Assalamualaikum dan salam sejahtera
AEON buat pertama kalinya memperkenalkan Program Star Rewards yang menampilkan sebuah jenama peralatan memasak berkualiti iaitu Neoflam ini mengadakan kolaborasi bersama selebriti chef yang cukup terkenal dan sensasi Malaysia, Chef Wan. Ikuti butirannya !
Untuk pengetahuan semua, peralatan memasak Neoflam ini diimport dari Korea Selatan. Ia sangat berkualiti tinggi dengan rekabentuk yang moden. Teknologi EcolonTM yang terdapat di peralatan memasak Neoflam ini menjadikannya ia tahan lasak dan tidak melekat. Mudah untuk dibersihkan selepas memasak menggunakannya.
Bercakap mengenai program AEON Star Rewards, Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Dagangan dan
Pemasaran AEON berkata pemilihan Chef Wan sebagai duta koleksi peralatan memasak Neoflam adalah tepat kerana makanan dan masakan tidak dapat dipisahkan dengan budaya dan cara hidup rakyat Malaysia. Nama Chef Wan tidak perlu diperkenalkan lagi. Rata-rata memang semua mengenali individu ini. Kepakaran beliau dalam dunia masakan tidak dapat disangkal lagi. Bukan sahaja terkenal dalam tanahair, malah di luar negara juga.
Program Star Rewards yang sebelum ini dikenali sebagai “Program Kesetiaan
Pelanggan AEON” (AEON Customer Loyalty Programme), membolehkan pelanggan
mengumpul setem pada setiap pembelian luar talian dan dalam talian di AEON dan
menukarnya untuk membeli alat memasak Neoflam dengan beberapa tawaran dan
ganjaran yang lain.
Melalui program ini, pelanggan akan diberi 1 keping setem (untuk bukan ahli) dan 2
keping setem (untuk ahli AEON) bagi setiap perbelanjaan sebanyak RM30 di AEON
secara fizikal manakala pembelian menerusi aplikasi iAEON pula akan menerima e-setem.
Tambahan 3 setem akan diberikan kepada ahli AEON yang membeli melalui AEON
Member Plus, AEON Credit Card atau AEON Wallet.
Selepas mengumpul bilangan setem minima (20 setem fizikal untuk ahli AEON, 15
setem fizikal untuk bukan ahli dan 8 e-setem), para pelanggan boleh menebus setem-setem tersebut untuk membeli produk-produk Neoflam dengan harga yang cukup menarik.
Untuk maklumat lanjut serta terma dan syarat AEON Star Rewards, sila layari
www.aeonretail.com.my
Alhamdulillah dah dapat satu periuk memasak dari Neoflam sewaktu majlis dijalankan. Berjaya menjawab soalan yang Chef Brian ajukan, dapatlah satu periuk. Rezeki nak masuk bulan Ramadan agaknya. Bolehlah masak menu-menu berbuka nanti dengan periuk baru. Hihi
No comments:
Post a Comment