Wednesday, March 2, 2022

Festival Makanan Sedunia '22 di LuLu Hypermarket

Assalmualaikum dan salam sejahtera

Festival Makanan Sedunia merupakan sebuah festival yang tidak asing lagi di LuLu Hypermarket. Festival Makanan Sedunia ini mempunyai beberapa musim sepanjang tahun. Kini, ia mengadakan musim pertamanya yang bermula pada 24 February sehingga 9 March 2022. Ikuti butirannya !


Festival ini menawarkan pelbagai promosi istimewa terutama sekali di bahagian makanan segar, roti, barangan runcit dan macam-macam lagi. Promosi ini tidak terhada pada cawangan LuLu Hypermarket KL sahaja, malah kesemua cawangan LuLu Hypermarket yang lain. Ini termasuklah LuLu cawangan Setia Alam, 1Shamelin Mall dan juga Amerin Mall. 




Sekiranya kalian biasa membeli-belah di LuLu Hypermarket, kalian pastinya sudah tahu di sana terdapat banyak juadah dan makanan yang dijual. Saya sendiri suka ke bahagian hidangan panasnya yang menyajikan hidangan nasi beryani pelbagai lauk. Kebanyakkan hidangan yang dijual di sini lebih ke arah hidangan timur tengah dan makanan masyarakat India yang cukup sinonim seperti Roti Naan, Ayam Mashavi, Ayam Tandori dan macam-macam lagi.




Bersempena festival ini juga, terdapat banyak aktiviti yang disediakan seperti demosntrasi memasak, pertandingan makan, acara makanan terpanjang, dan juga pelbagai lagi acara yang berkisarkan makanan. Boleh jenguk ke laman sesawang LuLu Hypermarket untuk mengetahui jadual bagi acara-acara ini.




Saya fikir, ini merupakan waktu yang sesuai untuk semua di luar sana membeli-belah barang dapur di LuLu Hypermarket sepanjang Festival Makanan Sedunia ini berlangsung. Hal ini kerana, terdapat lebih 200 makanan dan barangan runcit dijual pada harga lebih murah daripada biasa. Sekaligus, banyak penjimatan yang kita dapat peroleh. 




Ouh ya, selain itu juga. setiap pembelian sebanyak RM50 dan keatas, pelanggan layak untuk dapatkan kupon diskaun sebanyak RM25 tau. Memang betul-betul jimat nie. Terma dan syarat yang lebih terinci, boleh baca di laman sesawang LuLu Hypermarket.




Macam yang saya cakap tadi, Festival Makanan Sedunia ini melibatkan kesemua cawangan LuLu Hypermarket di kesemua cawangan. Namun saya lebih memilih untuk datang di LuLu Hypermarket CapsquareKL kerana terdapat pelbagai barangan keperluan, aksesori dan pakaian yang boleh didapati di bawah satu bumbung.Mudah dan menjimatkan masa. Tak perlu pergi banyak-banyak tempat untuk mencari dan membeli barang. Semuanya ada di bawah satu bumbung. 



Apa tunggu lagi ? Cepat terjah ke cawangan LuLu Hypermarket berdekatan anda untuk menikmati diskaun dan promosi sepanjang Festival Makanan Sedunia ini berlangsung. Cepat tau sebab festival ini akan berlangsung sehingga 9 March sahaja. Jangan ketinggalan okay !



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...