Sunday, March 20, 2022

Buffet Ramadan 2022 : Hilton Garden Inn Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Satu lagi lokasi untuk berbuka puasa di Kuala Lumpur iaitu di Hilton Garden Inn Kuala Lumpur. Sama juga dengan cawangan Hilton yang lain, tahun ini buffet Ramadan mereka berkonsepkan Jelajah Selera. Ikuti butirannya.

Buffet Ramadan 2022 : Hilton Garden Inn Kuala Lumpur

Pemilihan tema Jelajah Selera sebagai tema buffet Ramadan tahun ini adalah bersempena meraikan selera masyarakat yang berbilang kaum di negara kita. Pengunjung dapat menikmati pelbagai jenis masakan berbilang kaum di buffet Ramadan yang akan disediakan nanti.

Buffet Ramadan 2022 : Hilton Garden Inn Kuala Lumpur

Sedikit kelainan berbadning cawangan Hilton yang lain, di Hilton Garden Inn Kuala Lumpur, mereka menawarkan buffet Ramadan ini di tingkat 25 yakni di tingkat atas sekali bangunan itu. Pengunjung yang datang berbuka puasa di sini dapat menikmati hidangan berbuka puasa dengan berlatarbelakangkan pemandangan waktu malam bandaraya Kuala Lumpur. Memang cantik sungguh pemandangan malam di atas bumbung Hilton Garden Inn Kuala Lumpur nie.

Buffet Ramadan 2022 : Hilton Garden Inn Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2022 : Hilton Garden Inn Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2022 : Hilton Garden Inn Kuala Lumpur

Selain itu juga, ia berbeza dengan cawangan lain kerana terdapat hidangan BBQ yang disajikan. Buffet Ramadan di sini berkonsepkan BBQ buffet dinner di samping mengetengahkan menu-menu lain. Antara menu yang disajikan ialah Ayam Ungkep, Ikan Keli Masak Asam Pedas, Sayur Goreng Jawa, Lemang, Nasi Impit, Ketupat Palas, Ketupat Nasi, Burasak, Rendang Ayam, Serunding Ayam dan pelbagai aneka menu-menu BBQ grill disajikan.

Buffet Ramadan 2022 : Hilton Garden Inn Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2022 : Hilton Garden Inn Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2022 : Hilton Garden Inn Kuala Lumpur

Juga Hilton Garden Inn Kuala Lumpur menampilkan 15 jenis minuman mocktails, fusion, ringan dan pelbagai jenis minuman lain secara bottomless yang mana pengunjung boleh menikmatinya sepanjang tempoh berbuka puasa di sini.

Buffet Ramadan 2022 : Hilton Garden Inn Kuala Lumpur

Antara minuman tersebut ialah Lychee Blue Hawaiian, Fizzy Iced Peach Tea, Melon Sundown, Arabian Night, Sugar Cane, and Pink Guava, Teh O Halia, Milo Tarik dan banyak lagi. Jadi pengunjung bolehlah memilih minuman mana yang kena dengan tekak mereka. 

Buffet Ramadan 22 : Hilton Garden Inn Kuala Lumpur

Dewasa : RM149/pax

Promosi couple
Kadar biasa : RM298
Kadar early bird : RM229 (Penjimatan 23%)

Tawaran Keluarga untuk 2 Dewasa, 2 Kanak-kanak
Kadar biasa : RM447
Kadar early bird : RM329 (Penjimatan 26%)

Parti 4 Dewasa
Kadar biasa : RM596
Kadar early bird : RM429 (Penjimatan 28%)

Parti 6 Dewasa
Kadar biasa : RM894
Kadar early bird : RM629 (Penjimatan 30%)

Buffet Ramadan 2022 : Hilton Garden Inn Kuala Lumpur

Hidangan buffet Ramadan BBQ platter di Rooftop 25 Hilton Garden Inn Kuala Lumpur ini boleh dinikmati bermula 4 April ini sehingga 1 May 2022. Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran ini dan Hilton Garden Inn Kuala Lumpur secara ummnya boleh menghubungi di talian 03 - 2771 6888 atau email terus ke KULMY_FB@hilton.com. Juga boleh layari laman sesawang mereka di www.EatDrinkHilton.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...