Saturday, April 16, 2022

Pelbagai Tawaran Menarik Dalam Aplikasi Marrybrown

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ini aku ada nampak satu twit viral di Twitter yang mengatakan kita boleh beli satu bucket ayam Marrybrown dengan harga RM5 sahaja. Masa baca mula-mula tu, macam tak percaya juga. Yelah, 5 ketul ayam kot. Mustahil betul dapat beli dengan harga RM5. Oleh kerana penasaran, aku pon muat turun aplikasi Marrybrown. Ikuti butirannya !


Sekali betul daa. Memang ada tawaran satu bucket ayam dengan harga RM5.Tapi kena sentiasa peka dan pantas untuk grab voucher RM5 tu dalam aplikasi sebab bilangan voucher sangat terhad. Bertuahlah sapa yang dapat beli satu bucket ayam dengan harga RM5. Jarang-jarang berlaku restoran makanan segera bermurah hati macam nie. Memang bertuahlah orang tu. Dan orang itu adalah aku. Muahahahaha !


Yer, aku dapat beli satu bucket ayam yang mengandungi 5 ketul ayam dengan harga RM5. Fuhhhh ! Memang rezeki betul dapat grab voucher tu masa voucher tu diaktifkan. Untuk mereka yang tak sempat nak grab voucher RM5 untuk 5 ketul ayam tu, jangan risau sebabnya banyak je lagi voucher-voucher diskaun lain dalam aplikasi Marrybrown tu. Sebab tu aku cukup sarankan supaya korang muat turun aplikasi Marrybrown sekarang sebabnya memang berbaloi beli guna voucher-voucher nie. Harga kadang tu sangat tak masuk akal.



Alang-alang pergi tebus voucher haritu, kita grab sekali voucher-voucher lain. 5 ketul ayam mana cukup untuk buka puasa dekat rumah aku. Isi rumah aku semuanya macam piranha. Sekali makan tak ingat dunia. Ouh ya, aku dah bagi tahu belum, untuk ahli baru yang mendaftar dalam aplikasi Marrybrown tu akan dapat satu ketul ayam percuma ? Hah, sekarang korang dah tahu kan. Cepatlah mendaftar. Boleh tebus ayam percuma nanti.


Seronok pula ada aplikasi Marrybrown nie. Setiap masa nak cek ada ke tidak kupon baharu untuk di grab. Nak tebus pon mudah, tak renyah. Sangat mesra pengguna. Tunggu apa lagi ? Cepatlah muat turun dan mendaftar sekarang. Untuk maklumat lanjut mengenai aplikasi Marrybrown ataupun tawaran yang ada, bolehlah rujuk di pautan yang berikut :

Twitter : @MarrybrownMY
Instagram : @MarrybrownMY
Laman sesawang : https://marrybrown.com/


1 comment:

  1. Banyak dia redeem ek.. Macam berbaloi je nak install apps ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...