Monday, March 28, 2022

Buffet Ramadan 2022 : Dorsett Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ramadan tiba Ramadan tiba. Semakin hari semakin dekat kita dengan bulan Ramadan. Rasa tak sabar dan teruja nak menyambut kedatangan Ramadan. Dah cari lokasi buffet Ramadan untuk berbuka puasa nanti ? Kalau belum, ayuh aku bawa korang ke lokasi buffet Ramadan yang boleh dimasukkan dalam senarai iaitu di Dorsett Kuala Lumpur.

Buffet Ramadan 2022 : Dorsett Kuala Lumpur

Dorset Hotel Kuala Lumpur ini terletak di Bukit Bintang dan sangat berhampiran dengan Pavillion KL. Baru-baru ini aku berkesempatan untuk mencuba sendiri buffet Ramadan mereka. Tahun ini, Dorsett Kuala Lumpur memilih tema Juadah Kampungku. Dengan nama tema tersebut pon korang dah boleh agak apa menu-menu yang bakal ada, betul tak ?

Buffet Ramadan 2022 : Dorsett Kuala Lumpur

Apa yang aku perasan, rata-rata memang ramai memilih tema yang berkaitan kampung. Mungkin kerana pandemik dan kawalan pergerakan yang kita alami selama 2 tahun, membuatkan banyak hotel memilih tema kampung untuk membawa kenangan berbuka dengan menu-menu yang biasa kita jumpa sewaktu pulang ke kampung.

Buffet Ramadan 2022 : Dorsett Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2022 : Dorsett Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2022 : Dorsett Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2022 : Dorsett Kuala Lumpur

Makanya, banyaklah menu-menu tradisional masyarakat Melayu akan dihidangkan sepanjang buffet Ramadan ini berlangsung di Dorsett Kuala Lumpur. Buffet Ramadan ini akan berlangsung bermula 8 April sehingga 28 April 2022. Ya, tak lama. Hanya 20 hari sahaja buffet Ramadan ini berlangsung di Dorsett Kuala Lumpur. Cepat tempah tarikh sekarang.

Buffet Ramadan 2022 : Dorsett Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2022 : Dorsett Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2022 : Dorsett Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2022 : Dorsett Kuala Lumpur

Di buffet Ramadan ini, pengunjung dapat menyaksikan hidangan yang cukup sinonim sewaktu hari raya seperti ketupat dan juga lemang. Tak lupa juga, terdapat menu Laksa, Kambing Panggang, Nasi Ulam-ulaman, Ikan Patin Masak Tempoyak, Siput Sedut Masak Lemak Cili Api dan banyak lagilah. Kalau senaraikan semua nanti sampai besok pon tak habis. 

Buffet Ramadan 2022 : Dorsett Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2022 : Dorsett Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2022 : Dorsett Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2022 : Dorsett Kuala Lumpur

Apa yang aku suka ialah menu-menu pencuci mulutnya. Meriah meja pencuci mulut di Dorsett Kuala Lumpur nie. Macam-macam ada. Antaranya ialah kuih-muih tradisional Melayu, Sagu Gula Melaka, aneka perisa kerk, cendol dan ABC, puding, dan macam-macam lagi. Memang cukup meriah dan berwarna-warni. Rambang mata dibuatnya.

Buffet Ramadan 2022 : Dorsett Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2022 : Dorsett Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2022 : Dorsett Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2022 : Dorsett Kuala Lumpur

Dewasa : RM108
Kanak-kanak (4 hingga 11 tahun) : RM78
Warga emas (60 tahun keatas) : RM 88

Sebarang tempahan, boleh klik di pautan yang berikut : TEMPAH

Buffet Ramadan 2022 : Dorsett Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2022 : Dorsett Kuala Lumpur

Apa tunggu lagi ? Cepat tempah sekarang sementara tempat duduk masih ada. Ayuh !


<

1 comment:

  1. Banyaknya pilihan menu dia, siap ada nasi ulam tu kan? Sedap-sedap.. harga pun berbaloii.. boleh cuba ni nanti...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...