Wednesday, March 23, 2022

Buffet Ramadan 2022 : Palm Garden Golf Club, Putrajaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Mari kita teruskan menyenaraikan lokasi yang menawarkan buffet Ramadan sempena bulan puasa tak lama lagi. Kali ini aku nak bawa korang semua melihat seleksi hidangan yang disajikan di Palm Garden Golf Club yang terletak di Putrajaya. Ia terletak betul-betul belakang IOI City Mall. Ikuti butirannya !

Buffet Ramadan 2022 : Palm Garden Golf Club, Putrajaya

Secara jujurnya, aku tak pernah tahu pon akan kewujudan tempat ini. Malah namanya sendiri tidak berapa dikenali sehinggakan bila aku masuk ke perkarangan tempat ini, aku masih ragu-ragu. Adakah aku berada di lokasi yang betul ? Tapi sebaik sahaja aku nampak ramai pemain-pemain gold bersama beg golf-nya datang, aku yakin inilah tempatnya.

Buffet Ramadan 2022 : Palm Garden Golf Club, Putrajaya

Terus menuju ke R5VE Cafe yang akan menyajikan hidangan buffet Ramadan di Palm Garden Golf Club. Tema buffet Ramadan Palm Garden Golf Club pada tahun ini ialah Citarasa Nusantara. Pengunjung bakal disajikan dengan hidangan masyarakat setempat yang cukup sinonim di Malaysia. Sebanyak 50 menu bakal dihidang setiap hari sepanjang buffet Ramadan ini ditawarkan di sini.

Buffet Ramadan 2022 : Palm Garden Golf Club, Putrajaya

Buffet Ramadan 2022 : Palm Garden Golf Club, Putrajaya

Antara yang menarik perhatian ialah hidangan dari gerai yang memasak secara langsung depan pengunjung seperti gerai Kambing Golek, gerai Ayam Percik, Satay Ayam & Daging, gerai Char Kuay Teow dan juga gerai Char Kway Kak.

Buffet Ramadan 2022 : Palm Garden Golf Club, Putrajaya

Buffet Ramadan 2022 : Palm Garden Golf Club, Putrajaya

Buffet Ramadan 2022 : Palm Garden Golf Club, Putrajaya

Turut menyaksikan hidangan dalam kawah. Setiap hari terdapat dua hidangan kawah yang ditukar-tukar setiap hari. Antara hidangan kawah yang disajikan ialah Kari Kepala Ikan, Gulai Tulang Rusuk Rebung Manis, Kari Kambing, Kari Ayam Pencen, Gulai Daging Tetel, Sup Terjun, Sup Ekor, Sup Ayam dan juga Sup Kambing.

Buffet Ramadan 2022 : Palm Garden Golf Club, Putrajaya

Buffet Ramadan 2022 : Palm Garden Golf Club, Putrajaya

5 hidangan utama yang menjadi highlight di buffet Ramadan kali ini akan digilirkan setiap dua hari bagi memberi pilihan pada pengunjung yang hadir yang datang berkunjung untuk berbuka puasa di sini.

Buffet Ramadan 2022 : Palm Garden Golf Club, Putrajaya

Buffet Ramadan 2022 : Palm Garden Golf Club, Putrajaya

Promosi Buffet Ramadan di Palm Garden Golf Club ini akan bermula pada 5 April sehingga 29 April 2022. Buat pemain golf Muslim yang merancang untuk berbuka puasa di sini, bakal menikmati potongan diskaun sebanyak 40% untuk setiap paxx dengan hanya menunjukkan resit golf yang diterima pada hari yang sama. Tawaran ini juga sah padapemain golf yang bukan bergama Islam juga. 

Harga Buffer Ramadan 2022 : Palm Garden Golf Club, Putrajaya

Dewasa : RM88
Kanak-kanak (berketinggian 90cm sehingga 120cm) : RM52.80
Warga emas (55 tahun ke atas) : RM 70

Pembelian voucher early bird : RM70 (sah dibeli bermula 17 March sehingga 4 April 2022)

Buffet Ramadan 2022 : Palm Garden Golf Club, Putrajaya

Sebarang maklumat lanjut dan tempahan, bolehlah menghubungi whatsapp mereka di talian : 011-6394 4280 atau hubungi terus di talian 03-8213 6391/6366 (Cik Azwa)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...