaksikan kehadiran Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar, merangkap perasmi majlis tersebut. Beliau juga turut meluangkan masa berbuka puasa dan melawat ruangan pameran dengan berkunjung ke booth-booth vendor di situ. 


KUSKOP melalui SME Corp. Malaysia telah membantu membiayai sebahagian daripada kos penyertaan vendor di festival ini. Ini bagi menyuntik semangat para usahawan untuk terus maju dan tidak putus asa, sekaligus membantu dalam merancakkan semula aktiviti perniagaan supaya ekonomi terus berkembang. Menurut Ifa Raziah, iaitu Pengarah Urusan dan Pengasas Starvendors Event Sdn. Bhd., matlamat penganjuran kali ini tetap sama seperti sebelumnya iaitu untuk memberi platform kepada usahawan tempatan untuk berniaga. Malah, Starvendors akan turut menjelajah di beberapa lokasi dalam negara seperti Kedah, Pahang, Sabah dan Sarawak. 



Acara kemuncak festival tahun ini akan diserikan lagi dengan kehadiran YAB Perdana Menteri Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob pada malam 24 April 2022. Malam itu juga akan diadakan cabutan bertuah yang menawarkan 2 hadiah utama iaitu motosikal RXZ. Pengunjung hanya perlu membuat pembelian serendah RM50 dalam satu resit dari mana-mana gerai jualan yang ada serta membeli produk premium keluaran Starvendors bernilai dari RM10 untuk melayakkan mereka menyertai peraduan Shop & Win Havoc di Starvendors Mega Raya Fest ini. 


Juga turut menyaksikan pembabitan 55 artis terkenal tanah air yang turut membuka booth dan menjual rangkaian produk mereka sendiri. Antaranya ialah Dato' Sri Siti Nurhaliza, Dato' AC Mizal, Dato' Sri Vida, Dato' Aliff Syukri, Hairul Azreen, Hanis Zalikha, Shaheizy Sam, Fattah Amin, Fazura dan ramai lagi. Memang begitu meriah sekali Starvendors Mega Raya Fest 2022 kali ini. Mana tidaknya, ia turut ditaja oleh Serifa Beauty, Secret Desire, Origina, Sugarbomb, Todak, Doctor Kayu dan Semblance. Juga tidak ketinggalan rakan media iaitu Suke. TV Ideaktiv dan Suria FM.


Jom ramai-ramai datang dan membeli-belah di Starvendors Mega Raya Fest 2022 di WTC bermula 22 April sehingga 12 tengahari 25 April 75 jam tanpa henti.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...