Sunday, March 27, 2022

Pemeteraian Perjanjian antara UiTM dan JV Auto Lube Sdn Bhd untuk Menjalankan Kajian Pelincir yang Bertaraf Antarabangsa

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ini aku ada menghadiri satu majlis memeterai satu memorandum persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan JV Auto Lube SDN BHD bagi melaksanakan satu kaji selidik penghasilan formula baharu pelincir automotif yang bertaraf antarabangsa. Ikuti butirannya !


Perjanjian ini telah berlangsung di bangunan Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam pada 16 March yang lalu. Majlis perjanjian ini telah disempuranakan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UiTM, Prof Ts Dr Norazah Abdul Rahman dan Pengarah Urusan JV Auto Lube Sdn Bhd, Mohmd Zaidi Mohmd Squade. Turut hadir di majlis itu juga adalah Dekan (Jaringan Industri, Komuniti & Alumni ICAN, UiTM, Prof Dr, Hamidah Mohd Saman serta Ketua Pegawai Eksekutif JV Auto Lube Sdn Bhd, Muhammad Razali.


Majlis perjanjian ini turut diikuti dengan penyerahan cek bernilai RM45,000 daripada JV Lube Sdn Bhd kepada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UiTM bagi menjalankan kajian dan penyelidikan ke arah menghasilkan pelincir yang sama tinggi kualitinya dengan buatan antarabangsa. Ia juga bertindak sebagai sebuah gran untuk menjalankan kajian bagi menemukan satu formula terbaik yang dapat dihasilkan antara pihak industri dan penyelidik di UiTM.



Selain dapat menghasilkanformula pelincir yang terbaik, kolaborasi ini berharap dapat melahirkan lebih ramai tenaga pakar yang mampu menghasilkan formula pelincir automatif yang bertaraf antarabangsa. Ini dapat membuktikan bahawa rakyat Malaysia khususnya Bumiputera juga mampu bersaing di peringkat global dan kemampuan kita tidak dipandang enteng. Harapnya ia dapat menyelessaikan isu kekurangan pakar tempatan dalam industri automotif khususnya dalam penciptaan pelincir yang boleh bersaing sama dengan pelincir antrabangsa yang lain.



Selain itu jugak, Encik Zaidi berpendapat pemilihan UiTM sebagai rakan kolaborasi dilihat sebagai satu pilihan yang tepat. Hal ini kerana Fakulti Kejuruteraan Mekanikal di UiTM mempunyai peralatan yang cukup canggih dan terkini untuk menjalankan kajian tersebut. Beliau sebagai alumni UiTM juga berpendapat bahawa ini merupakan satu cara untuk membalas dan membawa nama bekas universitinya ke persada antarabangsa. Dr Norazah menyambut baik hasratnya itu dengan menyifatkan tindakan itu sebagai bagai sirih pulang ke gagang.



Untuk pengetahuan pembaca semua, UiTM telah mendapat geran pendidikan sebanyak RM55 juta dan RM7 juta khusus untuk geran industri. Ia merupakan satu rekod yang cukup membanggakan buat warga UiTM seluruhnya. Kolaborasi ini juga membuka peluang kepada pelajar untuk belajar secara langsung ilmu keusahawanan dan membuka peluang pelajar untuk melakukan kerja lapangan mereka bersama UiTM untuk menjayakan projek ini.



JV Lube yang kini mempunyai 9 jenis produk yang berkaitan industri automotif mensasarkan dapat melipat gandakan jualan sehngga RM600,000 dengan wujudnya formula pelincir baharu yang akan diciptakan sepanjang tempoh 18 bulan kolaborasi ini dimeterai bersama UiTM. Encik Zaidi berharap pelincir yang dihasilkan nanti bersesuaian dengan semua jenis kenderaan kerana kebanyakkan pelincir antarabangsa tidak bersesuaian dengan iklim di negara kita dan menyebabkan kereta mudah cepat rosak.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...